Kalau saya tidak mahu menjawab salah ker…?

Hangat isu penggunaan nama Allah oleh  Herald – The Catholic Weekly yang buat masa ini. Jadi seperti biasa, orang bertanya apa pandangan saya…

Hangat isu kuil Hindu di Shah Alam suatu ketika dulu. Seperti biasa, orang bertanya apa pendangan saya…

Hangat isu ladang babi di Selangor suatu ketika dulu. Seperti biasa, orang bertanya apa pandangan saya…

Hangat isu Kerajaan Perpaduan antara PAS dan UMNO suatu ketika dulu. Seperti biasa, orang bertanya apa pandangan saya…

Hangat isu Perkongsian kuasa antara PAS dan UMNO usai PRU 13 yang lalu yang diulas selama 3 bulan dalam 3 keluaran oleh Majalah Solusi. Seperti biasa, orang bertanya apa pandangan saya…

Baik, saya nyatakan pandangan saya di sini.

Saya memilih… Kalau dulu saya bukan memilih, sekarang saya memilih…

Saya memilih untuk memberikan pandangan tatkala sampai atau ada upaya untuk saya mendapatkan maklumat yang cukup untuk membuat kesimpulan yang saya terjemahkan sebagai pandangan.

Itu disiplin saya sebagai pelajar sarjana buat masa ini dan itu juga akan terus saya lakukan mulai sekarang.

Semalam saya menemani rakan perempuan ke bengkel kereta berdekatan bagi membaiki bumber Myvinya yang remuk dek  melanggar Toyota Alphard yang baharu berusia 2 minggu. Pada mulanya saya menolak kerana saya tidak tahu berapa harga bumber, cat, upah ketuk dan segala macam yang berkaitan dengan kereta selepas kemalangan.

Kalau ditanya berapa harga external hardisk sekarang ini, saya bisa menjawabnya kerana saya ada sumber untuk dirujuk dan ramai teman yang bergelumang dengan dunia komputer untuk ditanya.

Kalau diminta untuk saya mem’format’ laptop atau PC, saya bisa melakukannya jika ada waktu terluang dengan percuma kerana saya tahu dan sudah beberapa kali melakukannya.

Kesimpulannya ialah, saya akan bersuara dan memberikan pandangan jika hanya saya cukup maklumat untuk sampai kepada kesimpulan.

Lagipun jika berdiam diri pada sesuatu perkara tidaklah bermakna kita tidak ambil tahu atau peduli langsung tentang perkara tersebut. Secara diam saya masih mengikuti perkembangan isu-isu tertentu.

Akhirnya yang paling utama ialah saya malas berhadapan dengan orang-orang yang sememangnya menunggu masa untuk kita tersalah cakap untuk memulakan ‘chain reaction’ membantai kita… juga malas berdepan dengan orang-orang yang dulu cakap lain sekarang cakap lain tanpa mahu menjustifikasikan asbab-asbab perubahan pendirian… ingat aper, saya boleh membaca fikiran orang…? Sejak darjah 4 sampai SPM buat karangan ada intro ada isi ada kesimpulan, dah besar panjang tak reti-reti nak cakap secara bertertib bagi orang paham…? Juga sudah malas berdiskusi dengan orang-orang yang cakapnya hanya nak bagi ‘orang mampus’… Dengan kurang ajar meninggikan suara tatkala merespon kepada jawapan yang saya berikan padahal dia yang beriya-iya bertanya kepada kita… Kalau sudah tahu baik tak payah tanya…!!!!!! Cakap baik2 tak boleh…?

Sekian…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: