Selamat Tahun Baru 2008

Hari ini adalah hari terakhir dalam kalender 2008. Malam ini tepat jam 1201 tgh malam; ribuan warga dunia akan bersorak meraikan kedatangan tahun baru 2009.

Dahulu ketika kecil; hati ini berkenan untuk turut sama hadir meraikan kedatangan tahun baru di dataran merdeka. Dah saban tahun tayang kat tv, mesti la terdetik hati nak ke sana kan?

Dalam tahun 2006, ketika final year bachelor saya berkesempatan untuk turut sama meraikan sambutan tahun baru 2007 di KLCC.

Tapi saya tidak hadir sebagai warga kota bahkan sebagai sukarelawan Ops Masih Ada Yang Sayang anjuran Pertubuhan Darul Islah Selangor Darul Ehsan (PERKID).

Kumpulan daripada universiti saya yang tiba pada jam 10 malam menyaksikan bahagian bawah masjid Asy-Syakirin (yang cam dewan tu) telah hampir penuh. Ketika itu taklimat oleh Ustaz Masridzi sedang berlangsung.

Di luar dewan solat bukan utama itu ada konsert nasyid sedang berlangsung. Ternyata bilangan yang hadir tidaklah seramai hadirin di perkarangan KLCC, tempat konsert ‘sebenar’ berlangsung.

Tidak mengapalah; asalkan ada alternatif untuk rakyat.

Taklimat diteruskan oleh Ustaz Masridzi. Setelah jelas lagi faham tugas para sukarelawan, kami dibahagi-bahagikan kepada beberapa kumpulan dengan seorang ‘amir’ dilantik di kalangan kami.

Tugas kami bermula jam 2.00 pagi apabila konsert telah tamat dan para pengawal klcc telah meng’clear’kan kawasan klcc daripada golongan ‘tidak berumah’ pada pagi itu. Tugas kami ialah untuk menyambung tugas para pengawal tersebut.

Bersama-sama kami dibekalkan dengan risalah-risalah untuk disebar luaskan kepada para golongan ‘tidak berumah’ tersebut. Selain itu kami juga diminta untuk memujuk seberapa ramai golongan tersebut untuk ke masjid Asy-Syaikirn untuk dikaunselingkan.

Operasi yang berakhir kira-kira 2 setengah jam selepas itu telah berjaya untuk menghimpunkan ratusan anak-anak muda lelaki dan perempuan daripada yang lengkap berpakaian sehinggalah kepada yang kurang lengkap berpakaian. Sungguh sayu melihat adik-adik sebangsa lagi seagama selesa berkeadaan sedemikian.

Sesi kaunseling yang dikendalikan oleh Ustaz Masridzi telah berjaya untuk menyentuh hati para peserta sehinggalah sesu-sedan kedengaran suara tangisan mereka. Tangisan keinsafan? Harapnya…

Ops Masih Ada Yang Sayang berakhir selepas selesai solat Subuh berjemaah pada pagi 1 Januari 2007 itu. Saya pulang ke kolej kediaman membawa satu pertanyaan; adakah malam ini situasi yang sama akan berulang…?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: