Keliru, jemu…

Tatkala menyelesaikan kuliah kali keempat untuk subjek Pengantar Syariat Islam bagi Kursus Pengajian Syariah di Universiti Malaya, kami didedahkan betapa sejak abad keenam hijrah para alim ulama’ telah dihinggapi dengan inferiority complex iaitu suatu keadaan di mana mereka berasa berpada dan cukup dengan apa yang telah diijtihadkan oleh para alim ulama’ mazhab yang muncul pada kurun keempat hijrah.

Jesteru perkembangan ilmu Feqah telah terbatas kepada menyaring pandangan-pandangan imam-imam mazhab mereka, mengarang syarah, mengarang matan, mengarang syarah kembali, mengarang matan kembali dan seterusnya berulang-ulang daripada syarah kepada matan dan kepada syarah kembali.

Sejajar dengan itu umat Islam menjadi semakin lemah dan lemah dan barat yang muncul dengan rainessance lantas jauh dan jauh meninggalkan umat Islam terkebelakang sehinggalah ke hari ini.

Menjelang abad ke-14 Hijrah, telah ada suara-suara supaya dibuka kembali pintu ijtihad agar sifat thabat wa murunnah (tetap tetapi anjal) yang ada pada syariat Islam itu dimanfaatkan sepenuhnya demi kemaslahatan ummah.

Walaubagaimanapun terdapat juga suara-suara lain yang lebih selesa untuk berpada dengan apa yang telah diijtihadkan oleh para imam mazhab dan menentang sama sekali sebarang usaha untuk membuka kembali pintu ijtihad.

Pengalaman sendiri

Tatkala di peringkat undergraduate, saya buat pertama kalinya mendengar suara-suara supaya disemak kembali amalan ibadah kita, daripada sekecil-kecil perkara sehinggalah kepada sebesar-sebesar perkara.

Di mana dalilnya…?

Apakah asas kepada al-Imam Syafie untuk berpandangan sedemikian…?

Ternyata al-Imam Syafie salah dalam hal ini, tak kan kita masih nak ikut pandangan dia dalam hal ini…?

Itu adalah antara beberapa terjahan soalan yang telah membuatkan telinga saya panas. Namun oleh sebab saya tidak pernah membataskan diri dalam mendalami ilmu agama, saya terima sahaja soalan-soalan sedemikian sebagai motivasi diri untuk lebih belajar.

Mula memahami

Sewaktu di penghujung tahun kedua dan awal tahun ketiga pengajian saya di peringkat undergraduate, saya telah dibawa oleh seorang sahabat untuk bertalaqqi kitab-kitab melayu lama. Walaupun saya pernah bersekolah agama suatu ketika dahulu dan pernah berdepan dengan susah payah membuka kamus dan adakalanya berdiri di atas kerusi tatkala tidak berupaya menterjemahkan kalimah-kalimah arab tertentu, saya terasa sesak nafas untuk meneruskan kuliah walaupun kitab yang digunakan adalah dalam bahasa melayu.

Kuliah diadakan pada hari Khamis dan Jumaat pada sebelah malam dan pada hari Sabtu serta Ahad pada sebelah pagi. Saya hanya hadir untuk kuliah pada hari Khamis dan Jumaat sahaja, hadir sebagai pendengar untuk mendengar.

Pandangan saya berubah kepada ustaz yang mengajar tatkala dia membentangkan visinya untuk melihat kami, anak-anak muridnya yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, daripada pelajar peringkat ijazah seperti saya, pekerja sektor awam dan swasta, pensyarah universiti bertaraf profesor akan bersama-sama dengannya membongkar kitab-kitab arab yang tebal-tebal seperti Riyadhus Salihin, Syarah Sahih Bukhari, Syarah Sahih Muslim, Tafsir itu dan ini dan sebagainya.

Rupa-rupanya kepayahan kami untuk memahami isi kandungan kuliah yang sedang kami ikuti menggunakan kitab berbahasa melayu lama ini adalah sebagai latihan untuk bertemu dengan kapayahan yang lebih lagi apabila mula membuka kitab-kitab yang tebal-tebal itu. Bahkan dia membayangkan kalau kami istiqamah, kami berpeluang untuk membuka kitab-kitab hadis ahkam.

Ketika itulah saya mulai faham dan jelas bahawa belajar agama perlu mengikut tertib dan let’s the expert to do what they should do and do not interfere. Just try to understand… Ustaz berkenaan juga menawarkan bagi sesiapa antara kami yang mahir berbahasa arab supaya datang pada hari Isnin dan Selasa kerana pada hari berkenaan dia akan memberi kuliah dalam bahasa arab dan menggunakan kitab yang lebih advance.

Keliru dan Sikap

Kekeliruan saya dalam beberapa perkara seperti bacaan basmalah di dalam solat ketika membaca al-Fatihah, bacaan qunut, lafaz niat dan sebagainya telah saya selesaikan dengan memiliki sikap yang betul.

Let’s the expert to decide and we follow…

Itulah sikap yang betul yang perlu dimiliki oleh setiap umat Islam tatkala berhadapan dengan isu-isu yang mengelirukan. Sebagai orang awam, yang tahap penguasaan ilmu agama begitu kurang, kita seharusnya berpada dengan apa yang para alim ulama’ telah putuskan dalam isu-isu tertentu dengan memahami bahawa mereka telah bertungkus-lumus mencari jawapan terbaik untuk setiap isu yang melingkari masyarakat.

Walaupun ada antara kita yang dahagakan details, kita tidak seharusnya menembak para alim ulama’ tatkala apa-apa fatwa dikeluarkan yang hanya menyatakan harus, makruh, wajib, haram, sunat dan sebagainya. Fahamilah bahawa bukan semua orang memiliki kedahagaan sama seperti anda dan apa yang mereka mahukan hanyalah status amalan yang mereka telah, sedang atau akan lakukan supaya terhindar daripada dosa dan maksiat. Maka raikanlah golongan seperti ini.

Dan pihak yang berautoriti pula, seharusnya berubah seiring dengan pertambahan tahap intelektual masyarakat dengan menyediakan peluang untuk mereka yang berminat untuk turut sama menjenguk segala input dan proses yang berlaku sebelum apa-apa fatwa atau ketetapan dibuat. Amatlah malang kerana tatkala semakin ramai masyarakat yang berminat dengan ilmu, mereka yang berilmu tidak mahu pula menghilangan kedahagaan mereka terhadap ilmu. Hal ini pernah ditegur oleh Ustaz Zaharudin berhubung fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung isu yoga suatu ketika dulu.

Yang lebih utama

Benar bahawa pertambahan bilangan pemegang sijil, diploma dan ijazah dalam dunia Islam amat-amatlah baik namun tanpa sikap yang betul dalam menghormati kepakaran orang lain hanya akan menjadikan sebuah motosikal wave 125 semakin rosak apabila dibaiki oleh seorang doktor pakar tulang yang tidak tahu apa-apa tentang motosikal. Jumper dan jet kereta apatah lagi… ^_^

Oleh itu buat para guru, ustaz, ustazah, pensyarah dan nuqaba’ sekalian, di samping kalian menyampaikan ilmu samada di dalam kuliah mahupun liqa’ pastikanlah bahawa anak murid anda turut sama dididik untuk memiliki sikap yang betul kerana sudah acapkali pertembungan terjadi antara anak-anak murid berlainan manhaj feqah tatkala guru-guru mereka mampu duduk semeja untuk jamuan selepas berprogram.

Selain itu belajarlah untuk menjadi penyampai yang efektif agar selaras tahap pemikiran anak-anak murid dengan bahan yang ingin kita sampaikan. Mengajar fisiologi manusia peringkat ijazah pertama doktor perubatan kepada anak-anak murid tabika hanya akan merosakkan keintelektualan mereka. Paham pun tidak bahkan mereka akan lari daripada kita…!

Ramai yang sudah jemu dengan keadaan ini…

Jemu dengan soalan-soalan yang datang daripada teman-teman yang keliru…

Keliru dek belajar agama secara serpihan tetapi mahu menjadi jaguh dalam berpandangan…

Atau keliru setelah hadir ke mana-mana kuliah agama kerana tidak tahu hujung pangkal atau si penyampai mahu tunjuk pandai…

Hmmm…

Melahirkan masyarakat berilmu tidak mudah…

Melahirkan masyarakat berilmu dengan sikap yang betul lebih payah…

One response

  1. jet @ jack ???….jeng…jeng…jeng…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: