Tiga proses penyembuhan hati

Saya terasa malas masuk ke makmal hari ini untuk menyambung sectioning. Oleh sebab ‘pantang larang’ yang banyak yang saya dapat daripada senior-senior yang pernah bergelumang dengan histopathology, yang antaranya ialah jangan buat tatkala emosi tak stabil, hati tak tenang, penat, letih, exhausted dan tiada mood, maka saya memilih untuk duduk di bilik postgrade hari ini dan meneruskan pembacaan tentang satu parameter dalam research saya yang telah saya selesaikan, ada data tapi tersangatlah sedikit knowledge saya tentang parameter tersebut.

Jadi sebelum saya boleh menulis thesis tentang parameter tersebut, kena la baca dulu kan…

Sementara printer saya sedang mencetak beberapa keping jurnal yang telah dikumpul lebih awal, saya berkenan untuk meneruskan perkongsian saya dengan para pembaca sekalian akan perkara yang saya bicarakan semalam iaitu tentang mekanisme penyembuhan hati selepas menderita kehilangan insan tercinta.

Analogi yang diberikan oleh John Gray dalam buku terbarunya yang saya beli, Men and Venus Starting Over amat menarik sekali. Beliau menyatakan bahawa hati kita boleh sembuh daripada rasa kecewa yang amat sangat sama seperti bagaimana tulang kita yang patah sembuh seperti sediakala.

Tatkala tulang kita patah, ia perlu di’reset‘ dan kemudian disimen untuk membolehkan mekanisme penyembuhan semulajadi dalam badan kita untuk melakukan tugasnya. Jika tulang tidak di’reset‘ menjadi lurus, tulang akan menjadi senget apabila sembuh nanti. Jika tulang tidak diberikan masa yang secukupnya untuk sembuh, dan dilindungi oleh simen, tulang akan kekal lemah. Namun jika simen tidak ditanggalkan apabila sampai masanya, tulang tidak akan berubah menjadi kuat semula. John Gray berpendapat hal yang sama teraplikasi kepada proses penyembuhan hati.

Dengan menggunakan analogi di atas, ringkasnya apabila tulang kita patah, tiga langkah perlu diambil.

  1. Dapatkan bantuan – Tiada doktor yang boleh merawat dirinya sendiri apabila sakit melainkan dia dirawat oleh orang lain. Jadi apabila tulang patah, kita mesti bertemu dengan mana-mana pakar yang boleh merawat kita walaupun kita sendiri adalah pakar.
  2. Kembalikan tulang kepada keadaan asalnya – Tulang hendaklah diselaraskan ke asalnya seperti sebelum patah untuk membolehkannya tumbuh dengan lurus semula.
  3. Lindungi dengan simen dan tanggakan simen apabila sampai masanya – Setelah menyelaraskan tulang seperti sebelum patah, simen akan diletakkan dibahagian terbabit untuk melindungi tulang yang patah itu selama beberapa ketika seperti yang ditetapkan oleh pakar. Tatkala tulang telah sembuh dan kembali kuat, simen itu akan ditanggalkan.

Jelas? Baik, sekarang kita apply ketiga-tiga langkah ini untuk menyembuhkan hati.

  1. Dapatkan bantuan – Apabila hati kita mengalami kekecewaan, putus cinta ke, putus tunang ke, rasa dikhianati oleh pasangan ke, bercerai ke, kematian insan tersayang ke, langkah pertama dan yang paling penting ialah untuk mendapatkan bantuan. Ini bukanlah masanya untuk mengenepikan rasa kecewa tersebut atas alasan sibuk ke, banyak komitmen ke, tak de masa ke… No…! Hati yang kecewa mesti disembuhkan. Lelaki biasanya mendapat manfaat apabila mendengar cerita atau kisah daripada seseorang yang sedang didalam kesusahan manakala perempuan pula mendapat manfaat tatkala bercerita akan kesedihannya kepada seseorang yang dipercayai. Bagaimana? Dalam buku Men are from Mars and Women are from Venus, kita sedia maklum bahawa lelaki tatkala mendengar akan masalah terdorong untuk memberikan penyelesaian manakala perempuan pula suka menceritakan masalahnya kepada seseorang yang dipercayainya dan tidak mengharapkan apa-apa selain rasa didengari sahaja. Lelaki dengan sifat suka memberikan penyelesaian berupaya menyembuhkan hatinya yang sedang luka tatkala berfikir untuk membantu orang yang bermasalah itu kerana dengan berfikir untuk menyelesaikan masalah orang lain, lelaki terbabit tidak dapat tidak perlu menyelesaikan masalahnya sendiri terlebih dahulu sebelum membantu orang lain. Jadi sedar atau tidak proses penyembuhannya lebih cepat tatkala dia mula memberikan telinganya untuk mendengar masalah orang lain. Wanita pula dengan sifat ingin didengari dan dihargai akan lebih cepat sembuh daripada kekecewaan tatkala bercerita akan masalahnya kepada orang-orang yang dipercayai. Bagi kedua-dua jantina terbabit, tatkala sedang kecewa dan perlukan bantuan lazimnya mereka akan bersifat lebih mudah menerima apa-apa pandangan dan solusi daripada orang-orang yang menolong mereka. Jadi berhati-hatilah tatkala mencari teman bicara dan bersikaplah sewajarnya wahai teman bicara kepada orang yang ingin berbicara dengan anda.
  2. Grieving the loss – Tatkala terjadinya perpisahan, mengingati memori silam bisa menghadirkan kesedihan… Namun ia juga bisa menghadirkan kehangatan rasa kasih dan sayang yang pernah terjalin. Sebenarnya dengan merasai kembali kehangatan rasa kasih dan sayang tersebut akan lebih membantu proses penyembuhan hati kita. Bagi mereka yang sedang berusaha menyembuhkan hati yang luka kerana putus cinta ataupun perceraian dan sedang berasa dikhianati dan dipermainkan, pada mulanya memang sukar untuk merasai kehangatan rasa kasih dan sayang tersebut. Saya yakin bahawa mereka akan terlalu marah untuk merasainya. Jadi inilah cabarannya. Carilah kemaafan dan maafkanlah… Kemudian baharulah anda akan berupaya untuk sembuh. Dan sehinggalah proses penyembuhan ini selesai, lelaki selalunya akan terdorong untuk tidak mengambil berat akan mana-mana wanita manakala wanita selalunya sukar untuk mempercayai lelaki lagi.
  3. Kembali seperti sedia kala – Setelah sembuh, masanya telah tiba untuk mencari cinta yang baharu. Ye la, hidup bukan untuk seorang lelaki atau seorang wanita sahaja kan? Namun sukar sebenarnya untuk ditentukan bilakah masanya atau ketikanya. Mungkin dalam chapter berikutnya ada penjelasan lanjut. Saya akan kongsikan lagi dengan pembaca sekalian. I’ll get back to you soon.

Baiklah, hati kita menjalankan pelbagai fungsi yang penting untuk kesejahtaraan tubuh badan kita. Jesteru menjadi tanggungjawab kita untuk menjaganya daripada mengalami kerosakan (Nanti saya buat artikel berkenaan liver enzymes sebagai indikator kerosakan hati). Jadi janganlah disia-siakan kesejahteraannya lebih-lebih lagi hanya kerana seorang lelaki atau seorang perempuan. Sembuhkanlah hati yang sedang luka lara supaya kuranglah free radical dalam badan anda hasil tekanan dan kekecewaan yang anda alami. Terlalu banyak kedurjanaan yang telah dilakukan oleh free radical dalam badan kita. Antaranya ialah merosakkan DNA anda…! Bodohlah kalau jatuh sakit nanti hanya kerana seorang lelaki atau wanita. Saya telah tunjukkan jalannya untuk anda menyembuhkan hati anda yang luka lara, dengan fokus kepada rasa kecewa akibat kehilangan cinta daripada insan tersayang namun prinsip-prinsip di atas turut boleh diaplikasi untuk keadaan-keadaan yang lain. Be creative dan terpulanglah samada anda mahu mencubanya ataupun tidak. Adios…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: