Sijil Syariah

Saya berada di sekolah menengah agama dalam tahun 1998-2000 ketika berusia 13-15 tahun.

Di sana selain daripada belajar subjek-subjek untuk Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) saya juga belajar Bahasa Arab, Tauhid, Feqah, Tafsir, Hadith, Sirah, Al-Quran dan Tajwid dalam bahasa Arab. Menjelang peperiksaan menghafal adalah suatu kewajipan.

Tetapi tatkala melangkah kaki ke MRSM pada tahun 2001 dan berada di sana sehingga tahun 2002, saya berdepan dengan pelbagai pertanyaan, situasi dan keadaan yang tidak pernah saya jangkakan akan menjadi isu. Berulang-alik bersama beberapa orang rakan berjumpa dan berbincang dengan ustazah-ustazah di sana menjadi rutin lebih-lebih lagi menjelang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tatkala heboh mengenai isu Fatwa pengharaman KFC dan Pizza Hut di sebuah negara Arab. Entahlah… Sehingga kini saya tidak menjumpai fatwa itu.

Usai peperiksaan SPM saya menyambung pengajian di Kolej Matrikulasi kelolaan Kementerian Pendidikan di utara tanah air. Di sana juga saya berdepan dengan pelbagai pertanyaan, persoalan, situasi dan keadaan yang tidak terjangka lagi terfikir. Tercetus di fikiran buat kali keduanya… Apakah yang telah aku pelajari sepanjang 3 tahun di sekolah agama sehingga tidak berupaya menyelesaikan masalah teman sebaya?

Di kampus sejak 2004 sehinggalah kini (menyambung pengajian di peringkat sarjana), saya juga didatangkan dengan pelbagai persoalan, pertanyaan, idea, cadangan, situasi dan keadaan yang mengundang kerut dahi tatkala memikirkan di manakah bisa saya rujuk panduannya. Oleh sebab itulah hanya kira-kira 1% sahaja sms atau pertanyaan atau permintaan pendapat yang saya jawab sepanjang keberadaan di kampus ini. Mohon maaf kepada rakan-rakan…

Sijil Syariah

Kembara saya mencari ilmu buat pedoman diri saya lanjutkan ke Universiti Malaya untuk mengambil Sijil Syariah. Dengan kelas selama 2 jam seminggu selama 16 minggu, inilah sahaja yang saya mampu lakukan untuk lebih memahami lagi apakah itu syariah dan bagaimanakah sesuatu hukum hakam itu dijana. (Sungguhpun begitu saya menyedari bahawa ilmu yang saya bakal perolehi ini tidak mencukupi untuk memiliki autoriti mengeluarkan hukum jesteru diharapkan para pembaca sekalian tidaklah sekali-kali mengaharapkan sesuatu yang luar biasa daripada saya)

Pengajian selama 16 minggu itu melibatkan 4 topik besar berkenaan Pengantar kepada Syariah Islam, Pengajian Al-Quran, Pengajian Sunnah dan Amalan Ijtihad bagi modul 1 dan Insya-Allah sekiranya ada peluang akan disusulkan dengan modul kedua dan ketiga yang menawarkan topik yang cukup menarik bagi pencari ilmu seperti saya. Dengan keazaman untuk menyambung pengajian di peringkat diploma eksekutif Syariah selepas ini, saya menyedari liku-liku dan cabaran yang mendatang.

Faktor masa senggang yang semakin sedikit… Faktor tanggungjawab yang semakin membesar… Faktor usia yang semakin bertambah…

Oleh sebab itu doa dan dorongan daripada para pembaca sekalian amatlah saya harapkan. Sebagaimana Baginda Nabi SAW pernah mendoakan Ibn Abbas ra,

Ya Allah, pandaikanlah ia dalam agama dan ajarkan kepadanya ilmu Tafsir

saya juga mengharapkan doa yang sama daripada pembaca sekalian. Dan sebagaimana Ibn Abbas ra tidak duduk diam sahaja menanti ilmu datang kepadanya, saya mengharapkan diri saya berjaya mencontohi kesungguhannya.

Abu Wa’il berkata: “Imam Ali ra melantik Ibn Abbas ra sebagai pemimpin rombongan Haji. Maka dia berkhutbah mentafsir surah Al-Baqarah dan An-Nur dan sekiranya ketika itu turut didengar oleh orang-orang Rom, Parsi dan Dailam maka pasti dan pasti mereka akan memeluk Islam “

Ilmu tidak datang sendiri.

Faham tidak datang bergolek.

Ia menuntut pengorbanan.

Dan doa sebagai senjata.

2 responses

  1. Salam ziarah,

    Soalan 1,
    apa & bagaimana prosedur utk mengambil sijil mana2 subjek agama di UM?Siapakh yg prlu ana rujuk?

    Soalan 2,
    ana bukn dr sekolh agama sblum ini, ttp ada sedikt cebisn ilmu ttg bahasa arab komunikasi yg ana ambil smasa di UPM. Apkh bidang agama yg mula2 utk sesuai ana belajr dahulu sama ada bahasa arab @ usuluddin @ syariah dsb.

    Jzakallah.

  2. Rujuk ke website http://www.umcced.edu.my/CERTIFICATE.html then pilih yang mana berkenan okay…

    intake pada bulan mei dan oktober…

    untuk bidang yang sesuai, saya tiada jawapan muktamad… cuba tanyakan diri sendiri akan minat anda… Dr Yusuf Qardawi adalah graduan dalam bidang Usuluddin tetapi hebat dalam syariah bukan?

    Jesteru minatlah yang menentukan siapa anda dalam bidang agama yang anda ceburi dan bukannya mengetahui kesesuaian kita dalam apa-apa bidang… Kesesuaian hanya sebagai advantage tetapi minatlah sebagai faktor untuk kita menekuni sesuatu subjek dan bidang itu…

    Tetapi minat hanya diminda dan hanya tindakan yang akan merealisasikan impian kita…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: