Jadi lain…

Pernahkah kalian dijemput untuk memberikan kuliah atau tazkirah?

Jika pernah, apakah yang kalian fikirkan sebelum menerima pelawaan itu?

Jika saya, perkara pertama yang saya fikirkan ialah adakah topik yang hendak dibicarakan itu walaupun tidak saya kuasai; saya maklum atau tidak. Tahu di mana rujukan boleh dibuat dan yang paling utama ialah saya mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat persediaan.

Namun apakah yang kalian akan lakukan apabila kalian tiba di tempat program lalu mengetahui bahawa program yang kalian akan terlibat sebagai penceramah atau apa saja bukan seperti program yang kalian dimaklumkan seperti sebelum ini?

Tinggalkan saja program itu?

Tarik diri?

Legenda rock tanah air, Search pernah menarik diri daripada terlibat dengan konsert bersama kumpulan rock terkenal daripada Indonesia, Slank suatu ketika dahulu hanya kerana sistem bunyi yang disediakan oleh pihak penganjur tidak menepati piawaian yang telah ditetapkan oleh Search. Linda Onn pernah menggemparkan negara dengan menarik diri daripada menjadi pengacara Red Carpet di suatu anugerah antarabangsa suatu ketika dahulu hanya kerana baju yang disediakan untuk dirinya tidak menepati kehendaknya.

Itulah yang terjadi kepada saya.

Lain yang dimaklumkan, lain yang jadi…

Saya diberitahu oleh seorang sahabat bahawa saya dijemput untuk memberikan kuliah Subuh pertama dalam Kursus Kepimpinan di suatu tempat. Walaupun hanya tinggal tidak sampai 72 jam sebelum tarikh yang dijanjikan, saya bersetuju kerana memikirkan banyaknya rujukan yang ada selain kebebasan topik yang diberikan asalkan berkisar tentang kepimpinan.

Maka pada petang tersebut jugalah saya bersengkang mata mencari maklumat, membaca, menyaring dan seterusnya mula mengarang teks sebagai panduan. Teks yang tidak siap itu diteruskan pada keesokan harinya juga pada petang sebelum hari kejadian. Memandangkan ini adalah kuliah subuh saya yang pertama, maka saya perlu membuat persediaan sebaik mungkin.

Sampailah ke tempat yang dijanjikan. Selesai solat Subuh secara berjemaah saya berbual dengan beberapa peserta tentang program yang sedang mereka lalui.

“Muslih Generation Camp…,” ujar seorang peserta.

“Ha…?” saya bermonolog. “Habislah kuliah Subuh aku…”

“Dijemput ustaz untuk tampil ke hadapan bagi menyampaikan kuliah Subuh kepada peserta Muslih Generation Camp…,” pengerusi majlis menyerahkan bicara kepada saya.

Dalam perjalanan ke hadapan surau minda saya ligat berfikir bagaimana teks kuliah Subuh saya yang berkisar tentang kepimpinan itu boleh disesuaikan dengan program yang tidak bersifat kepimpinan secara langsung.

“Terima kasih kepada tuan pengerusi majlis…,” saya memulakan bicara dan disambung dengan membacakan ayat dari Surah Al-Baqarah 2:30 serta surah Al-Mukminun 23:12-14 dan kemudian segalanya berjalan lancar… Alhamdulillah.

Mujurlah topik kepimpinan dan pengaruh tidak sukar sekali untuk diubah kepada Muslih dan pengaruh dan sesi soal jawab juga berjalan lancar. Syukur pada-Mu Ya Allah kerana memberikan jalan dan pedoman pada saat yang genting seperti itu.

One response

  1. syukran atas tazkirah pagi itu..alhamdulillah mgc berjalan lancar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: