Salah tempat daa…

Semalam seluruh pelajar pascasiswazah jabatan saya telah membentangkan serba sedikit hasil kajian mereka di hadapan para pensyarah jabatan saya. Program yang bermula seawal jam 8.30 pagi berakhir pada jam 5.00 petang.

Sesi pembentangan dibahagikan kepada 4 sesi dengan 2 sesi di awal pagi yang melibatkan 4 pelajar, sesi kedua melibatkan 7 pelajar, sesi ketiga melibatkan pembentangan tatacara keselamatan daripada staf makmal penyelidikan anatomi dan histologi dan sesi keempat melibatkan 7 lagi pelajar. Saya diletakkan di sesi yang keempat sebagai pembentang terakhir. Ini amatlah tidak menyeronokkan.

Daripada 18 orang pelajar yang membuat pembentangan, hanya 3 orang termasuklah saya yang tidak menunjukkan apa-apa data daripada kajian kami dan ini mengundang rasa kurang senang di kalangan judges yang dilantik.

Tatkala dimaklumkan bahawa jabatan mahu menganjurkan seminar tersebut, masing-masing berkerut dahi memikirkan apa yang hendak dibentang. Bagi pelajar baharu, mereka tiada apa yang hendak dibentangkan melainkan proposal mereka. Bagi pelajar yang sudah agak tua seperti saya, kami mempunyai banyak data untuk dibentangkan selain topik-topik menarik berkaitan dengan kajian kami. Oleh sebab kebebasan memilih yang diberikan oleh penyelia, kami bertiga walau tidak bersepakat memilih untuk membentangkan topik (book based) daripada membentangkan data memandangkan ada antara kami sendiri tidak memiliki fundamental knowledge yang mencukupi sebagai penyelidik muda dalam bidang kami iaitu lipid, cholesterol, free radical, antioxidant,natural products dan sebagainya. Jadi inilah salah satu peluang untuk berkongsi pengetahuan.

Namun tidak disangka-sangka kerana salah seorang daripada kami yang membuat pembentangan di awal pagi telah ‘dibantai’ secukupnya oleh judges yang dilantik kerana tidak membentangkan data kajiannya. Kasihan melihatkan air mukanya yang berubah tatkala dikomen dengan begitu pedas sekali.

Saya dan seorang lagi yang berada di sesi keempat hanya menggelangkan kepala mengenangkan apalah nasib kami nanti sebab kami jugatidak  akan membentangkan data kami. Nak tukar slide dah tak sempat… Nak study lagi bila plak…? So kami tawakal je lah…

Tatkala staf makmal penyelidikan anatomi dan histologi membuat pembentangan tentang aspek keselamatan di makmal, saya semakin berdebar-debar apatah lagi melihat panel hakim yang saya tidak kenali selain tidak tahu bagaimana expectation mereka terhadap presentation kami dalam sesi yang keempat ini.

Satu demi satu peserta melakukan pembentangan dan kelihatannya panel suka melihat rakan-rakan menunjukkan results kajian mereka. Kerisauan saya semakin menjadi-jadi…

Dan tibalah giliran junior saya melakukan pembentangan. Tajuknya ialah Natural Products from Plants. Ia adalah topik dan bukan progress report. Bagaimana panel memberi komen kepadanya akan menentukan juga bagaimana penal akan menyukai persembahan saya.

Eh, ada proposal plak…!

Sah, sempat juga budak ni tuka slide.

Aduh, keadaan ini meninggalkan saya keseorangan kerana junior saya itu berjaya menempatkan diri ke kelompok pembentang progress report & proposal seperti yang dikehendaki oleh panel.

Selesai pembentangannya…

Tibalah giliran saya sebagai presenter yang terakhir.

Saya memberikan salam…

Saya memperkenalkan diri…

Before I begin, I would like to apologize if any of audience feel dissappointed as there is no any data or result to be shown by me. It is just a topic related to my research works. So just listen and try to gain as much knowledge as you can.

Tidak semena-mena tepukan bergemuruh datang daripada audience.

Saya mengerutkan dahi tatkala tepukan itu dibuat kerana memikirkan apakah sebab yang mendorong mereka bertepuk tangan.

Saya meneruskan presentation saya seperti biasa.

Selesai sahaja, panel bertanyakan kenapa saya tidak membentangkan data dan mengatakan plenary session seperti yang saya lakukan itu lebih sesuai dibuat di awal pagi. Saya hanya tersenyum.

Tatkala kembali ke tempat duduk audience, ada pensyarah yang memberikan thumb up kepada saya.

Terasa lega juga kalau ada yang menghargai dan dapat belajar sesuatu daripada presentation saya sebentar tadi.

Moralnya di sini ialah bertanyalah kepada organizer tentang bagaimana jenis persembahan yang sepatutnya dihidangkan kepada panel dan kepada next board of organizer, tolonglah briefing para peserta tentang konsep persembahan yang kalian mahukan.

It is not a matter of good or bad of  the presenter in presenting but it is totally a matter of the type of presentations in particular conferences.

Chance favor the prepared minds kan…?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: