SPM 1O mata pelajaran

Saya adalah di antara ribuan rakyat Malaysia yang menyokong cadangan dan kemudiannya ketetapan pihak Kementerian Pelajaran untuk menghadkan jumlah subjek yang boleh diambil untuk peperiksaan SPM mulai tahun 2010 kepada 10 subjek sahaja.

Kenapa?

Kerana saya bimbangkan trend kebelakangan ini di mana para pelajar berbangga dan berkejaran untuk merealisasikan deretan ‘A’ terpampang di atas slip keputusan mereka nanti.

Dengan jumlah mata pelajaran yang semakin bertambah, ditambah pula dengan berbagai lagi aktiviti yang perlu disertai di peringkat sekolah, di masa bilakah adik-adik kita ini akan bermasyarakat?

Saya pernah menyuarakan kebimbangan saya akan generasi adik-adik saya di kampus yang lebih gemar menghabiskan masa di dalam bilik di kolej kediaman berbanding menyertai aktiviti-aktiviti anjuran pihak kolej, fakulti mahupun universiti. Saya berasa bahawa titik tolak kepada permasalahan ini ialah sejak bermulanya trend untuk mendapat sebanyak mungkin ‘A’ dalam peperiksaan SPM kira-kira 10 tahun yang lalu jika saya tidak silap.

Jesteru cadangan dan seterusnya ketetapan untuk menghadkan bilangan subjek dalam peperiksaan SPM amat-amatlah saya sokong.

Pelajar sekolah agama menjadi mangsa

Jika bukan kerana terbaca artikel di harakahdaily.net saya pasti tidak akan menyemak kembali pendirian saya ini. Benar, dengan ketetapan itu telah menyebabkan para pelajar sekolah agama terbatas untuk menambah pengetahuan dan kemahiran mereka dalam bidang-bidang sunnatullah.

Dengan subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik Moden, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Bio, Syariah, Quran Sunnah dan sebagainya yang telah sedia diambil, para pelajar sekolah agama tidak lagi berpeluang untuk mengambil subjek-subjek lain.

Oleh itu ada baiknya had maksima itu dinaikkan dan dilarang sama sekali para pelajar aliran sains daripada mengambil subjek sains selepas mendaftar untuk subjek fizik, kimia dan biologi serta dilarang para pelajar aliran agama daripada mengambil Pendidikan Islam dan Tasawwur Islam setelah mendaftar untuk subjek Quran Sunnah dan Syariah.

Buat ape mengambil subjek yang lebih rendah tahapnya sedangkan telah sedia mengambil subjek yang lebih tinggi tahapnya?

Apapun perbincangan dengan guru dan pakar-pakar pendidikan amat-amatlah perlu dibuat dan langkah Kementerian Pelajaran membuka peluang kepada orang ramai untuk memberikan pandangan dilihat sebagai sesuatu yang positif.

Semoga keputusan yang dibuat nanti adalah untuk kebaikan generasi muda kita hendaknya…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: