Ditujukan buat mereka yang kecewa

Ada pelbagai sebab atau asbab manusia boleh kecewa.

Ada yang kecewa kerana putus cinta.

Ada yang kecewa kerana perkahwinan yang diharapkan bercerai mati, rupanya bercerai ketika masih hidup. Lebih mendukacitakan lagi jika usia perkahwinan baharu setahun jagung.

Ada juga yang kecewa kerana ditikam daripada belakang oleh seseorang yang telahpun diangkat taraf menjadi sahabat…!

Pokoknya selagi bergelar manusia, perkataan kecewa tidak akan dapat lari daripada kehidupan kita.

Kecewa adalah sama

Benar, kecewa adalah sama…

Tidak kira apapun sebabnya, kecewa adalah sama sahaja.

Tempatnya di hati.

Kesannya pelbagai… Bermula daripada sekecil titisan air mata sehinggalah sebesar mengambil nyawa sendiri…!

Juga akan menyebabkan warga dunia di sekelilingnya berasa risau dengan individu yang kecewa tersebut jika kekecewaan itu berlarutan.

Menyembuhkan kekecewaan itu tidak sama

Benar, cara setiap individu menyembuhkan kekecewaan tidak sama.

Dalam kes putus cinta/perceraian/kematian suami atau isteri misalnya, ada individu yang mengambil jalan untuk menutup pintu hatinya daripada menerima kehadiran wanita atau lelaki lain hanya kerana tidak mahu kecewa lagi buat ke sekian kalinya.

Ada juga yang memilih untuk mengenangkan nostalgia lama setiap masa sehingga bisa menitiskan air mata sebagai bukti cintanya hanya pada si dia yang telah tiada dan tidak bisa disemai bersama orang lain.

Ada pula yang memilih untuk menjadi prejudis terhadap kebahagiaan orang lain dengan memberikan nasihat-nasihat bersifat batu api atas alasan untuk mengelakkan teman atau rakannya itu mengalami kekecewaan sepertinya.

Mekanisme penyembuhan itu sama

Benar, cara bagaimana hati kita sembuh daripada kekecewaan itu sama sahaja antara satu individu dengan satu individu yang lain.

Bagaimana?

Saya masih sedang berusaha memahaminya.

Apa yang boleh saya kongsikan di sini setakat ini ialah setiap kali hati kita berjaya sembuh daripada kekecewaan maka hati kita akan menjadi lebih ‘kuat’ berbanding sebelumnya.

Menarik bukan?

Ya, menarik.

Insya-Allah akan saya kongsikan dengan pembaca sekalian tatkala saya selesai melakukan pembacaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: