Pengguna RAM DDR 1: Segera upgrade RAM anda

Slownya laptop saya.

Saya cuba memahami kenapa.

RAM yang terlalu rendah adalah tekaan saya yang pertama. Di sini saya lebih memahaminya… http://ezinearticles.com/?Slow-PC—Danger-Sign-of-Low-Computer-RAM&id=2456820

Jesteru sebentar tadi saya ke pusat beli belah Bukit Jambul.

Selepas hampir beberapa jam lamanya menghadap laptop yang usianya sudah hampir 6 tahun, saya sudah tidak mampu bertahan.

Kalau dahulu dapat jugalah online sekurang-kurangnya sejam sebelum  laptop terpaksa di ‘restart’ kerana sudah mulai ‘hang’, tetapi tadi tidak sampai 10 minit online penyakit ‘hang’ pun datang.

Kalau tengok ‘youtube’ tidaklah mengapa, mungkin ia suatu mesej agar saya tidak membuang masa tetapi tadi seharian saya online membaca jurnal-jurnal untuk menyiapkan paper dan artikel saintifik.

Menjelang Asar, saya bergegas ke pusat beli belah tersebut untuk menaik taraf RAM laptop saya yang hanya memiliki 256 MB sahaja. Hasil semakan di Low Yatt.net, paling murah ialah RM 85 untuk 512 MB. Jesteru saya meletakkan sasaran untuk mendapatkan RAM tersebut pada harga tidak melebihi RM 100.

Di kedai pertama yang saya pergi, pemilik menyatakan dia tiada stok untuk RAM DDR 1. Katanya kalau adapun harganya melebihi RM 200.

Ok, tidak mengapa. Masih banyak kedai lagi.

Di kedai yang kedua nasib saya baik. RAM 512 MB dijual pada harga RM 100. Saya bertanya lagi jika ada 1 GB tetapi tidak ada. Itu sahajalah yang ada di kedainya dan tidak banyak kedai yang menjual RAM DDR 1 kerana pada masa kini tumpuan ialah kepada RAM DDR 3.

Dengan memahami saya tidak banyak mempunyai pilihan, saya bersetuju dengan harga tersebut kerana beliau sendiri akan memasangnya tanpa cas tambahan.

Buat sahabat-sahabat pengguna RAM DDR 1 di bawah 1 GB, saya menasihatkan anda supaya menaik taraf RAM anda sebelum RAM DDR 1 sudah tidak dijual lagi atau harganya melambung tinggi. Buat masa ini harga RAM DDR 1 untuk 1 GB hampir menyamai harga RAM DDR 2 untuk 2 GB.

Bayangkan DDR 2 yang lebih laju berbanding DDR 1 pada kelajuan yang sama, tetapi mempunyai harga yang lebih murah berbanding DDR 1. Saya dapat membayangkan tatkala RAM DDR 4 muncul, harga DDR 3 akan jatuh dan harga DDR 2 pula akan melambung. Harga DDR 1? Kalau masih ada stok, harganya pasti lebih mahal berbanding DDR 2 dan DDR 3.

‘Upgrade’ lah segera…!

Tetapi adakah prestasi Celcom Broadband semakin baik dengan pertambahan RAM…?

Sudah tentu tidak…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: