Persediaan menjelang Ramadhan…

Ramadhan bakal tiba beberapa hari sahaja lagi. Umat Islam terutamanya kaum hawa begitu giat sekali berpuasa ganti. Yang lelaki pula ada yang mengambil peluang berpuasa sunat di bukan Sya’aban ini sebagai persediaan berpuasa sebulan penuh di bulan Ramadhan nanti.

Di kolej kediaman di fakulti saya, banner alu-aluan akan kedatangan Ramadhan lengkap dengan beberapa program sepanjang Ramadhan telah dinaikkan beberapa hari lepas. Tahniah saya ucapkan kepada jawatankuasa pengelola. Semoga kesediaan umat Islam untuk ‘mencari Allah SWT’ di bulan Ramadhan ini dimanfaatkan sebaik mungkin. Mana tahu ada menjadi lebih baik daripada sebelumnya usai menempuhi sebulan tarbiyyah di bulan Ramadhan.

Kalau orang besar-besar datang ke tempat kita, akan ada upacara untuk menyambutnya. Akan ada mesyuarat membincangkan perkara-perkara yang ingin dibuat. Dan yang paling utama ialah semuanya bersedia untuk menyambut ketibaan orang besar-besar itu.

Oleh sebab itu Ramadhan, sesuai dengan statusnya sebagai bulan yang penuh barakah dan kebajikan, moleklah kiranya jika kita melakukan beberapa perkara sebagai persediaan menyambutnya.

  1. Memperbanyakkan membaca Al-Quran melebihi kebiasaan. Tapi kalau sudah berjaya membaca sehingga satu juzu’ Al-Quran sehari itu sudah dikira terlalu baik dan andai mahu dikekalkan sahaja jumlah itu pun tiada masalah. Target kita ialah menjelang Syawal, kita khatam Al-Quran.
  2. Melazimi diri untuk membaca terjemahan Al-Quran setiap hari. Elok dimulakan dengan ayat-ayat Makiyyah terlebih dahulu sebelum pergi kepada ayat-ayat Madaniyyah kerana mengambil bentuk ayat-ayat Makiyyah itu sendiri yang lebih kepada pembinaan Aqidah yang kukuh. Oleh sebab Islam hanya boleh dan mesti dimasuki melalui pintu Aqidah, memiliki Aqidah yang mantap menjamin kejayaan di dunia dan akhirat. Namun jika mahu memulakan daripada juzu’ 1 pun tiada masalah.
  3. Mencuba menyelak dan membaca kitab-kitab tafsir Al-Quran. Ada pelbagai kitab Tafsir di pasaran seperti Tafsir Ibn Kathir, Tafsir Al-Azhar oleh Prof Dr Hamka, Tafsir Al-Munir oleh Prof Dr Wahbah Zuhaily, Tafsir Sya’rawi oleh Syeikh Mutawalli As-Sya’rawi dan sebagainya. Amatlah malang bagi umat Islam jika berjaya mengkhatamkan bacaan Al-Quran berpuluh-puluh kali namun sekalipun tidak berjaya mengkhatamkan membaca terjemahan Al-Quran dan kitab Tafsir Al-Quran. Alangkah rendahnya taraf kitab Al-Quran diletakkan oleh kita semua berbanding buku-buku akademik kita, novel, majalah, komik dan sebagainya yang berjaya kita khatamkan dalam masa yang singkat.
  4. Tidur lebih awal daripada kebiasaan sebagai latihan untuk bangun sahur nanti dan berqiamullail.
  5. Makan dengan kuantiti yang kurang sedikit berbanding bulan-bulan sebelum ini sebagai melazimi merasa lapar. Bahkan al-Imam Syafie pernah menyatakan bahawa beliau pernah selama 16 tahun tidak berasa kenyang. Sesungguhnya terlalu kenyang akan menyebabkan mengantuk dan menyebabkan tumpuan kepada bahan bacaan ilmiah dan berat berkurangan.
  6. Berdoa sebanyak-banyaknya agar berpeluang bertemu dengan Ramadhan kali ini.

Sekian untuk kebaikan bersama…

One response

  1. Penulisan dan nasihat saudara/ri sangat baik. Teruskan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: