3 Sedih…

Kali ini saya mahu menulis ala-ala Tun Dr Mahathir menulis di blognya.

Sedih 1 :- Man U kalah..

Walaupun tidaklah fanatik sangat dengan Man U, namun tatkala mengetahui kekalahan Man U di kaki Barca, terasa juga sedihnya. Kalau tidak 4 piala Man U akan genggam dalam semusim selain bergelar kelab Inggeris pertama mempertahankan gelaran juara Liga Juara-Juara.

Sedih 2 :- Persona langgar depan…

Hari Sabtu lepas, 30 Mei memang kelam kabut. Selepas mengambil sedara-mara (3 kereta) di perkarangan Tesco Pulau Pinang, saya telah terlanggar bumper hadapan Persona kesayangan adik saya, yang juga merupakan orang yang diraikan pada hari tersebut. Memang diakui parking di kediaman saya agak sempit dan memerlukan skill yang tinggi, namun entahlah mengapa serba tidak kena pula hari itu sampai boleh terlanggar. Bumper masih utuh, cuma cat terkeluar sedikit. Sebelum ini 5 kali parking tidak pula kena… Masuk cantik sahaja… Mungkin kerana terlalu ramai sangat juruparking pada hari itu dengan pelbagai bahasa dan panduan menyebabkan saya hilang tumpuan lalu tersalah aim. Masih lemah mental ini atau mungkin saya mematuhi kajian yang dibuat oleh John Gray dalam bukunya, Men are from Mars, Women are from Venus yang menyatakan bahawa kaum lelaki tidak suka malah pantang dibantu jika tidak diminta. Seperti ketika memandu dan tersesat, selagi dia tidak membuka mulut untuk dibantu, sebarang bantuan daripada penumpang hanya akan memburukkan lagi keadaan… Tumpuannya akan hilang dan silap hari bulan mulut akan meletup…!!! Entahlah… Itu yang saya rasa tatkala saya mahu parking. Better aku tutup tingkap jer ari tu… Senang. Apapun buat adik tersayang, tuka saja bumper itu dan claim dengan saya… tapi hujung-hujung tahun sket ek… nak beli dapur dulu dalam masa terdekat ni setelah hutang-hutang berjaya dikutip…

Sedih 3 :- Adik dah tunang, saya belum…

Selesai majlis pertunangan adik, lega rasanya. Hilang keserabutan di kepala. Empat hantaran yang adik dan mama buat bertambah kepada 20 dengan sumbangan jiran-jiran, sedara mara dan sahabat handai. Terima kasih diucapkan. Pihak lelaki pula membalas dengan jumlah hantaran yang berbelas-belas. Sama juga kesnya, buat hanya sedikit dan ramai yang menyumbang. Menjelang jam 5 petang pihak lelaki beransur-ansur beredar dan begitu juga dengan sedara-mara saya dengan yang terakhir pulang pada jam 8 malam, setelah selesai anak-anaknya menonton Crayon Shin Chan dan Doraemon. Sebelum pulang, sempat pulak mak cik mak cik dan pak cik pak cik mengusik, abangnya bila lagi… Huwaaa… Tersinggunggnya…

Sekian…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: