Sejarah

Saya bukanlah pakar sejarah.

kota-melaka1

Saya hanyalah pelajar sepenuh masa peringkat sarjana yang cuba memahami bagaimana kolesterol boleh diturunkan dengan menggunakan khazanah bumi Malaysia. Juga bagaimana penurunan kolesterol itu boleh dikaitkan dengan pengurangan risiko pembentukan ‘atheromatous plaque’ yang menjadi asbab kepada serangan jantung, strok dan sebagainya.

Jesteru entri ini bukanlah untuk membincangkan mana-mana isu sejarah atau mem’fiksyen’kan sejarah sepertimana yang dibuat oleh saudara Faisal Tehrani, pengarang prolifik yang sangat bermutu dan saya minati karyanya (ketepikan pegangannya dahulu).

Entri ini hanyalah untuk meluahkan apa yang terbuku di hati, tatkala melihat diri sendiri juga rakan-rakan pelbagai fikrah dan latar belakang seakan tidak belajar dari sejarah.

Tapi sebelum itu, saya memohon maap kepada individu tertentu kerana sejarah yang ingin diceritakan di sini ada kait rapat dengan dirinya atau ada yang terasa berkait dekat dengan dirinya.

Dalam entri sebelum ini, saya memetakan pandangan saya dalam urusan perkahwinan merangkumi aspek masa, keluarga dan kewangan. Kemudian dalam entri selepas itu saya mendefinisikan maksud crush; istilah yang telah didengari 2 tahun lepas tetapi baharu kini saya fahami.

Kali ini, entri ini mahu saya ceritakan kisah seorang insan dan perempuan-perempuan yang pernah hadir dalam hidupnya; buat renungan dan panduan kita semua. Of course dengan izin tuan punya diri (Nama tak sebut, huhu… mmg la dia bagi kan…?). Juga di hujung artikel akan disertakan satu surat yang saya perolehi dari seorang teman yang berguna untuk kita membuat keputusan jika berada dalam situasi yang akan dijelaskan dalam surat itu.

Seorang teman baik sama sekolah rendah dan menengah bersekali tidak kenal erti kasih, sayang mahupun rindu sehinggalah tamat pengajian di peringkat SPM. Namun ketika di peringkat diploma, dia berubah.

Mata semakin liar memandang. Kalau sebelum SPM liar sekadar suka-suka; al maklum, budak-budak. Tapi di peringkat diploma liarnya adalah bermatlamat. Pernah tengok citer Sniper lakonan Tom Berenger, cam tu la liar matanya mencari-cari sasaran. Cuma Tom Berenger mencari-cari subjek untuk dibunuh tetapi dia mencari-cari sasaran untuk tujuan lain.

Al-kisah bermula apabila pada suatu hari entah kenapa, hatinya bergetar tatkala memandang seorang perempuan  sekuliahnya. Mengikut ceritanya perempuan itu dalam kategori “lawa”. Tak tahulah jika saya melihatnya saya mahu meletakkannya dalam kategori yang mana. Lain lelaki lain taste bukan?

Bukan tidak pernah dia melihat perempuan itu tapi entah mengapa pada hari berkenaan hatinya bergetar. Mungkin lagu ini sesuai untuk menggambarkan situasi dia.

Pertama ku melihat mu bergetar rasa hati ku,
Berdebar-debar jantung ku mungkin ku suka pada mu
Ketika ku melihatnya berdetak-detak didada,
mungkin itu suatu pertanda bahwa ku suka padanya

[#:]
Dia atau dia,
ku pilih yang mana,
aku pusing, untuk memilihnya

[Reff:]
Jatuh cinta lagi,
lagi-lagi ku jatuh cinta,
aku jatuh cinta,
kepada setiap wanita
Jatuh cinta lagi,
lagi-lagi ku jatuh cinta,
harus bagaimana,
ku bingung memikirkannya

Layaknya seorang pria ku coba untuk setia,
mencintai satu wanita tetapi aku tak bisa

Dia atau dia, yang harus ku cinta,
aku pusing untuk memilihnya

[Chorus]

[Interlude]

[#]

[Reff] (x2)

Begitulah agaknya keadaan yang sesuai untuk menggambarkan dirinya.

Pulang ke bilik, dia termenung panjang. Termangu dia seketika melihat siling. Lalu dia memandang ke arah jendela. Dari jendela dia melontarkan pandangannya jauh ke sudut sana. Tanpa disedari dia mengalamun dan lamunannya terus melayang…

“Hoi,” ape kome buat?

“Tak de pape,” jawab teman saya itu.

“Mike udah tertelan biawak ker? Atau mike jatuh cinta…?,” soal teman sebiliknya.

“Ish kome ni. Tak ada lah,” balasnya lagi.

Perbualan itu tamat di situ sahaja. Namun teman saya itu mulai melakar beberapa langkah untuknya turuti demi mendekati insan yang telah menggetarkan hatinya itu. Rupanya dia paham konsep sunnatullah dan syariatullah lebih awal kan… huhu…

Getaran hatinya pada hari itu menjadikan dirinya tak keruan. Resonan kot. Getaran itu telah mengubah pandangannya, cara fikirnya juga hidupnya. Jesteru langkah pertama dimulakan.

“Ko tau nama budak tu?” tanya teman saya itu kepada rakan sekuliahnya keesokan harinya.

“Yang mana,” lanjut soalan dari pihak yang ditanya.

“Yang itu…” jauh jari telunjuk dihalakan ke sasaran.

“Oooo, yang itu ker. Nama dia cencored,” jawab pihak yang ditanya.

“Nombor phone dia ko ada?” tanya lagi si teman saya itu.

“Enggak, tapi cuba ko tanya budak perempuan tu,” cadang pihak yang menjawab.

“Ok…” sedikit muncung teman saya menjawab.

Fikirnya pagi itu dapatlah kiranya dia mendapatkan nombor yang dikehendaki tetapi sedikit hampa. Dia mesti lebih berusaha.

Petang itu juga selepas berjaya menamatkan kuliah untuk hari tersebut teman saya bergegas ke kawanan manusia, tempat di mana perempuan yang dikatakan mempunyai nombor yang dikehendakinya ada.

Cencored 2, aku ada hal sket nak cakap dengan ko… in private,” teman saya segera memulakan bicara.

“Oooo, ok…” respon perempuan itu dengan sedikit reaksi terganggu pada riak mukanya.

“Aku nak minta no phone budak sekian sekian tu…, ko ada kan?” teman saya meneruskan bicara.

“Yer, ada. Nah 014 tekan tekan tak dapat,” katanya sambil memandang skrin hsetnya.

“Ok, thanx…”

Hati teman saya itu berbunga pada petang itu kerana nombor telefon yang dihajatkan berjaya juga diperolehi. Dalam fikirannya yang ada hanyalah bagaimana untuk meneruskan langkah yang kedua.

Malam itu dibilik tanpa kehadiran teman-teman sebilik dia mulai melakukan rujuk silang beberapa buah novel percintaan kepunyaan rakan sebiliknya. Malayari internet mencari beberapa buah lagu, puisi dan sebagainya. Mengarang di dalam minda apa yang ingin ditulis andai langkah kedua menjadi. Pelajaran dan makan minum sudah tidak menjadi keutamaan. Yang penting, perempuan itu menjadi miliknya.

Beberapa hari yang mendatang lakaran demi lakaran berlegar di mindanya akan ayat-ayat yang penting dan perlu dihantar kepada perempuan tersebut demi mendapatkan sebuah perhatian. Hari demi hari berlalu. Kesempatan pulang ke rumah pada hujung minggu digunakan sepenuh-penuhnya untuk memikirkan soal perempuan tersebut. Bukan soal dosa atau pahala tetapi soal bilakah masanya yang sesuai untuk memulakan bicara.

Malam itu selesai makan malam, seminggu berlalu usai memperolehi nombor perempuan itu teman saya membulatkan tekad dan hati.

“Apa nak jadi, jadilah malam ini,” serius sahaja mukanya.

Sms pertama dihantar.

Sms berbalas.

Sms dihantar lagi.

Sms berbalas.

Sms dihantar lagi.

Sms berbalas dan begitulah seterusnya, episod demi episod sms berlaku dan sejak malam itu, ianya berlaku saban waktu, pagi petang siang malam.

Selang beberapa lama, hubungan mereka diupgrade kepada pasangan kekasih, berkat kata-kata puitis dari novel dan lagu-lagu yang dirujuk.

Terasa indah dunia ini bak mereka berdua yang punya.

Demi cintaku pada mu
Ke mana saja kan ku bawa
Ku hujung dunia ke bintang
Kejora

Demi cintaku padamu
Kukorbankan jiwa dan raga
Biar pun harus ku telan
Lautan bara

Bulan madu di awan biru
Tiada yang menggangu
Bulan madu di atas pelangi
Hanya kita berdua
Mengecap nikmat cinta
Yang putih tak terbendung
Sesuci embun pagi

Andai dipisah
Laut dan pantai
Musnahlah ilham
Hilang pedoman

Andai dipisah
Cahaya dan bulan
Gelap gulita
Musnah asmara

Ketika teman saya itu memilih untuk mengupgrade hubungan mereka kepada pasangan kekasih, tidak muncul pun soal masa, keluarga dan wang dalam mindanya. Yang difikirkan hanyalah seronok-seronok; bangun pagi ada orang kejut, tidur malam ada orang wish, tengok wayang boleh sama-sama, jalan-jalan ada teman, makan minum ada orang belanjer (kedekut punya balak).

Hari berganti hari. Bulan berganti bulan. Tahun belum berganti. Setelah hampir setahun bersama, masalah demi masalah menjelma. Ada sahaja yang tidak kena. Berbaik, bertelagah. Berbaik, bertelagah. Berbaik, bertelagah. Seakan ada pihak ketiga yang mencurah petrol ke api yang sedang marak. Mulut dimuncungkan, muka dimasamkan, hati panas panas panas….

Dan, keputusan diambil… Mereka berpisah.

Di permulaan semester berikutnya, kedua-duanya menjadi musuh. Berjumpa seakan tidak kenal, assignment tidak boleh buat sekali malahan jika salah seorang ada di sesuatu tempat, yang seorang lagi tidak akan berada di situ. Punyalah tak nak jumpa dah… Ish ish ish.

Menurut ceritanya, sehingga tamat pengajian teman saya itu hanya hidup bersendirian, 24 jam sehari, 24 jam seminggu….

Menganggur beberapa bulan teman saya ditawarkan bekerja di sebuah agensi kerajaan. Selang beberapa lama teman saya itu diperkenalkan dengan seorang perempuan melalui seorang rakan.

Berkenan… Selepas hampir setahun menyendiri, hati teman saya itu terusik untuk memiliki seorang perempuan.

Langkah demi langkah seperti di atas diulangi semula with sligtly modification.

Output demi output juga seperti di atas diperolehi.

Tapi kali ini matlamatnya tepat dan jalannya juga jelas.

Lalu termeterailah ikatan janji antara merpati 2 sejoli.

Hubungan diteruskan.

“Hang nak kawin?” soal saya tatkala perkara itu terpacul dari mulut teman saya itu.

“Yer, aku serius ni…” balas teman saya sungguh-sungguh.

“Ok, sape perempuan itu dan bagaimana hubungan hang bleh bermula?” saya terlalu excited mahu mendengar.

“Oooo, gini….” teman saya itu berbicara, dan seperti yang kalian baca ini, begitulah ceritanya dengan sedikit perubahan dan penambahan juga penambah perisa.

Dan tatkala entri ini ditulis, teman saya itu bersama isterinya itu sedang menanti kehadiran cahaya mata pertama mereka. Dengar kata pompuan.

Tak der chance ler nak letak nama aku… huhu…

Cerita Yang Sama, Pelakon Yang Berbeza

Itulah sejarah… bukan, ibrah daripada sejarah

Memberitahu kita akan cerita untuk kita mengenal pasti jalan cerita

Dengan mengenal pasti jalan cerita maka diharapkan kita akan berupaya untuk menentukan titik-titik mana kita perlu menekan butang “pause”; jika kita berada di dalam cerita itu

Menekan butang “pause” bukan untuk berehat malahan untuk berfikir sejenak akan pilihan-pilihan yang ada sebelum meneruskan perjalanan

pause

Lantas menganalisa satu persatu pilihan yang ada dan lihatlah baik buruk kesan daripada pilihan yang ada

Seperti cerita di atas; saya pasti kalian juga pernah mengalaminya

Dan bagaimana kalian melaluinya itu bukan perkiraan di sini

Yang mahu saya nyatakan di sini ialah betapa kita mempunyai pilihan

Ketika mata memandang seseorang lantas hati kita bergetar kerananya, kita mempunyai pilihan samada untuk meneruskan langkah dengan usaha-usaha mendapatkan nama dan nombor telefonnya atau berhenti setakat itu dengan beristighfar kepada Allah minta dijauhkan daripada bisikan-bisikan syaitan yang menggoda

Ketika kita mengetahui namanya dan nombornya, kita mempunyai pilihan samada untuk meneruskan langkah dengan menghubunginya atau berhenti setakat itu dengan beristighfar kepada Allah minta dijauhkan daripada bisikan-bisikan syaitan yang menggoda

Ketika kita sedang berhubung dengannya, kita mempunyai pilihan samada untuk meneruskan langkah dengan usaha-usaha untuk mengupgrade hubungan kalian kepada pasangan kekasih atau berhenti setakat itu dengan bermunajat kepada Allah memohon ampun atas ketelanjuran berhubungan

Ketika sedang berpacaran, kita mempunyai pilihan samada mahu meneruskan langkah memperbetulkan kesilapan dengan menyuntingnya sebagai kekasih yang sah atau berhenti setakat itu sahaja andai halangan masa, keluarga dan kewangan menjelma dan jika itu berlaku maka perbanyakkanlah taubat kepada Allah

Kalian, kita sentiasa mempunyai pilihan dan sejarah sebenarnya adalah pemudah untuk kita membuat pilihan. Maka renungilah dalam-dalam kisah di atas ataupun kisah kalian sendiri jika kalian pernah berhadapan dalam situasi yang serupa dan pilihlah pilihan yang sepatutnya

Diri kalian, hanya kalian yang lebih tahu

Pedoman Bagi Yang Sedang Berpacaran Atau “Hold” Cinta

Berikut diperturunkan surat dari sahabat saya… moga jadi panduan dan pedoman bersama…

Ibadah adalah cinta

“Akhirnya saya terbaca satu petikan daripada tulisan Ibnu Qayyim. Maksud yang beliau berikan terlalu mudah. Ibadah itu adalah cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan. Membaca maksud ibadah yang diberikan oleh Ibnu Qayyim membuatkan saya berfikir panjang. Ibadah adalah cinta? Berkasih-kasihan dengan Tuhan?

Pernahkah terdetik dalam hati anda rasa cinta kepada orang lain? Bagi sesiapa yang pernah, mereka tentu faham bagaimana keadaannya.

Hurm. Sampaikan kita sanggup buat apa sahaja. Setiap saat asyik teringat tentang si dia. Apa yang dia larang, kita cuba sebaik mungkin untuk tidak melanggarinya. Dan apa yang dia pinta, selagi boleh kita cuba usahakan untuk dapatkannya.

Sehinggakan kalau ada orang lain cuba menunjukkan sedikit kemesraan kepada si dia, kita sudah berasa terlalu cemburu. Lantas kita cuba memberikan yang lebih baik lagi.

Jadi, itulah yang dimaksudkan oleh Ibnu Qayyim tentang maksud ibadah. Ibadah adalah cinta. Kalau cinta kepada manusia kita sudah menjadi terlalu gila seperti itu, sepatutnya cinta yang seperti itu kita sandarkan kepada Tuhan.

Apa yang membuatkan saya berfikir panjang ketika itu adalah kerana saat itu saya sedang mencintai seseorang. Membaca ayat-ayat Ibnu Qayyim membuatkan saya sedar kecintaan saya itu telah melebihi rasa cinta kepada Tuhan.

Cinta mana yang lebih utama?

Memang ada orang kata rasa cinta sesama manusia itu tidak salah. Tetapi cuba kita tanya diri kita sendiri adakah rasa cinta kita itu melebihi rasa cinta kepada Tuhan.

Kalau rasakan diri sudah tidak terkawal lagi dan tidak tahu bagaiman ingin menurunkan rasa cinta itu, saranan saya hanya dua iaitu tinggalkan sahaja si dia atau kahwin terus. Apa salahnya, anda dengan dia masih lagi belum berkahwin.

Bagi yang rasa hendak kahwin lagi beberapa tahun dan bukan bulan, tinggalkan dahulu si dia jika hati rasa perasaan cinta itu lebih banyak kepada si dia berbanding kepada Tuhan. Hurm. Sekarang yang mana satu menjadi keutamaan anda? Fikir-fikirkanlah.

Ibadah adalah cinta. Dan itulah yang pasti. Kalau anda lebih mencintai si dia melebihi rasa cinta kepada Tuhan, itu bermakna anda melakukan ibadah kepada sesuatu yang lain. Bukannya ibadah kepada Tuhan.

Erm. Kalau ibadah kita sudah terarah kepada sesuatu yang lain, apa maksudnya?

Saudaraku, anda berhak membangun puluhan istana di muka bumi. Asalkan anda tidak lupa memperkukuh mahligai cinta kepada yang paling berhak.

*honestly, lepas baca articel ni, betapa aku rasa berdosanya diri ini pada Tuhan. aku lalai demi mengejar cinta manusia yg x pasti (kes admire kat seseorg). ibadahku terganggu coz owest t’ingkatkan secret admire aku ni. astagrfirullah… lantas, dgn penuh rasa hina disisi Tuhan, aku lupakan insan yg ku admire ni. masih single di usia ** thn, agak merisaukan, tp aku yakin akan ketentuanMu wahai Tuhanku. Ya Allah, betapa aku berdosa padaMu… kini, ku temui kepada siapa harus ku labuhkan cintaku ini, hanya pada ya Rabbi.

Jika Memilih Untuk Berpisah

Lagenda rock telah begitu banyak meninggalkan lagu-lagu yang bisa meruntun jiwa

Tak salah sekiranya saat-saat dalam kesedihan kita layan sebentar lagu-lagu seperti itu. Lagu-lagu yang dihasilkan dari hati bisa menyentuh hati. Dengan tersentuhnya hati, hati yang sedih bisa menjadi lebih sedih sehingga kepada hadnya yang tertinggi…

Kemudian… hati akan tenang kembali… Ewah, cam berpengalaman jer… Huhu…

Ini lagu kalau memutuskan cinta

Tidak kutahu mengapakah
Sepinya melanda hatiku
Dan bukannya kemahuanku
Datangnya sendiri

Tidak kutahu mengapakah
Pilunya dipinggir hatiku
Dan kucuba untuk mengusir
Tapi tak berdaya

Lalu terbuka gerbang hatiku
Menyambut rindu datang bertemu
Aku gelisah

Kini rinduku menjemput cinta
Yang ditakdirkan denganmu sayang
Bukan pintaku atau mahumu
Semuanya suratanNya

Tapi mengapakah kau sekadar waktu
Cinta yang datang cepat berlalu
Pergimu sayang bersama cinta
Tercalar pedih di dalam dada
Aku tersiksa

Aku terdiam kaku menahan
Bisanya menikam kalbuku
Separuh nyawa ku pandang wajah
Di depan kaca

Tutup kembali gerbang hatiku
Tidak bermaya langkah kakiku
Di saat ini

Tidak kusangka jadi begini
Terpisah jua kita akhirnya
Aku sendiri tidak mengerti
Sungguh pilu di hatiku

Untuk melepaskanmu demi kerana
Ku masih sayang, sayang padamu
Terbangkit resah di dalam kalbu
Terhimpun rindu (sayang)
(Luka cintaku)

Ini pula lagu bagi yang terpaksa meng‘hold’kan cinta pula dek kerana halangan famili atau kewangan

Bagaimana kan kumula dan apakah kata-kata
yang indah untuk diabadikan?
Tiap wajah berkisar tiap madah bererti,
manakah ilhamku?

Cahaya di matamu, senyum dibibirmu
mengukir seribu tanda pertanyaan.
Mungkinkah kau jua dalam kerinduan.
Di saat begini aku merindukan.

Berpucuk-pucuk surat terbiar di depanku
tak dapat kuutuskan.
Kuramas semua dan kubuangkan jauh dari pandangan.

Lalu aku kesal kukumpul semula,
tak dapat kunyatakan apa yang kurasa.
Andai engkau tahu gelora hatiku,
mungkinkah kau sahut jeritan batinku.

Dengarkanlah panggilanku.
Dengarkanlah lagu untukmu.
Oh angin lalu, kau sampaikan
rasa rindu yang membara kepadanya.

Warna-warna cintaku
kian pudar bersama malam yang gelap gelita.
Entahkan kau rasakan apa yang kurasa
atau kau tak endah.

Tapi ku percaya semua telah tertulis
dan niat suciku takkan dipersiakan.
Dan di suatu masa di hari yang indah
kuhulur tanganku lalu kau terima.

Sekian untuk tahun ini dan semoga di tahun hadapan kita akan dikurniakan cinta yang sebenarnya…

2011 dalam penantian…

Nantikan…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: