Copy and Paste…

Dialog di sebuah pasar gelap

Tauke X
Nak beli apa? (Mengangkat kening sambil mengulum senyum)

Abang Songkok
(Sambil menggosok-gosok cincin besar) Hari ini ada?

Tauke X
Ada…berapa mau?

Abang Songkok
Sekejap ya. (Menghantar SMS)

Tauke X
Cepatlah. Ramai lagi yang nak beli ni.

Lebai Ketayap
(Menolak Abang Songkok ke tepi) Saya nak dua, eh, tiga, eh, lima. Ya, lima!

Abang Songkok
Tak reti beratur? (Mendengus sambil menunggu SMS)

Lebai Ketayap
Suka hatilah! Siapa cepat dia dapat!

*Tit! Tit! Telefon bimbit Abang Songkok berbunyi*

Abang Songkok
Tak apalah, Tauke. Saya tak jadi beli di sini. Kawan saya kata di Negeri Sembilan pun ada.

Tauke X
Aduh…belilah di sini dulu. Kalau di sana habis dibeli, macam mana? (Kembali membungkus untuk Lebai Ketayap) Ini dia. Semua sekali, RM 5 juta. RM1 juta seorang.

Lebai Ketayap
Terima kasih. Laku betul berniaga di sini, ya?

Tauke X
Berniaga ADUN lebih untung daripada berniaga unta. Wow!

Source: http://khairulnizambakeri.wordpress.com/2009/02/03/dialog-di-sebuah-pasar-gelap/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: