Blackout period lagi…- Update 2

Sekali lagi saya akan berhadapan dengan kesibukan seperti yang saya alami semasa mengendalikan animal trial dahulu.

Isnin hadapan, 18 Mei 2009 berhadapan dengan 2 jam lectures membicarakan topik Autonomic Nervous System.

Selasa, 19 Mei 2009 berhadapan dengan  1 jam lecture membicarakan topik Endocrine System.

Mujur tiada tutorial untuk topik-topik di atas minggu ini. Kalau tidak persiapannya tidak tahu bila hendak dibuat.

Rabu, 20 Mei 2009 seharian bergelumang dengan biokimia. Dua jam kuliah membicarakan topik Enzyme and Energy dan Carbohydrate Metabolis. Semoga memori ketika mengambil paper Enzymology dan paper Carbohydrate Metabolism sewaktu undergrade bisa direcall kembali dengan mudah.

Pada waktu petangnya pula tutorial… Saya menjangkakan situasi yang sama akan berlaku seperti yang terjadi minggu ini, 1 jam setengah daripada 2 jam yang diperuntukkan untuk slot tutorial hanya untuk berbincang nota kuliah, bukannya soalan tutorial…! Agaknya sampai pukul 5 petang lagi la kot baharu slot tutorial akan berakhir.

Khamis, 21 Mei 2009 saya akan berkunjung ke Universiti Malaya untuk memindahkan teknologi dan kemahiran kepada 3 orang pelajar di sana yang akan sacrifice arnab-arnab mereka buat kali pertama. Sepertimana saya bertungkus-lumus sampai ke malam dahulu dengan jumlah arnab sebanyak 14 ekor, saya menjangkakan mereka juga akan berhadap dengan situasi yang sama.

Jumaat, 22 Mei 2009 sekali lagi saya akan berkunjung ke Universiti Malaya untuk menyelesaikan procedure Sudan IV Staining. Seandainya malam baharu selesai membuka aorta pada hari khamis, maka pada jumaat malamlah staining itu akan dilakukan selepas 24 jam incubation time dalam 10% formalin.

Minggu yang sibuk, labwork yang masih belum berakhir, CD 24 season 4 yang masih belum selesai ditonton ^_^, literature review yang masih belum selesai ditulis, SPSS dan Sigmastat yang masih belum settle, semoga baki masa yang ada dapatlah digunakan sebaik mungkin.

Untuk kawan-kawan, maaf andai ada sms yang saya lewat membalasnya atau sepatah sahaja saya menjawabnya. Harap mengerti.

Update 1 (Isnin, 18 Mei 2009)

Mujur 2 jam lectures biokimia pada hari rabu sudah dipindahkan ke isnin petang… So ada kekosongan pada Selasa pagi dan Rabu pagi dan Jumaat pagi untuk meneruskan sectioning

Update 2 (Selasa, 19 Mei 2009)

Huwaaa… pagi ni tak dapat buat sectioning sebab ada gotong royong lab mengejut… dah la mesin 1…! Petang ada orang lain chop…

One response

  1. detektif conan

    Selamat berjuang! Moga Allah mempermudahkan segala urusan kamu..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: