Buat baik

“Kenapa selepas SPM tak terus sambung belajar?” tanya saya.

“Dapat offer ke Uitm dan Politeknik, tapi….” si perempuan

“Tapi apa?” saya terus bertanya.

“Famili bukan orang senang. So selepas tamat SPM keje kilang dan KFC. Datang jadi RA kat sini pun atas ihsan pensyarah,” dia menjelaskan.

Jantung seakan berhenti berdenyut seketika tatkala mendengar kalimah famili bukan orang senang. Ingatkan dalam rancangan Bersamamu sahaja kita akan jumpa orang susah.

Malaysia dan 50 tahun kemerdekaan
Tidak dinafikan pasti pejuang-pejuang kemerdekaan kita akan tersenyum girang melihat kepesatan pembangunan yang menjelajahi setiap pelusuk negeri di bumi bertuah ini terutamanya di Kuala Lumpur.

Tidak dinafikan juga pasti pejuang-pejuang kemerdekaan kita akan gembira melihatkan bilangan pemegang diploma dan ijazah dari kalangan bangsa Melayu dan bumiputra yang semakin bertambah dari semasa ke semasa.

Daripada masyarakat petani, buta huruf (walaupun pandai baca jawi) kepada masyarakat yang tinggi keintelektualannnya, pasti mereka berbangga.

Ketika Allahyarham Tun Abdul Razak melancarkan FELDA, matlamatnya ialah untuk membasmi kemiskinan.

Ketika Petronas yang juga dilancarkan oleh Allahyarham, matlamatnya adalah untuk menguasai kembali industri berasaskan petroleum daripada Shell, yang sudah tentu nikmatnya adalah untuk turut dirasai oleh rakyat bawahan seperti kita.

Namun melihatkan saban minggu rancangan Bersamamu menyiarkan kisah-kisah kesusahan bangsa Malaysia tak kira Melayu, Cina, India atau apa saja), timbul persoalan demi persoalan; ke mana wang dan harta yang Malaysia miliki? Mengapa tidak sampai kepada rakyat bawahan?

Zakat

Saban tahun kutipan zakat diumumkan berjumlah jutaan ringgit.

Itu sebuah negeri. Kalau dikumpulkan semua negeri?

Namun mengapa masih ada rakyat yang hidup di bawah paras kemiskinan?

Salah siapa?

Sistem pengagihan zakat?

Masyarakat yang tidak peduli?

Wang zakat pun kena songlap?

Teringat ketika menghadiri suatu ceramah di Pulau Pinang beberapa tahun yang lalu. Ustaz berkenaan menjelaskan bahawa orang-orang di Pejabat Zakat tak tau sape yang susah sape yang senang kalau orang-orang kampung tak bagitau…

Itu kenyataan beliau; seorang ustaz yang saya hormati kerana prinsipnya. Juga pernah berkumandang suaranya di Radio Malaysia Pulau Pinang. Maka saya mengambil kira kenyataannya yang dia melafazkannya tanpa apa-apa kepentingan peribadi. Dah nama pun penceramah bebas.

Jesteru, diharapkan ketua-ketua kampung yang dilantik bisa melaksanakan tugas mereka dengan sebaik mungkin. Warga sekampung pula jangan tidak ambil peduli. Itu bukan sifat sejati orang mukmin. Jangan hanya mengaku beriman, tapi jiran tak makan tak pernah ambil peduli. Bukan luak harta yang disedekah, malah bisa turun berkat dari langit.

Juga karenah birokrasi di agensi berkaitan dapat dihapuskan. Jangan tahu minta itu ini. Itu bukan kerja orang berminda Problem Solver. Tunjukkan jalan, beri pedoman.

Tapi kalau masyarakat memang sudah hilang sifat peduli?

Apa lagi boleh diharapkan?

Revolusi minda?

Saasatul Ibad?


Harap si perempuan tadi diberi jalan oleh Allah SWT untuk mengejar cita-citanya. Bekerja membantu keluarga hingga terpaksa menangguh hasrat di hati, itu bukan kerja sia-sia. Itu sifat mukmin sejati…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: