Akhirnya kubeli juga…

Semalam apabila tamat waktu bekerja, saya bersegera menuju ke parking motosikal untuk ke stesen LRT Sungai Besi. Namun belum sempat saya membuka kunci pendua, panggilan telefon dari entah siapa-siapa muncul (tapi pastu kenal la). Setelah diangkat saya menangguhkan hasrat dan bergegas ke Foyer fakulti untuk menghadiri taklimat.

Daripada peserta forum, saya bertukar menjadi peserta basikalthon yang akan mengelilingi kampus universiti untuk menyampaikan mesej Amazing Kidney sempena World Kidney Day kepada seluruh warga kampus. Namun sedikit menggusarkan ialah para peserta berbasikal dikehendaki untuk menghadirkan diri tepat jam 0645 pada hari Khamis nanti. Mujur rekod punch in terawal saya ialah 0640. So I can do it… ! ^_^

Taklimat selesai dengan pembahagian kumpulan, T-shirt dan peta kepada ketua kumpulan. Setelah itu saya bergegas ke parking motosikal semula untuk meneruskan hajat yang tertangguh seketika tadi. Hari nampaknya masih belum hujan walaupun awan gelap sudah menyeliputi kawasan fakulti. Semoga sempat tiba di stesen LRT Sungai Besi dalam keadaan kering.

Tiba di Jalan TAR hampir maghrib. Sayang sekali kerana Pustaka Minerva telah tutup. Buku yang dipesan oleh seorang teman terpaksa dibeli di kedai lain… dan mungkin tiada diskaun. Pustaka Mukmin diserbu dan 4 jilid Kitab Feqah Manhaji Mazhab Syafie di beli, Jilid 1, 2, 3 dan 8 dengan harga RM 67 tanpa diskaun. Apsal la awal sangat ko tutup wahai Pustaka Minerva. Dulu aku beli dapat la jugak diskaun. Ish Ish Ish…

Di Pustaka Mukmin juga kitab-kitab tafsir terjemahan ke Bahasa Melayu dicari. Tafsir Sya’rawi satu jilid berharga RM 88 (3 juzu’ satu jilid kalau tak silap), Tafsir Al-Munir berharga tidak tentu; tapi tak keluar lagi semua juzu’ dan juzu’ 1 yang dikehendaki tiada, Tafsir Ibn Kathir berkuli tebal dan pasti mahal harganya; dan bukan edisi ringkasan punya, Tafsir Al-Azhar tidak pula kelihatan dan Tafsir Syed Qutb yang juga berkulit tebal mahal sekali harganya (satu set RM 980).

Contoh

Contoh

Saya bergegas ke Pustaka Mukmin yang satu lagi, yang berdekatan dengan SOGO. Di sana ada 3 kitab tafsir yang saya perhatikan, Tafsir Ibn Kathir edisi ringkasan berharga RM 250 satu set, Tafsir Al-Azhar berkulit tebal berwarna hijau berharga RM 220 satu set dan Tafsir Ibn kathir edisi bukan ringkasan berkulit tebal berwarna hijau berharga RM 950 satu set. Saya cuba bertanya kalau-kalau ada kitab tafsir yang dijual satu persatu namun jawapan yang diberi menghampakan saya. Tapi kenyataan cashier bahawa harga RM 250 bagi satu set Tafsir Ibn Kathir edisi ringkasan dan RM 220 bagi satu set Tafsir Al-Azhar kulit tebal berwarna hijau adalah sangat murah cukup menggetarkan hati saya…

Beli atau tidak…?

Beli atau tidak…?

Beli atau tidak…?

Kalau tak beli lain tahun belum tentu boleh dapat…!

“Kalau saya bayar deposit dahulu boleh…? Cukup bulan saya datang angkat?” saya cuba berurus niaga.

“Boleh… Yang mana? Al-Azhar atau Ibn Kathir…?”

“Sebentar… nak tengok dulu…”

Saya membelek-belek Tafsir Ibn Kathir edisi ringkasan jilid ke-3 yang dipamerkan sambil mata menjeling-jeling memandang Tafsir Al-Azhar kulit tebal berwarna hijau di suatu sudut.

Al-Azhar atau Ibn Kathir…?

Al-Azhar atau Ibn Kathir…?

Al-Azhar atau Ibn Kathir…?

“Ok, Ibn Kathir… Saya bayar RM 100 dahulu, cukup bulan saya bayar lagi. Kalau ada rosak saya datang tukar boleh?” saya membuat keputusan.

“Ok, simpan resit. 6 tahun ke, 60 tahun ke, 600 tahun datang tukar pun tak per,” kata cashier tadi sambil menunjukkan Tafsir Ibn Kathir edisi ringkasan kulit tebal berwarna merah jambu yang telah dipulangkan kembali oleh seorang pembeli kepadanya kerana terdapat missing page.

“Mau angkat berapa jilid…?”

“Jilid satu sahaja…,” mana larat angkat banyak-banyak saya bermonolog dalam hati.

Dah lama kuidamkan… Sejak tahun kedua pengajian di peringkat undergraduate.

Akhirnya kubeli jua….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: