Rehat lagi…

Saya akan bercuti selama 10 hari mulai 1 Mei sehingga 10 Mei ini. Tapi memilih untuk bercuti daripada melakukan update kepada blog ini mulai hari ini… ^_^

sekadar hiasan

sekadar hiasan

Setelah 24 tahun hidup di muka bumi ini, ini adalah kali ke-3 saya berpeluang untuk bercuti bersama famili. Namun berita buruknya ialah cuti ayahanda tercinta yang telah pun diluluskan telah ditarik balik sebagai persediaan pilihanraya kecil DUN Penanti.

Sedikit rasa sedih dan terkilan kini menyelimuti hati.

Tapi tidak mengapalah… Hidup mesti diteruskan. Walau apa pun yang terjadi, kita perlu terus menikmati hidup kita seadanya dan berusaha untuk bertemu bahagia. Serbuk kayu tidak perlu digergaji lagi dan dalam setiap keuntungan atau kerugian juga kegembiraan serta kesedihan kita perlu tetapkan hadnya…

Dalam erti kata lain kalau kita rasa sedih… Janganlah kiranya kesedihan itu berlanjutan sehingga terganggu segala perancangan menuju kejayaan…

Kalau kita rasa gembira janganlah pula kegembiraan itu berlebih-lebihan sehingga mengguris pihak yang kurang bernasib baik.

Semoga bertemu lagi di lain masa.

Saya dedikasikan lagu ini buat yang memahami.

Huhu… cukup la 2 3 hari ulang dengar lagu sedih tu…

Pasni nak dengar lagu-lagu yang memberi semangat pula… Hidup ini mesti dinikmati… Umur dah makin lanjut makanya makin sedikitlah masa yang tinggal untuk menikmati hidup ini… Jesteru baiklah dinikmati sahaja baki peruntukan umur yang masih tinggal kan…?

Kalau saya ada jumpa lirik lagu atau puisi yang memberikan semangat akan saya tampilkan di sini…

Jumpa lagi…!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: