Anda setuju…?

Anak-anak kekal agama asal walaupun salah seorang ibu bapa bertukar agama

23/04/2009 2:04pm

KUALA LUMPUR 23 April – Mesyuarat Jemaah Menteri semalam telah membuat keputusan bahawa anak-anak kekal menganut agama asal walaupun salah seorang ibu atau bapa mereka memeluk agama lain.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, mesyuarat itu juga membuat ketetapan bahawa penceraian tidak akan berlaku secara automatik walaupun salah seorang telah memeluk agama Islam.

“Kabinet juga memutuskan segala isu berkaitan penjagaan anak-anak dan penceraian perlulah diselesaikan di mahkamah sivil dan bukannya mahkamah syariah,” katanya pada sidang akhbar di Bangunan Parlimen di sini hari ini.

Selaras dengan keputusan itu, Jabatan Peguam Negara akan diarahkan membuat pindaan terhadap undang-undang yang berkaitan bagi memastikan segala keputusan Kabinet itu dapat dikuatkuasakan dengan berkesan.

Beliau berkata, pihak peguam negara juga akan diarahkan memaklumkan perkara itu pada negeri-negeri bagi membolehkan mereka membuat pindaan yang sama terhadap undang-undang syariah. – Utusan

Source

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0423&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_05.htm

Anak pasangan tukar agama mesti kekal agama asal: Kabinet

KUALA LUMPUR: Kabinet memutuskan anak kepada pasangan yang menukar agama yang masih di bawah umur hendaklah dibesarkan mengikut agama asal mereka semasa melangsungkan perkahwinan.

Perkara itu diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz pada sidang media di Bangunan Parlimen, tengah hari ini.

Ia sebagai langkah penyelesaian jangka panjang bagi menangani isu tukar agama dan berkaitan dengan kes K Pathmanaban yang membawa anaknya memeluk Islam, baru-baru ini.

Source

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Mutakhir/20090423140117/Article

Ulasan

Saya menantikan respon daripada alim ulama’….

One response

  1. Hi, nice post. I have been pondering this topic,so thanks for sharing. I’ll certainly be coming back to your site. Keep up the good work

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: