Jom mohon wat Phd…

PUTRAJAYA 17 Mac – Penyediaan biasiswa kerajaan untuk program peringkat sarjana masih tidak mendapat sambutan, manakala 16 permohonan diterima untuk mengikuti pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD).

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sehubungan itu menggesa siswazah institusi pengajian tinggi (IPT) mengambil peluang yang disediakan kerajaan menerusi pakej rangsangan ekonomi kedua itu.

”Terdapat 500 tempat bagi program PhD dan 10,000 lagi di peringkat sarjana yang masing-masing menawarkan pembiayaan RM10,000 (sarjana) dan RM20,000 bagi PhD.

”Saya harap pelajar akan memohon mendapatkan biasiswa tenaga akademik pengajian tinggi yang kita sediakan untuk memenuhi keperluan tenaga pengajar di universiti,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu beliau diberi taklimat mengenai Laporan Kemajuan Pelaksanaan Kedua Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara untuk tempoh enam bulan bermula Julai hingga Disember 2008.

Menurut Khaled, kerajaan berhasrat melahirkan 60,000 pemegang PhD dalam tempoh 15 tahun akan datang.

Tahun lalu, jumlah pensyarah yang memiliki PhD adalah sebanyak 32 peratus iaitu 6,438 orang berbanding 24,504 orang keseluruhan pensyarah di institusi pengajian tinggi awam.

Selari dengan pelan strategik itu, pelbagai tindakan baru akan dilaksanakan ke arah kecemerlangan termasuk memperkasakan sistem pengajian di politeknik.

”Dalam tempoh enam bulan akan datang, kementerian akan memberi tumpuan ke arah melaksanakan pelbagai program kecemerlangan akademik untuk memperkasakan bidang pengajian di semua politeknik,” katanya.

Selain itu, KPT juga mengemukakan kepada kabinet draf penubuhan struktur organisasi Institut Penyelidikan Malaysia (MRI) bagi membantu pusat-pusat kecemerlangan melaksanakan kajian penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Source

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0318&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: