14 Februari

Tanggal 14 Februari adalah hari yang dinanti-nantikan saban tahun oleh kebanyakan orang, baik yang beragama Islam atau pun yang tiada agama mahupun pegangan. Masih teringat saya sewaktu di tingkatan 4 ketika pertama kali diperkenalkan dengan hari valentine… terkedu seketika tatkala mengenangkan betapa tidak tahu menahunya saya akan kewujudan sebuah hari dalam sejarah umat manusia, yang diraikan oleh begitu ramai orang kecuali saya.

Namun tiada apa yang hendak dihairankan kerana ketiadaan kekasih pada waktu itu membuatkan hari tersebut berlalu begitu sahaja tanpa ada apa-apa perasaan.

Dengan usia yang semakin lanjut, menjangkau ke angka 24 tahun pada tahun ini, bersikap tidak ambil peduli akan kehadiran sebuah hari yang begitu didambakan kehadirannya adalah suatu sikap yang bagi saya adalah bukan sikap seorang mukmin sejati. Ini kerana seorang mukmin mesti ambil peduli akan sekalian perkara yang berlaku disekitarnya dan memberikan respon yang sesuai dengan upaya dan batasan dirinya.

Tanpa kehadiran kekasih di sisi, apalah sangat tarikh 14 Februari bagi diri saya. Kepada siapa hendak dicurahkan sagala kasih dan sayang?

Tatkala melihatkan pakej-pakej menarik yang diiklankan di dada-dada akhbar kadangkala membuatkan hati ini terdetik, tak boleh ker walau sekali aku mencubanya? Masa muda hanya sekali? Lagipun bukan jauh, di Palace of Gorden Horses pun ada, dari RM 88 – RM 688. Boleh pilih mana yang berkemampuan…

Pendirian saya beberapa tahun yang lalu
Ketika menunggu keputusan SPM keluar, seorang perempuan pernah mengajak saya keluar untuk meraikan hari valentine bersama dirinya di Kuala Lumpur. Namun ketika itu dengan ilmu dan kefahaman agama yang cetek, saya dengan mudahnya menolak ajakan itu.

Sebab?

Dia bukan girlfriend saya.

Juga kerana masih ada sentimen dalam diri untuk tidak menyerupai mana-mana agama selain Islam; hanya kerana beberapa bulan sebelum itu saya difahamkan bahawa hari valentine disambut sebagai meraikan jatuhnya kerajaan Islam di Sepanyol…

Entah betul atau tidak saya tidak tahu.

Kini

Di usia 24 tahun saya semakin jelas bahawa tanggal 14 Februari bukanlah satu-satunya tarikh yang diperuntukkan oleh Tuhan untuk mengisytiharkan cinta kita kepada pasangan (terhad untuk yang sudah berpasangan sahaja, yang belum sabor… hehe). Dalam setahun ada 365 hari… Hari-hari yang lain bagaimana? Tiada cinta tiada kasih?

Jesteru buat aper menyambut hari valentine?

Bagi saya memperingati kelahiran pasangan sahaja sudah lebih dari cukup untuk membuktikan cinta kepada pasangan kerana ia adalah suatu cara untuk membawa diri dan pasangan ke arah mendekati Allah SWT atas alasan usia semakin bertambah, kematian semakin dekat.

Bagaimana pula dengan sambutan Hari Ibu dan Hari Bapa?

Beli baju selai pada kedua-dua hari tersebut cukup untuk membalas jasa ibu dan ayah?

Pastinya tidak cukup. Jesteru jadikan 365 hari dalam setahun sebagai hari memperingati jasa kedua orang tua kita dan medan membalas jasa mereka. Bagi yang mahu menyambutnya juga? Silakanlah…. (sehingga saya diberitahu bahawa hukum menyambut kedua-dua perayaan tersebut adalah haram)

Hukum menyambut hari valentine

Haram…!

Al-Quran telah menjelaskan bahawa hari kebesaran bagi umat Islam hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha (Surah Al-Haj ayat 67)

Juga sabda Nabi SAW berkaitan hal di atas (An-Nasaai hadith ke 959)

Maka hendaklah dibataskan sahaja diri kita dalam menyambut hari-hari yang diiktiraf oleh Islam sahaja. Mana-mana perayaan yang tidak berasal dari Islam seperti hari valentine diwajibkan untuk kita menjauhkannya demi mengelakkan penyerupaan terhadap agama dan penganut agama tersebut… (Abu Dawud hadith ke 3512). Huraian, rujuk Kita kaum yang tersendiri

Demikian juga fatwa daripada Majlis Fatwa kebangsaan yang bersidang pada 22-24 November 2005 yang memutuskan bahawa merayakan hari valentine tidak pernah dianjurkan oleh Islam.

Oleh itu marilah sekalian sahabat untuk kita berpendirian yang satu bahawa hari valentine tidak akan kita sambut malahan dengan upaya dan batas diri akan kita perpanjangkan kefahaman kita ini buat teman-teman kita di luar sana. Mudah-mudahan usaha kita yang sedikit ini mampu menyumbang ke arah kelahiran generasi emas seperti yang pernah Nabi SAW lahirkan suatu ketika dulu…

Rujukan Utama

Mohd Yaakub Mohd Yunus, Utusan Malaysia Isnin 9 Februari 2009 m/s 15.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: