Kalau bayar ikut performance boleh tak…?

Fast download and streaming with speed up to 3.6 Mbps.

Widest 3G and 3.5G (HSDPA) coverage on the Celcom network nationwide.

Highspeed internet anytime and anywhere.

Membayar RM 98/bulan amatlah berbaloi dengan segala kelebihan yang diutarakan seperti diatas. Dengan kelajuan sehingga 3.6 Mbps, fail bersaiz 100 MB boleh dimuat turun dalam masa kurang 15 minit dengan aplikasi mana-mana download manager yang bermacam jenis.

Jesteru untuk membuka yahoo mail atau google mail sudah seharusnya tidak mempunyai masalah bukan…?

Tetapi hakikatnya, berada di kawasan liputan 3.5G (HSDPA) seperti yang tertera di dalam peta liputan Celcom tidak menjamin anda bakal menikmati kelajuan tertinggi seperti yang anda idam-idamkan.

Buktinya saya sendiri… Amat jarang benar dapat melepasi angka 360 kbps atau 10% daripada 3.6 Mbps yang ditawarkan oleh Celcom.

Terasa mahu sahaja dipulangkan modem ini dan mendapatkan semula bayaran pendahuluan sementalah masih dalam tempoh 7 hari percubaan.

Namun tatkala memikirkan ketiadaan liputan WiMAX di sini (telah dicuba pada november yang lalu) walaupun tersangatlah saya berpuas hati ketika berada di sekitar Seri Kembangan, dengan kecilnya liputan Maxis Broadband dan Digi broadband, dengan tidak ‘portable’nya streamyx, maka saya memilih untuk terus kekal dengan Celcom broadband… hanya kerana andalah pilihan terbaik yang saya ada buat masa ini, walaupun hanya memperolehi 10% dan ke bawah daripada kelajuan tertinggi yang anda tawarkan dengan pakej termahal yang saya langgani.

Cuma saya ada satu persoalan kepada Celcom Broadband, bagaimana jika selepas ini anda dibayar mengikut servis yang anda berikan…? Jika dalam kes saya, saya hanya menerima 10% dan ke bawah dan dengan tersangatlah jarang melepasi 10% daripada kelajuan tertinggi yang saya langgani, boleh saya hanya membayar 10% daripada yuran langganan sepatutnya iaitu RM 9.80…?

Jika boleh, saya jamin saya akan menjadi antara pelanggan yang paling gembira…!!!!

2 responses

  1. celcom….pilihan di tangan anda…tapi kuasa di tangan Tuhan….

  2. celcom ke selkom…? ^_^

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: