Karya

Tiada apa yang boleh dibanggakan hari ini. Siang pertama yang didekasikan untuk menulis literature review bagi tesis pengajian master saya berlalu dengan hanya 3 perenggan yang biasa-biasa sahaja.

Malam tadi juga hal yang sama terjadi. Dua jam berlalu dengan mata dan minda berlegar-legar kepada perenggan yang sama dalam jurnal yang sama. Terasa terlalu sukar untuk difahami dan diproses untuk menjana ayat-ayat yang dihajatkan.

Memang menulis bukan tugas yang mudah. Ia tugas yang sukar apatah lagi tatkala berada di peringkat sarjana.

Jesteru tidaklah keterlaluan jika saya nyatakan di sini bahawa saya pengkagum Harun Yahya yang begitu prolifik menghasilkan pelbagai karya berat dengan persembahan yang sesuai kepada orang awam; cuma mutu penterjemahan ke bahasa melayu oleh penerbit di sini sahaja yang harapnya dapat diperbaiki.

Juga kehebatan faisal tehrani yang turut prolifik dalam berkarya sehingga sejarah yang bosan itu pada sebahagian orang bisa disukai. Selepas 1515, 1511 Hijrah dan Advencer Si Peniup Ney saya menjadi penunggu setia keluaran karya-karya terbarunya.

Tidak lupa kepada Ustaz Ridhuan Asri Mohd Noor; yang saya mula kenali ketika di tahun kedua pengajian. Terlalu pantas berkarya sehinggakan buku beliau yang sedia ada tidak habis dibaca muncul pula buku yang lain.

Kini tibalah giliran saya untuk berkarya. Sudah tahu diri ini tidak sehebat mereka namun kumohon doa teman-teman agar karyaku itu bisa siap tepat pada masanya.

“Doa itu senjata mukmin”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: