Tido…

Dahulu, mulai bulan April 2008 apabila memulakan fasa kedua penyelidikan, animal trial, saya akan berhenti rehat lebih awal untuk membersihkan diri di masjid ataupun pulang saja ke rumah sebelum melakukan kerja-kerja lain pada sebelah petangnya. Tetapi mulai Isnin hadapan, 2 Mac 2009 saya tiada alasan lagi untuk melakukan perkara itu kerana animal trial telahpun berakhir.

Dahulu ketika pulang ke rumah sempatlah jugak bermalas-malasan atau membiarkan gelombang otak di aras teta. Kepenatan melakukan routine task setiap pagi hilang apabila mempunyai kesempatan untuk mengecas semula tenaga pada waktu tengah hari (walaupun banyak juga harinya saya hanya termenung di sebelah petangnya tatkala menunggu tibanya jam 5 petang). Namun kini segalanya telah berubah kerana saya tiada peluang lagi untuk melakukannya.

Apabila kita berhadapan dengan persekitaran kerja yang baharu, kita perlu sedaya dan secepat mungkin mengadaptasinya supaya produktiviti kita tidak berkurang. Ini kerana berkurangnya produktiviti adalah suatu perkara yang cukup merbahaya kerana ia petanda lemahnya jatidiri kita sebagai muslim yang mukmin lagi profesional selain tiada upayanya kita untuk berpatah semula ke belakang untuk menggantikan masa yang telah pergi.

Pengalaman melaksanakan praktikal di salah sebuah hospital tersibuk di Malaysia mungkin sangat berguna ketika ini. Ketika itu waktu bekerja adalah dari jam 8.00 pagi – 5.00 petang dan waktu rehat adalah daripada jam 1.00 ptg – 2.00 petang. Mungkin disebabkan itulah kali pertama be’kerja’, saya keletihan yang amat sangat ketika pulang ke rumah. Untuk mengatasi masalah tersebut, saya tido lebih awal daripada kebiasaan saya di universiti iaitu sekitar jam 9.30 mlm – 10.30 malam. Monolog:Tapi bangun lewat jugak…

Pengalaman ketika mula-mula menyertai  research group di sini juga memperlihatkan saya keletihan tatkala pulang ke rumah teman yang saya tumpangi lalu (ulang alik 60-70 km sehari) membuatkan saya memilih untuk tido lebih awal apabila mendapati daya pembacaan dan penumpuan di waktu malam amat-amatlah mengecewakan. Monolog: Baik hang tidoq daripada hang jaga tapi hang tengok buku, buku tengok hang…

Hhhmmmmm……

Boleh ke bertahan sampai ke petang tanpa berehat di waktu tengah hari seperti sebelum ini…? Paling koman pun kalau petang termenung, malam sure boleh gak menaip sedikit sebanyak…

Hhhmmmmm……

Apa nak buat ni…?

Adakah saya akan tido lebih awal daripada kebiasaan for the sake of my fitness kerana mulai isnin depan saya sudah memasuki fasa ketiga dan keempat penyelidikan saya, fasa post animal trial analysis dan fasa thesis writing yang memerlukan penggunaan minda yang lebih banyak berbanding ketika melalui fasa animal trial? Kalau dah ngantuk, kome nak baca aper…? Buku baca kome…?

Atau adakah saya akan menjadikan kopi Radix sebagai teman setia demi memastikan mata ini kekal celik sehingga ke petang…? Nanti kerap ke tandas pula sebab kopi kan induce urine dilation.

Hhhmmmmm…

Sesungguhnya isnin hadapan dan hari-hari seterusnya adalah cabaran… apabila berdepan dengan cabaran maka respon yang tepat perlu di berikan… apakah respon saya…?

Saya menantikan…

Tuan Puan mahu membantu…?

Saya memang kepenatan ni…..

Sape-sape yang keje lebih 2 jam maklum erti penat itu…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: