Harapan kami…

Dan berkatalah Fir’aun: “Hai Haman, buatkanlah bagiku sebuah bangunan yang tinggi supaya aku sampai ke pintu-pintu,

yaitu) pintu-pintu langit, supaya aku dapat melihat Tuhan Musa dan sesungguhnya aku memandangnya seorang pendusta.” Demikianlah dijadikan Fir’aun memandang baik perbuatan yang buruk itu, dan dia dihalangi dari jalan (yang benar); dan tipu daya Fir’aun itu tidak lain hanyalah membawa kerugian.

Orang yang beriman itu berkata: “Hai kaumku, ikutilah aku, aku akan menunjukkan kepadamu jalan yang benar.

Hai kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (sementara) dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal

Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalasi melainkan sebanding dengan kejahatan itu. Dan barangsiapa mengerjakan amal yang saleh baik laki-laki maupun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk surga, mereka diberi rezki di dalamnya tanpa hisab

Hai kaumku, bagaimanakah kamu, aku menyeru kamu kepada keselamatan, tetapi kamu menyeru aku ke neraka?

(Kenapa) kamu menyeruku supaya kafir kepada Allah dan mempersekutukan-Nya dengan apa yang tidak kuketahui padahal aku menyeru kamu (beriman) kepada Yang Maha Perkasa lagi Maha Pengampun?

Sudah pasti bahwa apa yang kamu seru supaya aku (beriman) kepadanya tidak dapat memperkenankan seruan apapun baik di dunia maupun di akhirat[1323]. Dan sesungguhnya kita kembali kepada Allah dan sesungguhnya orang-orang yang melampaui batas, mereka itulah penghuni neraka.

Kelak kamu akan ingat kepada apa yang kukatakan kepada kamu. Dan aku menyerahkan urusanku kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya.”

Maka Allah memeliharanya dari kejahatan tipu daya mereka, dan Fir’aun beserta kaumnya dikepung oleh azab yang amat buruk.

Kepada mereka dinampakkan neraka pada pagi dan petang[1324], dan pada hari terjadinya Kiamat. (Dikatakan kepada malaikat): “Masukkanlah Fir’aun dan kaumnya ke dalam azab yang sangat keras.”

Surah Mu’min 40:36-46

Tatkala mentadabbur ayat-ayat di atas saya tidak dapat lari daripada memikir dan mengaitkannya dengan iklim politik Malaysia pada masa kini. Kerisauan akan berulangnya sejarah kekejaman Firaun tiba-tiba hinggap di hati. Entahlah kenapa… Mungkin kerana beliau tatkala dilantik terpalit begitu banyak tuduhan yang tidak berjawab.

Ya, suka atau tidak beliau telah dimasyhurkan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam sejak Allahyarham Tunku Abdul Rahman. Pedulikan teori R.A.H.M.A.N yang dikatakan telah sempurna setelah acara angkat sumpah selesai, apa lah sangat dengan teori yang tidak dapat dipertanggungjawabkan itu.

Dengan segala macam pertuduhan yang dilemparkan ke atasnya, baik daripada media dalam negara mahupun luar negara; ditambah pula dengan masalah kegawatan ekonomi yang melanda umat dunia kini; selain isterinya disebut-sebut oleh ramai orang sebagai ‘kaki shopping’, berkuasanya beliau sebagai orang nombor 1 dalam negara menuntut beberapa perkara daripada kita sebagai rakyat juga beliau sebagai pemimpin.

Tidak lah boleh ditegur akan beliau secara terbuka bak kata golongan salafi yang telah ditegur oleh kebanyakan orang akan terlalu tekstual pemahaman mereka akan hadith berkaitan perkara sedemikian. Pendirian saya ialah beliau dan barisan kabinet beliau perlu ditegur dari semasa ke semasa dan beliau tidaklah boleh barang tentu bersikap takabbur lagi sombong dengan tidak mengendahkannya.

Peranan alim ulama’ daripada pelbagai bidang baik di lapangan syariatullah mahupun sunnatullah amat-amatlah diharapkan berperanan dengan baik lagi berkesan. Menyerahkan tugasan kepada mereka yang ahli adalah wajib agar dasar juga keputusan yang dibuat tidak lagi silap di kemudian hari.

Dasar-dasar yang kontroversi lagi banyak menerima bantahan daripada sekelian umat wajar dikaji semula. Rintihan rakyat bawahan dek peningkatan taraf hidup sedang bermewah-mewahan kamu sekapal hanya bisa mengundang amarah yang bisa meruntuhkan kerajaan kamu.

Akhir sekali, paculah negara ini menuju keredhaan Ilahi. Ingatlah bahawa sekalian yang zalim telah tumbang. Dirakam pula kisah mereka di dalam Al-Quran. Dibaca dan dikhabar oleh sekalian generasi. Jika Dato’ Seri tidak mahu segala yang buruk tentang Dato’ Seri dirakam, dibaca, dikhabar dan dijadikan contoh buat generasi mendatang, ketahuilah bahawa dengan kembali kepada akar perjuangan seorang mukmin Dato’ Seri bisa disanjung laksana kami menyangjung sekalian khalifah agung umat Islam dahulu kala.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: