Boikot: Ada kesan…?

Sejak serangan tanpa perikemanusian yang dilakukan oleh rejim zionis terhadap penduduk Palestin berlangsung, seruan kepada boikot turut bergema. Ia datang daripada segenap lapisan masyarakat tanpa mengira fikrahnya terhadap Islam.

Mengapa?

Kerana isu Palestin bukan lagi isu umat Islam tetapi telah menjadi isu kemanusiaan yang tidak memerlukan generasi yang bersolat tahajjud setiap pagi atau bertudung litup untuk berasa marah bahkan siapa sahaja yang bernama manusia; yang peduli turut sama berasa marah dan benci dengan tindakan rejim zionis tersebut.

Dalam isu boikot, kita sekalian memperolehi senarai barangan yang dicadangkan oleh pengirim untuk diboikot. Kita memahami akan tujuan boikot itu iaitu untuk menghantar mesej yang jelas dan kuat kepada rejim zionis dan puak-puak yang bersekutu dengannya bahawa umat Islam; bahkan juga mungkin golongan bukan Islam yang marah dengan tindakan biadap rejim zionis ini berupaya untuk menggugat aliran tunai perniagaan mereka yang sekaligus turut menggugat aliran tunai sumbangan perusahaan tersebut kepada rejim zionis.

Kalau tidak tepat pun saya kira itu adalah yang ‘default‘ dalam minda kebanyakan daripada kita.

Namun pasti juga ada yang tertanya; apakah justifikasi kita telah cukup untuk mendakwa bahawa mereka sememangnya menyokong rejim zionis?

Juga soalan seperti ini saya kira turut berlegar di kalangan kita; bagaimana nasib pekerja-pekerja yang beragama Islam yang bergaji rendah yang bekerja di perusahaan-perusahaan yang diboikot tersebut? Hendak berhenti lantas mencari kerja lain sekarang bukanlah masanya yang sesuai dengan keadaan iklim ekonomi yang tidak cerah seperti sebelum ini. Jepun pun mengunjurkan pertumbuhan ekonominya sebanyak 0% pada tahun ini atau suku pertama tahun ini (saya ingat-ingat lupa).

Saya tidak mahu menjawab persoalan di atas.

Saya cuma mahu berkongsi dengan sekalian pembaca bahawa boikot yang diwawarkan ini telah ada hasilnya.

Walaupun beritanya tidak pernah keluar di mana-mana akhbar atau media elektronik yang lain, namun saya kira perkhabarannya cukup molek untuk saya kongsikan, sekadar memberitahu bahawa boikot yang kita sedang laksanakan ini sedikit sebanyak telah berjaya untuk merungsingkan minda orang-orang tertentu.

Begini… seorang teman mengkhabarkan bahawa rakannya yang bekerja di sebuah restoran makanan segera memberitahunya bahawa kutipan restoran tersebut (at that particukar restaurant) telah merosot kepada RM 5000 sehari daripada RM 22 000 sehari setelah suara-suara untuk memboikot restoran berkenaan bergema.

Nampaknya boikot telah memberi hasil yang saya kira kita semua ingini.

Namun boikot hanya penyelesaian jangka pendek. Usaha-usaha lain yang lebih konkrit seperti mewujudkan perniagaan dan penghasilan produk alternatif amat-amat dituntut.

Tetapi yang paling utama adalah seruan untuk kembali kepada Islam sebenar… adakah akan mendapat sambutan…???

Sesungguhnya apa yang terjadi di Palestin adalah suatu seruan dari Allah SWT untuk kita kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.

Seruan…?

Ya, seruan…

Dan jangan tunggu ia menjadi amaran…!!!

Kelak kita akan digantikan dengan suatu kaum yang mereka cintakan Allah SWT dan Allah SWT turut cintakan mereka…

Insaflah…!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: