Setelah kejadian itu…

Rakyat Malaysia yang waras pasti terkesan dengan peristiwa kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Perak Darul Ridzuan suatu ketika dahulu. Kejatuhan yang dilakukan dengan taktik kotor dan jijik itu dilakukan oleh golongan yang tidak bermaruah ke atas golongan yang penuh dengan maruah.

Yang Berhormat Dato’ Seri Ir Nizar pasca kejatuhan beliau dan kerajaan beliau tetap tenang dan rasional menghadapi hari-hari mendatang.

Apabila dipilih sebagai calon bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Bukit Gantang, ramai yang telah menjangkakan kemenangan beliau. Cuma isunya berapakan majoriti undi tersebut kerana kerisauan pelbagai taktik kotor lagi jijik yang bakal digunakan nanti.

Ternyata beliau menang dengan majoriti yang lebih besar; bersama calon keadilan yang bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau yang turut memperolehi majoriti yang lebih besar berbanding ketika Pilihanraya Umum 2008 yang lalu.

Walaupun tidaklah boleh dikatakan bahawa inilah suara keseluruhan rakyat Malaysia bahawa kami menolak kerajaan Barisan Nasional, keputusan mutakhir tersebut seharusnya menjadi muhasabah terbaik buat Dato’ Seri Najib dan saf pimpinannnya dalam UMNO, juga buat pedoman dalam melantik anggota barisan kabinetnya yang dijangka diumumkan sedikit masa lagi.

Mengapa rakyat di dua kawasan Dewan Undangan Negeri terbabit menolak calon mereka?

Mengapa kehadiran mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir tidak mampu menjadi salah satu faktor kemenangan mereka?

Mengapa dengan sekalian media massa mencanang itu dan ini tentang segala yang baik akan kerajaan Barisan Nasional dan segala yang buruk akan kerajaan Pakatan Rakyat lebih-lebih lagi perihal Dato’ Seri Anwar Ibrahim dahulu dan sekarang juga gagal menghadiahkan kemenangan buat mereka?

Mengapa perlantikan Dato’ Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 tidak mendorong pengundi untuk memberikan undi kepada calon Barisan Nasional?

Kepada Kerajaan Pakatan Rakyat yang berjaya mengekalkan kemenangan di kedua-dua kawasan diingatkan agar tidak leka juga alpa akan tanggungjawab yang telah diberikan kepada kalian. Bukan mudah menjadi pemimpin. Segala yang kalian miliki telah menjadi ‘hak’ rakyat kini. Masa, harta, akhlak dan segalanya akan dipantau dengan teliti oleh rakyat. Sedikit silap kalian pasti tersungkur nanti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: