Bahana Menangguh

Tatkala menghabiskan animal trial di penghujung Februari 2009, saya seakan mahu melompat lebih tinggi. Terbayang hujung minggu yang bebas daripada kerja-kerja di animal house selain berpeluang pulang ke rumah di setiap cuti umum yang telah saya lepaskan sepanjang setahun yang lalu, namun rupanya panas tidak sampai ke petang. Hujan juga turun di tengah hari.

Di awal bulan 3 saya berulang alik ke FRIM bersama beberapa orang labmate bagi mempelajari HPLC. Saya juga terpaksa membersihkan cage, menyelongkar -80 bagi menjejak kasih sampel-sampel darah yang entah ke mana-mana selain di penghujung mac saya melakukan 1 test daripada 16 test (2 telah selesai lebih awal) bagi sampel-sampel darah saya.

Kemudian saya teruskan di awal April akan 9 test lagi namun sayangnya kerana kerosakan mesin, hanya 1 test berjaya selesai manakala 8 test hanya selesai separuh daripada sampel yang sepatutnya. Di akhir April baharulah selesai kesemuanya. Kini 12 test telah selesai dan tinggal 4 lagi test.

Di pertengahan bulan April juga saya berkesempatan untuk membuat blocking untuk tisu hati dan aorta sebelum belajar membuat sectioning seminggu selepas itu. Dan pada hari ini, Khamis 30 April 2009 saya tidak melakukan apa-apa kerja (patutnya practice buat sectioning lagi) selain daripada menolong teman daripada Uitm melakukan sacrifice terhadap 4 ekor ‘anak-anak’nya.

Esok saya akan pulang ke rumah bercuti selama 10 hari. Cuti yang sepatutnya dilangsungkan pada bulan Mac dianjak ke bulan Mei dengan harapan saya dapat menyelesaikan segala post-animal trial analysis saya sebelum bercuti….

Hmmm… rupanya saya tersilap percaturan. Dengan 4 test lagi untuk sampel darah, 2 daripadanya secara manual dan 2 lagi automated namun mesti menunggu tunjuk ajar daripada pembekal dahulu, dengan 100 block untuk sectioning, beberapa ratus slides untuk staining, penggunaan aplikasi photoshop untuk merge gambar aorta, analysis menggunakan image analyzer, slide reading selain beberapa test lagi yang rasanya hendak diulang… Saya tergamam seketika tatkala menulis di dalam planner akan semua kerja-kerja tertunggak itu selain berserabut tatkala memikirkan perancangan saya untuk menyelesaikan semua itu sebelum supervisor membuka mulut dan bertanya lanjut…

Fuh… Mujurlah Willis H. Carrier, pengasas syarikat membuat penyaman udara jenama Carrier pernah mengajar beberapa langkah untuk digunakan tatkala berhadapan dengan perkara sebegini:-

  1. Tenangkan diri dan mulakan berfikir apakah masalah yang sebenarnya dihadapi
  2. Fikirkan apakah akibat paling buruk yang boleh terjadi kepada diri kita tatkala masalah itu tidak dapat diselesaikan
  3. Tenangkan diri dan terimalah hakikat bahawa akibat yang paling buruk itu bakal berlaku kepada diri kita
  4. Mulakan bekerja sebaik mungkin untuk mengelakkan akibat yang paling buruk tersebut

Syukur padamu Ya Allah kerana melapangkan dada dan minda serta melontarkan langkah-langkah tersebut. Setelah difikir-fikir berikut adalah hasilnya:-

  1. Masalah yang sedang dihadapi- Masalah saya ialah saya mempunyai banyak lagi labwork yang belum selesai dan supervisor akan mula bertanya lanjut
  2. Akibat paling buruk yang boleh terjadi- Saya akan dipecat kerana tidak kompeten sebagai penyelidik. Masa terlalu banyak diberi tetapi hasil tidak seperti diharapkan
  3. Adakah saya telah menerima hakikat bahawa akibat yang paling buruk itu boleh terjadi kepada diri saya- Ya, saya menerima hakikat bahawa saya boleh dipecat
  4. Mulakan bekerja sebaik mungkin untuk mengatasi akibat paling buruk tersebut- Saya merancang baik-baik di dalam planner saya dan melihat saya memerlukan sehingga pertengahan Jun sebelum boleh selesai segala labwork tidak termasuk yang repeat kerana yang repeat itu kalau tidak repeat pun tidak mengapa

Jangan ditanya saya mengapa Willis H. Carrier menyuruh kita memikirkan akibat yang paling buruk yang boleh terjadi kepada kita seterusnya meminta kita untuk pasrah menerimanya… Saya tiada jawapannya.

Cuma apa yang saya dapati ialah tatkala kita pasrah menerima akibat yang paling buruk tersebut kita seakan menerima ketentuan dari Yang Maha Berkuasa bahawa kita ini tiada apa-apa yang boleh dibuat selain daripada usaha. Dan secara psikologinya tatkala kita kembali kepada fitrah tersebut (sedar akan kekerdilan diri) kita akan berasa tenang.

Dan ketenangan itu akan membuatkan kita boleh melihat ruang-ruang dan peluang-peluang yang ada di hadapan kita untuk kita melakukan pembaikan.

Dengan memulakan kerja selepas itu dengan sendirinya kita telah berusaha mengelakkan akibat-akibat buruk yang boleh menimpa kita itu nanti. Kita beruasaha dan Yang Maha Berkuasa akan membantu kita Insya-Allah.

So Fazali berehatlah secukupnya selama 10 hari ini dan kembalilah dengan semangat yang baru untuk menyelesaikan segala labwork tersebut.

Possibly kalau segalanya berjalan lancar di penghujung bulan Mei segalanya boleh selesai. Yang penting lakukan seperti apa yang telah dirancang di dalam planner dan cuba cari ruang untuk melakukan lebih daripada yang telah dirancang dalam sehari.

Selain itu 2016 data (12 test x 42 ekor x 4 kali ambil darah) yang telah di key in di dalam excel hendaklah dianalisa segera. Sebelum supervisor bertanya adalah lebih baik saya menghantarnya dahulu kan?

Semoga berjayalah hendaknya diriku ini….

Jangan bertangguh lagi dan tuliskan segala kerja-kerja kamu yang belum selesai agar dari semasa ke semasa ia akan menghantui diri kamu untuk kamu menyelesaikannya…!

Dan kalau setelah ia sentiasa menghantui diri kamu pun kamu masih tidak bisa bekerja… tak payah jadi manusia lah…!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: