Dating, tunang, kawin…… cerai…?

Dating

Ada orang cakap dating itu perlu untuk kita kenal-kenal bakal pasangan kita.

Tunang

Ada orang cakap bila dah tunang ni banyak dugaan.

Kawin

Ada orang cakap kalau kawin ni best.

Cerai

Ada orang cakap cerai ni perlu kalau dah tak der persefahaman.

Itu orang cakap. Sekarang saya pula mahu cakap.

Semasa kita dalam mood romantik, kita akan rasa segalanya indah belaka. Salah silap pasangan dipandang sebelah mata. Hati terlalu besar untuk memendam rasa tidak puas hati. Rasanya besar sangat dosanya jika teguran dibuat kepada pasangan.

Jesteru semasa dating, tunang dan di awal perkahwinan segala-galanya dirasakan indah dan baik-baik belaka kerana masih berada di dalam mood romantik.

Tetapi selepas beberapa lama, tatkala mood romantik sudah berkurang dek kurangnya usaha untuk mengekalkannya, diserang pula dengan tekanan-tekanan yang datang, maka ramai yang kecundang.

Lantas mengambil langkah akhir untuk membubarkan perkahwinan.

Alasan…?

Saya tidak bahagia.

Tipikal.

Namun, hanya mereka yang mengalaminya yang mengetahui perihal sebenarnya.

Semoga menjadi tazkirah buat saya dan semua.

Bahawa tatkala perselisihan faham terjadi antara pasangan, jangan disalahkan pasangan…

Salahkan tekanan…!

Dan berusaha berdua untuk mengatasinya.

Perkahwinan adalah perjuangan…!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: