Bertuah

Sekiranya kalian seorang student, pernahkah supervisor anda turun padang menunjukkan cara yang betul untuk membuat sesuatu perkara?

Pernah? Kalian memang bertuah.

Tidak pernah? Kalian kurang bertuah. ^_^

Saya memang bertuah kerana pagi tadi supervisor saya telah menunjukkan cara mengambil gambar spesimen dengan betul. Sebelum itu kami sama-sama bersarapan (of course dia yang belanja) dan sama-sama ke bengkel jabatan untuk memotong perspek (kalau betul la ejaannya) untuk dijadikan sebagai backgroud. Kata beliau untuk mengambil gambar spesimen, penggunaan latar belakang hijau adalah bagus. Itu juga sebab mengapa dalam bilik bedah warna hijau yang mendominasi.

Namun sayangnya perspek berwarna hijau tiada dan sebagai ganti perspek berwarna kuning, putih dan colourless dijadikan sebagai ganti. Dengan bantuan saudara idan, kesemuanya berjalan lancar (sebenarnya saya yang bantu dia… ^_^). Lama benar rasanya tidak bertukang sejak meninggalkan alam persekolahan kira-kira 8 tahun yang lalu. Terasa enjoy pula pagi tadi.

Ketika menanda ukuran pada perspek, supervisor saya sempat berkongsi cerita tentang zaman muda-mudanya dahulu kira-kira 20 tahun yang lalu. Beliau berkongsi pengalaman tentang bagaimana beliau menggunakan perspek untuk dijadikan key chain lalu dijual kepada rakan-rakan dan sewaktu konvokesyen berlangsung. Apa lagi berkobar-kobarlah saudara idan bertanya itu dan ini.

Selesai kerja-kerja di bengkel jabatan kami bergegas ke makmal untuk memulakan proses mengambil ganbar. Untuk permulaan perspek berwarna hitam digunakan sebagai latar belakang. Supervisor saya yang memang pakar dalam mengambil gambar telah mencuba pelbagai setting untuk mencari kombinasi ISO, White Balance dan pelbagai lagi yang tidak saya fahami demi menghasilkan gambar yang terbaik.

Ketika setting diperolehi dan gambar bahagian pertama spesimen pertama diambil, telefon saya berdering dari suatu nombor yang tidak dikenali.

“Kete aku berhenti secara tiba-tiba, aku nak pinjam moto ko… ko datang sini boleh…?” ujar seorang teman di hujung talian.

“Ok, jumpa jap lagi…,” saya tiada sebab untuk tidak membantu.

Menerangkan kepada supervisor akan situasi semasa bukanlah suatu tugas yang sukar memandangkan mood beliau dalam keadaan yang baik. ^_^ Siap diberi pinjam lagi keretanya, Saga 1.3 Manual Transmission. Inilah kali kedua saya akan memandu Proton Saga 1.3 Manual Transmission dan untuk kedua-dua kali saya menggunakan kereta beliau. ^_^

Masuk sahaja ke dalam kereta saya bersegera memberitahu kepada diri bahawa ini adalah kereta bertransmisi manual dan kaki kiri tiada peluang untuk berehat. Sian kaki kiri. Enjin dihidupkan, tingkap dibuka untuk menikmati kesegaran udara di sini (save minyak sebenarnya) dan pedal klac ditekan. Gear reverse dimasukkan lalu kereta dipacu ke destinasi yang ditetapkan.

Terasa enjin begitu responsif setelah kereta digerakkan dari kedudukan pegun namun pada rpm rendah, gear 2 terasa tidak gagah untuk mendaki kawasan berbukit. Walaubagaimanapun mengikut pengkritik, enjin CAMPRO IAFM yang baharu diperkenalkan ini (tahun lepas) yang merupakan update untuk enjin CAMPRO yang lama lebih baik lagi berbanding enjin CAMPRO yang lama.

Aku pun tak paham...

Aku pun tak paham...

Sesampai sahaja ke destinasi yang dijanjikan, saya bertukar peranan menjadi driver. Teman yang mendiagnosa masalah keretanya bertemu solusi bahawa keretanya kematian enjin dek kerana kehabisan minyak. Maka destinasi seterusnya ialah rumahnya bagi mendapatkan tong minyak juga dompetnya yang ketinggalan. Ish ish ish…

Sesampainya di rumah tong minyak yang masih berbaki cairan minyak pelincir dicampak sahaja isinya ke longkang (moga diampunkan dosa kami…) dan bekas itu dibawa bersama ke stesen terdekat. Hasrat mengisi RM 10 tidak kesampaian memandangkan kapasiti tong itu cuma 4 L maka lebihannya disalurkan sahaja ke kereta pinjam itu. Perjalanan diteruskan.

Dengan izin Allah SWT kereta berjaya dihidupkan setelah minyak dipindahkan daripada tong minyak ke tangki kereta menggunakan apa yang ada dan setelah pedal minyak ditekan berkali-kali untuk disalurkan minyak ke karburator. Syukur kepadamu Tuhan…

Kami berpisah di situ dengan saya kembali ke makmal dan teman saya itu meneruskan perjalanannya ke destinasi asalnya. Di makmal hampir separuh spesimen telah diambil gambarnya oleh supervisor saya…! Tidak terkata apa-apa melainkan tersentuh…

Namun saya masih lagi mengecewakannya tatkala beberapa soalan yang dilontar olehnya gagal saya beri jawapannya dengan tepat; asyik salah nama konsep jer buat ke sekian kalinya…

Semoga hari ini menjadi hari terakhir aku berdebar-debar apabila disoal oleh supervisor aku dan diharapkan selepas hari ini aku bisa saja mengeluarkan apa yang aku ketahui dengan tenang lagi teratur.

“Saya nak kamu banyak membaca supaya nanti kalau orang tanya kamu boleh jawab lancar macam air mengalir sampai orang yang tanya kamu itu cakap cukup-cukup…,” harapannya tatkala saya di awal-awal menyertai kumpulan penyelidikannya.

I will…

Doakan wahai kalian…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: