Buku lagi

Saya ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur lagi petang tadi (ambik kira pemergian tahun-tahun lepas ^_^).

Niat dihati ingin memerhatikan harga bagi beberapa buah buku Physiology juga anatomy namun pencarian yang dilakukan hampa. Lebih baik dilangsungkan saja perjalanan ke ‘Kedai Kamal’ yang terletak berhampiran IMR dan HKL kerana di situ memang sedia ada buku-buku tersebut seperti yang telah saya lihat sebelum ini. Actually harap jumpa yang lagi murah la di pesta buku tu tapi apakan daya dikau tiada.

Kunjungan diteruskan dengan mencari booth Fajar Bakti pada senarai penerbit-penerbit buku namun tiada….

Yang ada Fajar Ulung dan Fajar apa lagi satu entah.

Melepas la nak dapatkan buku Fisiologi Manusia dalam Bahasa Melayu. Saya berkunjung pula ke gerai PTS Publication bagi mencari 4 buah buku yang telah saya sedia survey di internet. Hampa, hanya 1 yang ada kerana mengikut kata person in charge di sana buku-buku yang saya cari itu adalah buku-buku lama dan mereka tak bawa semua buku-buku lama. Yang satu itu pun setelah diselak-selak tidak pula hati ini berkenan.

Kemudian saya ke gerai MPH Bookstore. Di sana saya menumpukan perhatian bagi mencari buku nurkilan motivator kesukaan saya, Dale Carnegie. Walaupun buku tersebut diterbitkan buat pertama kalinya pada tahun 1944, jauh pula daripada dilengkapkan dengan nota kaki atau rujukan yang kadang-kala hanya menyesakkan mata yang memandang, saya yang membaca bukunya buat kali pertama semasa berusia 16 tahun terus tertarik akan ‘modal’ yang dibawa oleh beliau.

Jikalau John Gray terkenal dengan keupayaannya memahami perbezaan antara lelaki dan perempuan melalui karya masterpiecenya Men are from Mars, women ara from venus, Dr Ari Ginjari dengan ESQ 165 nya, John C Maxweel dengan leadership, Dale Carnegie tidak ada apa-apa yang di’jual’nya melainkan hanya beberapa kisah benar akan orang-orang di sekitarnya samada pelajar dalam kelas kelolaannya, orang-orang terkenal di zamannya atau hanya rakyat biasa.

Namun cara cerita itu dipersembahkan dengan lebih memfokuskan kepada ibrah dan praktikal untuk si pembacanya membuatkan buku tersebut lain daripada yang lain.

Dan saya perlu akui yang saya hanya memahami beberapa perkara dalam buku tersebut sejak akhir-akhir ini sahaja.

Jesteru kalian saya mempersembahkan buku beliau yang bertajuk How to stop worrying and start living. Ia bukan karya biasa. Ia karya manusia biasa tetapi dengan usaha yang luar biasa. Terbit sejak tahun 1944 dan masih diulang cetak sehingga kini selain se’akan’ dijadikan teks rujukan mereka yang berkecimpung dalam bidang motivasi, apa lagi yang boleh dikatakan tentang kehebatan buku itu.

sekadar hiasan

sekadar hiasan

Dapatkan untuk kalian hidup tenang…! (tak semestinya ^_^)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: