Dakwah dan pengaruh…

Dakwah berkait rapat dengan pengaruh dan pengaruh berkait rapat dengan pemahaman terhadap manusia. Tetapi tidak ramai pendakwah yang memahami manusia lantas mereka gagal untuk mempengaruhi.

Namun untuk mempengaruhi seseorang bukanlah tugas yang mudah. Jika mudah, pastinya tiada lagi perempuan yang sudah layak jadi mak orang yang freehair, tiada lagi masalah banyak tiang daripada jemaah kat surau dan masjid, tiada lagi masalah anak luar nikah dan sebagainya. Cakap sahaja itu salah, esok lusa berubah. Mempengaruhi tidak semudah bercakap atau menerangkan betul salah sesuatu perkara. Ia lebih daripada itu. Itu gabungan panduan dan pujukan; yang diadun dengan teliti laksana chef yang menyediakan kek untuk orang-orang kenamaan. Jesteru, mempengaruhi adalah tugas yang cukup sukar, sesukar seorang jurutera elektrik disuruh membaiki kerosakan paip bawah tanah.

Mujur dengan perkembangan ilmu-ilmu memahami manusia dan mudahnya mendapatkan rujukan berkenaannya kebelakangan ini, maka tugas pendakwah bisa dipermudahkan.

Manusia dan Keperluan

Manusia memerlukan makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal, harta dan sebagainya untuk terus hidup. Ini adalah keperluan asas yang juga disebut sebagai keperluan primer. Manusia juga memerlukan kasih sayang, persahabatan, pengiktirafan, status, kuasa dan sebagainya yang tidak menentukan hidup atau matinya manusia tetapi menentukan manusia itu menjadi ‘manusia’ atau tidak (keperluan sekunder).

Vance Packard menerangakan bahawa dalam diri manusia wujud keperluan-keperluan lain yang individu itu sendiri tidak sedar kewujudannya. Ini disebut sebagai keperluan tak ketara. Individu yang pandai mempengaruhi orang lain adalah individu yang pandai memanipulasi keperluan-keperluan tak ketara sasarannya bagi mencapai niat mereka.

Keperluan tak ketara yang pertama adalah manusia ingin merasa dirinya dihargai oleh orang-orang di sekelilingnya.Apabila seseorang pekerja selesai dengan jayanya melaksanakan sesuatu tugas, dia berharap untuk menerima sedikit kredit daripada orang atasannya. Juga apabila dia gagal untuk menunaikan tanggungjawabnya dengan baik, dia berharap akan sedikit simpati dan motivasi untuk bangkit semula sebelum bisa kembali fokus kepada usaha-usaha pembetulan dan penambahbaikan. Kegagalan berperanan dengan tepat bisa saja mengundang berpanjangannya rasa gundah gulana lantas mengganggu produktiviti individu terbabit.

Setiap manusia mempunyai ego; baik lelaki mahupun perempuan. Ego berkait rapat dengan cara pandang seseorang itu terhadap diri dan sekelilingnya. Keinginan untuk memuaskan ego ini adalah fitrah semulajadi kita. Seorang suami dek ego yang dimilikinya bisa saja tidak mengendahkan seorang isteri selepas tercetusnya pergaduhan rumah tangga berpunca daripada sekeping gambar kurang sopan isterinya. Begitu juga rumate bisa saja bersikap dingin terhadap rumatenya tatkala mendapati tin biskutnya kosong padahal baru sahaja berisi beberapa hari yang lepas. Dalam kedua-dua kes; mereka mempunyai ego untuk didatangi dengan kemaafan dan mereka sememangnya layak untuk itu. Ego yang betul pada tempatnya hanya boleh dicairkan dengan tindakan yang tepat.

Keperluan tak ketara yang ketiga ialah kuasa. Menjadi pemerintah seringkali dilihat sebagai puncak kejayaan seseorang di dunia. Memiliki lambang-lambang kekuasaan juga termasuk dalam hal ini. Toyota Camry 2.4, Perdana V6 Executive, Kancil Executive, Honda Wave 125 yang ditala sehingga bisa mengalahkan Honda Goldwing, Kamera Digital DSLR model terbaru dan sebagainya; adalah antara lambang-lambang kuasa. Maka tidak hairanlah ramai manusia yang berusaha keras untuk mencapai lambang-lambang kuasa seperti ini.

http://whitemelur.files.wordpress.com/2008/04/kancil.jpg

Akhir sekali ialah awet muda. Kebanjiran produk-produk kecantikan sejak akhir-akhir ini bagai cendawan tumbuh setelah ditanam secara komersial menjadi buktinya. Apalah sangat yang mampu dilakukan oleh produk-produk seperti itu melainkan hanya mengurangkan sedikit tanda-tanda penuaan tersebut. Namun menurut pakar-pakar motivasi, orang ramai sebenarnya bukan membeli produk bahkan sebenarnya membeli harapan untuk kekal muda. Apapun diharapkan seiring peningkatan usia amal ibadah juga bisa bertambah.

Aplikasi dalam dakwah

Sekalian da’ie hendaklah sedaya upaya berusaha memahami manusia demi mencapai matlamat dakwah bagi menjana perubahan. Oleh sebab sesuatu perubahan itu adalah secara inside-out maka pembacaan dan penelitian terhadap prinsip-prinsip mempengaruhi manusia perlulah dipergiatkan agar setiap butir kata dan setiap tingkah laku da’ie mampu tiba ke hati-hati sasaran. Dakwah adalah sentuhan terhadap hati, jesteru berusahalah untuk menyentuh hati. Jika masih gagal, lakukan perbaikan kerana tugas da’ie hanyalah menyampaikan dan hasilnya Allah jua yang menentukan.

Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan

yang tidak seberapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu

amat jauh terasa oleh mereka. Mereka akan bersumpah dengan (nama) Allah: “Jikalau kami sanggup tentulah

kami berangkat bersama-samamu.” Mereka membinasakan diri mereka sendiri dan Allah mengetahui

bahwa sesungguhnya mereka benar-benar orang-orang yang berdusta (At-Taubah 9:42)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: