Muflis

Sefaham saya, apabila seseorang itu telah diisytihar sebagai muflis, terhapuslah sudah segala hutang piutangnya dan tersekatlah ia daripada peluang untuk membuat apa-apa pinjaman daripada bank lagi.

Muflis boleh terjadi sebagai akibat kegagalan penghutang untuk menjelaskan hutangnya kepada pihak pemiutang (dalam kes ini bank). Selain peminjam, penjamin juga tidak lari daripada diisytihar sebagai muflis andai orang yang dijamin gagal membayar hutangnya. Oleh itu berhati-hatilah sebelum menjadi penjamin. Lihat dahulu kemampuan.

Namun biarpun muflis, si muflis itu tadi tetap saja boleh bekerja dan menerima pendapatan untuk sara hidupnya. ‘Selesai’ segala hutang dan terhalang daripada berhutang, alangkah indahnya hidup di dunia kerana tidak akan terperangkap dengan hutang yang acapkali menyesakkan nafas sebaik sahaja menerima gaji di hujung bulan. Namun di akhirat hang tau la nasib hang…!

Tetapi saya amat merisaukan muflis yang lain…

Muflis sebagai daei


Apabila seseorang yang mengisytihar dirinya sebagai daei, dirinya dituntut untuk mendalami lagi ilmunya. Dari semasa ke semasa ilmu dan pengetahuannya perlu ditambah dan berkembang. Tadabburnya perlu ditingkatkan. Penyampaiannya perlu diperbaiki supaya lebih efisien.

Dengan hari-hari berceramah ke sana ke mari, usrah, halaqah dan berkuliah tanpa ada peluang untuk diri sendiri mencari input-input baharu atau dengan erti kata lain lebih banyak memberi daripada memiliki, maka di kala itu dia sebenarnya telah muflis.

sekadar hiasan

sekadar hiasan

Muflis dalam ertikata ‘habisnya’ ilmu untuk dikongsikan.

Kitar Semula Ilmu & Expired Date


Ada masalah?

Saya berpandangan tidak ada masalah untuk menjadi seperti itu. Cuma bersifat selektiflah terhadap topik yang hendak dibicarakan. Bicara saja pada yang diyakini lagi dikuasai. Tidak perlu malu untuk mengatakan tidak pada jemputan atau topik yang bukan dalam kefahaman kita. Bimbang tersalah memberi yang akan dipanjangkan kepada tersalah amal.

Selain itu, daei harus menyedari bahawa bukan bahan kimia sahaja mempunyai expired date. Ilmu dan pengetahuan juga mempunyai expired date. Oleh sebab itu kalangan daei perlulah sentiasa melakukan update terhadap topik-topik yang telah difahami lagi dikuasai. Tadubburnya hendaklah selalu agar beroleh mutiara kata tatkala memberi nanti. Jikalau golongan kuffar begitu komited dengan update terhadap bidang mereka, amatlah malu jika kita yang Muslim tidak sebegitu.

Selain itu di zaman tanpa sempadan ini turut menuntut seseorang daei itu untuk menjadi lebih kreatif dalam penyampaian demi menarik minat audience. Penggunaan powerpoint dan LCD dilihat cukup baik walaupun untuk kuliah subuh. Dengan slide dan animasi yang kreatif, audience akan lebih tertarik untuk mendengar dan melihat apa yang disampaikan dan lebih mudah faham. Lihat, gaya dan teknik penyampaian juga mempunyai expired date. Di kawasan bandar, mengatakan selamat tinggal kepada papan hitam, papan putih dan overhead projecter (OHP) adalah suatu kelaziman.

Tidak Hairan


Setelah memahami hakikat di atas, saya memahami kenapa sesetengah penceramah menolak jemputan berceramah, kuliah dan sebagainya atau menyempitkan fokus ceramah yang dia bersedia untuk menyampaikan.

Lebih baik berkata tidak daripada ya daripada nantinya serba salah tatkala berceramah…!

Juga ada penceramah yang menggunakan beberapa nombor telefon, tetapi hanya menghebahkan satu nombor sahaja kepada audience ceramahnya dan lebih specific lagi menyatakan bahawa dia ‘senang angkat telefon’  selepas waktu Asar sahaja. Sebab…? Dia memerlukan waktu-waktu lain untuk melakukan rujukan, semakan, hafalan, tadabbur dan sebagainya.

Dan yang paling utama semuanya dilakukan adalah kerana soal kefahaman dan penguasaannya terhadap sesuatu topik mahupun ilmu.

Juga saya memahami kenapa dalam seminggu atau selang 2 minggu ada sesetengah penceramah me’offline’kan dirinya daripada berceramah atau berkuliah.

Hanya semata-mata untuk diri sendiri berfoya-foya dengan buku dan bahan-bahan ilmiah.

Maka kita seharusnya begitu juga. Dek terlalu banyak yang tidak diketahui dan terlalu sedikit faham kita akan sekalian yang kita ketahui, maka ‘offline’kanlah diri sekali sekala atau secara berkala untuk mencari input, diproses lalu dijadikan output.

Demi kelangsungan dakwah, marilah kita kenali batas diri kita dan belajar membataskan diri.

Paling utama; buku bukan untuk dibeli lalu disimpan tetapi untuk dibaca.

Dan baca sahaja tidak mencukupi andai tiada tadabbur yang dilakukan.

Nun[1489], demi kalam dan apa yang mereka tulis (Al-Qalam 68:1)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: