Apabila manusia terlebih pandai…

Sperma lelaki dicipta di makmal

NEWCASTLE – Sekumpulan saintis dari Universiti Newcastle dan Institut Sel Stem Timur Laut England (NESCI) berjaya mencipta sperma manusia di dalam makmal iaitu yang pertama seumpamanya di dunia, lapor beberapa akhbar di Britain semalam.

Penemuan itu diyakini dapat membantu lelaki tidak subur untuk memperoleh anak.

Kejayaan yang mengagumkan itu disiarkan dalam jurnal Stem Cells and Development sebelum dilaporkan oleh kebanyakan akhbar.

Ketua projek, Profesor Dr. Karim Nayernia mencipta satu campuran bahan kimia dan vitamin yang menukarkan sel stem menjadi sperma.

Sel stem merupakan sel yang amat bernilai dan terpenting dalam badan bayi dengan fungsinya merangsang pembentukan sel-sel lain seperti sel darah merah (mengangkut oksigen), sel darah putih (melawan jangkitan) dan platelet (membantu dalam pembekuan darah). – Agensi

Source: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0709&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: