ER

“Dr, this patient need your attention…!”

“Hold on,” ketua jabatan kecemasan berkata.

“Dr, we need you here…!”

“Wait…” ketua jabatan kecemasan itu berkata lagi.

“Dr, ada pesakit nak terjun dari wad tingkat tiga…!!!”

“Ha…?” ketua jabatan terpinga tetapi tidak dapat mengambil apa-apa tindakan kerana sedang merawat mangsa kemalangan yang parah.

“Dr, what do you think about my patient…?” tanya seorang doktor pelatih.

“Ask Dr Lisa…” ringkas saja jawapannya.

“Dr, pesakit tu dah terjun…!!!”

“Ha…?”

Begitulah sedikit sebanyak sedutan dialog dalam rancangan ER yang saya tonton di awal bulan Mei yang lalu di Hallmark Channel di Astro.

Doktor pakar tersebut yang merupakan ketua jabatan kecemasan kelihatan terkejar-kejar dari satu pesakit ke pesakit yang lain.

Ditambah pula dengan kedatangan silih berganti para doktor pelatih, saya kasihan melihat keadaan beliau.

Kemuncaknya ialah tatkala ada jururawat memberikan amaran bahawa ada pesakit yang sedang cuba terjun dari tingkat 3 namun dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana sedang merawat mangsa kemalangan yang parah yang baharu tiba di wadnya.

Dalam banyak-banyak tugas atau tanggungjawab, sebagai manusia biasa kadangkala kita tidak berjaya untuk menyelesaikan kesemuanya… Ada juga yang kita akan gagal untuk siapkan…

Semalam adalah hari yang memenatkan…

Segala-galanya memenatkan…

Bergerak ke Universiti Malaya untuk menolong 3 sekawan mengharungi procedure sacrifice yang memenatkan sejak jam 9 pagi sehingga 530 petang. Di sana bertalu-talu panggilan telefon diterima bertanya itu ini. Selesai mengajar saya pulang ke kampus (dan tatkala saya menelefon mereka pada jam 1130 malam mereka masih belum selesai…! Terasa sebak sebab pulang lebih awal meninggalkan mereka mengharungi prosedur yang memenatkan itu sendirian… Dah la first time…).

Saya pulang ke rumah untuk mandi dan kemudian datang semula ke kampus untuk menyiapkan soalan untuk adik-adik. Di kampus saya mendapat beberapa panggilan telefon bertanya dan meminta itu ini yang menyebabkan saya terpaksa merombak jadual kehidupn bermula saat itu juga sehinggalah petang sabtu nanti. Rombakan itu bermula dengan saya pulang ke rumah untuk mengisi minyak kereta housemate yang dipinjam untuk menjemput sahabat yang bakal tiba keesokan paginya.

Di kampus sebelum pulang ke rumah untuk mengisi minyak, saya telah terlepas pandang sms yang masuk meminta saya untuk ke makmal untuk menolong seorang rakan meyelesaikan satu protokol. Sms yang dihantar pada jam 2105 dan 2110 hanya saya sedar dan balas pada jam 2129…!!! Ketika itu saya sedang khusyuk menaip soalan dan dengan hset yang disilent saya telah membuatkannya tertungguh-tunggu. Dah la malam bukan siang dan tatkala saya bersiap sedia untuk ke sana dia sudah pun selesai dengan protokol tersebut. Rakan-rakan di UM dapat saya tolong tapi rakan sendiri di kampus saya tak terkejar. Apa da…!

Malam ini akan ke UM sekali lagi langsung dari LCCT (bergantung kepada makluman nanti daripada mereka). Harapnya selepas ini dapatlah saya minimakan ketidak tak kejaran saya ini…

Dalam siri ER pesakit yang terjun itu cedera parah…

Dalam kehidupan saya semalam rakan saya itu remuk hatinya…

Maap….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: