Sedekah (al-Baqarah 261 – …..)

sedekah

sedekah

Sedekah adalah suatu perbuatan yang baik, yang dituntut oleh setiap mukmin untuk melakukannya. Besar atau kecil sedekah itu tidak menjadi ukuran bahkan kesediaan memberikan sedekah dengan penuh keikhlasan itulah yang dipandang oleh Allah SWT. Sesungguhnya orang beriman senantiasa meletakkan pandangan Allah SWT terhadapnya dan perbuatannya mengatasi pandangan makhluk.

Besarnya sedekah menyebabkan Allah SWT mengkhabarkan dengan jelas di dalam surah al-Baqarah pada ayat 261 bahawa pahalanya bisa digandakan oleh Allah SWT sehingga 700 kali. Hal ini juga terpakai untuk amal-amal kebaikan anak Adam yang lain kecuali puasa di mana ganjaran kerana melakukan puasa hanyalah di antara anak Adam dengan Allah SWT (mengikut hadith riwayat Muslim).

Oleh kerana besarnya akan perbuatan sedekah maka Allah SWT telah menunjuk ajar kepada kita bahawa perbuatan sedekah mestilah dilakukan begini dan begitu dan bukannya begini atau begitu. Allah SWT dalam ayat seterusnya, 262 menyatakan bahawa pemberian sedekah hendaklah tidak disusuli dengan mengungkit-ungkit pemberiannya sehinggakan mengundang rasa kurang senang di kalangan penerima sedekah tersebut dan Allah SWT menegaskan lagi (ayat 263) bahawa ada perkara yang terlebih baik berbanding sedekah yang diiringi dengan perbuatan yang menyakitkan hati si penerima iaitu perkataan yang baik dan memberi maaf. Seterusnya Allah SWT menyatakan (ayat 264) bahawa perbuatan sedekah yang disusuli dengan perbuatan menyakiti hati si penerima akan menghilangkan pahala sedekah tersebut ibarat batu yang pada asalnya diselimuti tanah kemudian ditimpa hujan yang menghilangkan tanah tersebut.

Allah SWT meneruskan lagi motivasinya kepada kita untuk melakukan sedekah dengan menyatakan di dalam ayat 265 bahawa mereka yang menginfakkan hartanya di jalan Allah SWT hanya kerana mengharapkan keredhaan-Nya akan memperolehi pahala yang tersangat banyak ibarat sebuah kebun yang terletak di dataran yang tinggi yang selepas disirami hujan yang lebat menghasilkan buah yang berganda-ganda. Kalaupun tidak ditimpa hujan yang lebat kebun tersebut tetap bisa ditimpa hujan gerimis yang turut berupaya memberikan hasil yang lumayan.

Kemudian di dalam ayat 266 Allah SWT memberi amaran kepada kita supaya berhati-hati dengan ‘cara hidup kita dan cara mati’ kita kerana melalui tafsir yang diberikan oleh al-Imam Bukhari bahawa ayat ini menceritakan mengenai seorang kaya yang telah beramal sepanjang hidupnya demi mencari keredhaan Allah SWT tetapi kemudian disesatkan oleh syaitan lalu dia melakukan maksiat dengan banyaknya sehingga terhapuslah segala amal kebajikannya.

Tunjuk ajar yang seterusnya ialah di dalam ayat 267 di mana Allah SWT menjelaskan bahawa hendaklah sedekah itu adalah daripada harta kita yang terbaik atau usaha kita yang terbaik dan bukannya daripada harta atau usaha kita yang buruk-buruk di mana seandainya kita sendiri yang menjadi penerima, sebelah mata pun kita tak ingin memandangnya apatah lagi menerimanya.

Motivasi yang seterusnya daripada Allh SWT ialah (ayat 268) syaitan dengan segala kepakaran yang dimilikinya akan senantiasa membisik-bisikkan akan risiko kemiskinan kepada kita andai kita melakukan sedekah. Namun Allah SWT menyatakan bahawa dia menjanjikan kemapunan dan kurnia kepada mereka yang memberikan sedekah, sesuatu yang kita semua perlukan.

bersambung

Source

Tafsir Ibn Kathir, Pustaka Imam Syafie

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: