Berpersatuan…

“Entah la… susah sangat nak ajak budak-budak ni join program skang,” ujar seorang teman.

“Betul betul betul…,” ujar seorang lagi mengajuk gaya percakapan upin dan ipin.

“Hmmmm….,” itu sahaja yang mampu saya ungkapkan.

Zaman dulu-dulu

Ketika berada di peringkat undergraduate, saya adalah antara individu yang aktif dengan aktiviti di kolej kediaman. Walaupun pada awalnya hati ini ingin juga menyertai kelab dan persatuan di peringkat universiti, namun apakan daya; panggilan kolej lebih kuat dan utuh.

Lantas masa yang ada lebih banyak dihabiskan dengan meeting dan meeting. Dulu, kini dan selamanya.

Malam jer pas isya’ meeting. Kadang-kadang pas maghrib. Ada juga meeting yang diadakan selepas jam 12 tengah malam. Bukan sahaja meeting, gotong royong pun pernah.

Dan saya akui, perkara yang sama juga terjadi. Balik-balik muka yang sama yang join aktiviti. Bagi kolej yang kapasiti pelajar lelakinya amatlah sedikit, tak der masalah sangat sebab semua kena join aktiviti. Kalau tak join, tahun depan hang duduk luaq…

Tapi bagi kolej yang bilangan pelajar lelakinya ramai… masalah akan timbul. Balik-balik muka yang sama jugak yang join aktiviti. Ini secara tidak langsung menimbulkan rasa tidak puas hati kepada golongan tersebut daripada golongan yang tidak disebut.

Punca

Aktif berpersatuan adalah sesuatu yang bagus untuk perkembangan sahsiah dan minda. Macam-macam boleh belajar. Belajar cara berorganisasi, cara mengeluarkan pendapat, cara menerima pendapat orang lain, cara memadukan pendapat, cara mengurus orang bawahan, cara diurus oleh orang atasan dan pelbagai lagi. Semua ini menyumbang kepada pembentukan insan yang seimbang dari segi jasmani dan rohani, selaras dengan falsafah pendidikan negara.

Namun aktiviti yang terlalu banyak; dengan jumlah minggu belajar yang sedikit; kira-kira 14 minggu bagi setiap semester; aktiviti ataupun program yang dijalankan bisa saja mengundang rasa kurang senang kepada para pelajar.

13 sekretariat; 5 aktiviti setiap satu; di mana hendak diletakkan semuanya dalam 14 minggu tersebut?

5 hingga 6 subjek setiap semester; 18-22 jam kredit terutamanya bagi pelajar tahun pertama; bila masa mereka bisa mengulang kaji pelajaran?

Lab report? Assignment? Study group? Field Trip? Final Year Project?

Selain itu, bilangan pelajar lelaki yang semakin berkurangan juga menyumbang kepada terjadinya perkara ini. Kalau pelajar perempuan bisa saja memilih aktiviti yang dia mahu sertai; pelajar lelaki kelihatannya kurang berpeluang untuk melakukan sedemikian rupa. Dengan kehadiran senior-senior yang macam wardar penjara; apa lagi yang pelajar lelaki bisa lakukan melainkan baik bang; ok, jap lagi turun walaupun berpuluh-puluh lagi page buku teks  yang belum ditelaah atau berlambak-lambak lagi assignment yang belum bersentuh. Dah hari-hari kena datang meeting, those yang fed up bisa saja bersikap acuh tak acuh terhadap aktiviti-aktiviti yang dianjurkan atau memilih untuk tinggal di luar kampus sahaja atas alasan kebebasan. Bagi yang kental, tak semua yang berjaya melepasi angka 3.00 ketika bergraduate; kalau tak kena gaya dan cara mengurus diri.

Perubahan status negara pertanian kepada negara perindustrian terpaksa dibayar dengan harga yang mahal. Dengan pertambahan rumah-rumah pangsa, apartment dan kondominium yang tidak mesra jiran dan kehidupan bermasyarakat, kelahiran pelajar yang memang sendiri tidak berminat untuk menyertai mana-mana aktiviti juga boleh menjadi salah satu sebab. Dah dari kecik duduk sorang kat umah; atau hanya main dengan adik beradik dalam umah; selain selesa dengan wang saku yang masuk setiap awal semester, kenderaan yang disediakan oleh ibu dan ayah, panggilan dan sms dari teman istimewa; apakah nilai aktiviti-aktiviti yang pelbagai bagi diri mereka? Bagi mereka, tak penting pun untuk belajar bermasyarakat sebab ketika kecil tidak diajar bermasyarakat.

Persoalan yang kekal tidak berjawab

“Budak-budak ni bukan jer program bercorak Islamik tak join malah program yang gitu-gitu pun tak join…,” seorang teman meluahkan apa yang terbuku di hatinya.

“……..,” tiada apa yang boleh saya kongsikan dengannya.

Tanpa rujukan lanjut, apa lagi yang bisa saya coretkan di sini bagi menjawab persoalan di atas.

Cumanya stakat yang difahami pelajar dekad 70 dan 80-an dipacu oleh ideologi; lantas mereka menggerakkan diri dan rakan-rakan mereka menyertai persatuan dan aktiviti yang mereka minati. Namun kini… para pelajar dipacu oleh……? Hedonisme…? Cinta remaja…?

Hhhmmmm….

Anda ada jawapannya…?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: