Kahwin

“… sebenarnya tidak benar adanya cinta pandang pertama. Cinta itu terhasil setelah dipupuk, bukan berlaku secara spontan. Cinta itu buah daripada putik rasa kasih dan sayang yang membara secara bertahap di hati. Jesteru cinta sejati perlu melalui beberapa proses yang memakan waktu agar terus subur lagi tahan diuji …”

Begitu petikan catatan editor majalah Anis (bil 136, Disember 2008 terbitan Galeri Ilmu)

Cinta Pandang Pertama


Cinta bukanlah perkara yang mudah untuk ditafsir.

Cinta memerlukan daya dan usaha dengan kreativiti sebagai penambah perisa.

Tatkala pandangan mata tertancap kepada seorang wanita, hati bisa mulai bergetar.

Kemudian rakan-rakannya didekati demi mendapatkan nombor hubungan.

Ayat demi ayat dilakar di dalam minda. Lagu-lagu tangkap leleh menjadi rujukan utama. Tazkirah-tazkirah cinta diburu.

Berbekalkan “motto”, belum try belum tahu… sms demi sms dihantar. Jika responsnya positif, dari bertanya khabar berkembang ceritanya kepada keluarga dan masa depan.

Hari demi hari berlalu. Kekerapan sms ditingkatkan sejajar dengan positifnya respons yang diterima daripada si dia. Lalu apabila telah yakin bahawa itulah si dia yang dicari, dan telah bulat tekad di hati, sms penentuan dikirim.

“… benarkah tiada bagiku ruang dihatimu untuk kubertapak walaupun sejengkal jari agar dapat kuberdiri di ambang pintumu? …”

Itu adalah sms penentuan hala tuju hubungan.

Jika jawapan yang diterima positif. Maka bermulalah secara rasminya hubungan cinta merpati dua sejoli.

Jika jawapannya negatif, berkelanalah sekali lagi mencari si dia yang baharu.

Jesteru benarlah… tiada cinta pandang pertama dalam erti kata yang sebenar.Yang ada hanyalah cinta yang merupakan buah kepada hasil semaian rasa kasih dan sayang kepada si dia.

Hanya kerana pandangan mata tertancap kepada seorang wanita, cinta tidak akan muncul jika pandangan itu berakhir di situ.

Namun jika diletakkan daya dan usaha untuk mendapatkannya, maka cinta boleh muncul walaupun hanya disebelah pihak.

Bila sesuai untuk memulakan hubungan?

Tiada siapa yang lebih tahu dari diri sendiri akan bilakah masanya yang sesuai untuk memulakan apa-apa hubungan.

Boleh sahaja ketika bersekolah menengah.

Boleh sahaja ketika di matrikulasi.

Boleh sahaja ketika di universiti.

Tetapi apakah kriteria yang perlu dipertimbangkan sebelum memulakan apa-apa hubungan?

Berdasarkan pengalaman (2 kali bercinta, 1 kali putus cinta, 1 kali meng’hold’ cinta), saya mahu mencadangkan kepada pembaca sekalian (cam ramai jer) untuk melihat kepada faktor-faktor seperti berikut:-

  1. Masa
  2. Keluarga
  3. Kewangan

Faktor masa pada pandangan peribadi adalah faktor yang paling penting. Ia bermaksud jangkamasa memulakan hubungan dengan jangkamasa mengupgrade hubungan kepada perkahwinan. Faktor masa sangat penting kerana ia berkait dengan fitrah semulajadi manusia.

Ketika di awal-awal perhubungan samada dalam hubungan cinta terlarang atau yang halal, segalanya indah belaka. Bangun pagi dinanti. Tidur malam berteman walau tidak bersua (pasangan cinta terlarang). Namun semakin lama masa berlalu, rasa jemu akan menjelma. Ia bukan sebuah perasaan yang biasa tetapi yang luar biasa. Ia bisa meruntuhkan sebuah masjid atau mahligai khayalan.

Rasa jemu adalah fitrah manusia. Ia tidak boleh ditolak atau disingkir. Ia pasti datang. Yang pastinya ia tidak datang sendiri. Ada perkara yang menyumbang iaitu apa yang dinamakan the true colour pasangan masing-masing.

Sebelum bercinta/kahwin tak tau pun dia ni camni…

Sebelum bercinta/kahwin tak tau pun dia ni suka buat benda ni…

Sebelum bercinta/kahiwn tak tau pun dia ni tak suka benda ni….

Tetapi ada perkara yang bisa menyelamatkan iaitu rasa tanggungjawab atau lebih tepat lagi disebut sebagai amanah. Bagi pasangan yang telah berkahwin, anak yang dikurniakan boleh menjadi penyelamat tatkala timbul rasa jemu dengan perangai si suami atau si isteri. Bagi pasangan yang telah berkahwin juga, tatkala teringatkan bahawa isteri adalah amanah bisa menjauhkan si suami daripada terjebak kepada perkara-perkara yang dilarang oleh syarak. Bagi pasangan yang telah berkahwin, maruah keluarga yang perlu dijaga boleh menjadi alasan untuk terus berusaha memperbaiki hubungan berbanding mencari alasan untuk memutuskan hubungan.

Namun, apa yang ada kepada pasangan cinta terlarang?

Anak sebagai penyelamat?

Pasangan sebagai amanah?

Maruah keluarga yang mesti dijaga?

Jawapannya… tiada apa-apa.

Oleh sebab itu bagi pasangan cinta terlarang, amatlah malang jika hubungan mereka tidak diupgrade kepada perkahwinan dengan segera kerana secara tidak sedar, mereka sebenarnya membina hubungan di atas tapak yang sangat rapuh dan tiada apa-apa yang boleh menjadi penyelamat tatkala rasa jemu muncul.

Maka rancanglah dan pilihlah masa yang sesuai sebelum memulakan hubungan.

Kedua, faktor keluarga.

Memilih untuk membelakangkan keluarga tiada salahnya ketika memulakan hubungan.

Namun tidak memberitahu keluarga ketika semakin serius berhubungan hanya akan mengundang padah.

Bagaimana jika keluarga tidak bersetuju dengan calon pilihan sendiri tatkala hati telah redha akan si dia sebagai calon isteri/suami?

Bagaimana jika keluarga menentang calon pilihan sendiri jika telah bulat tekad untuk memperisteri/suamikan si dia?

Bagaimana jika keluarga telah memiliki calon pilihan mereka sendiri…!!!?

Hal-hal sebegini telah banyak berlaku kepada teman-teman seangkatan. Bercinta bagai nak rak kemudian putus di tengah jalan dek kerana keluarga tidak bersetuju. Sudahnya air mata dititiskan pada perkara yang sepatutnya boleh dielakkan.

Apabila sentiasa keep them updated tentang perihal hati kita, beberapa perkara penting yang lain selain kriteria calon akan diberitahu oleh keluarga kepada kita.

Bila keluarga bersedia untuk melakukan risikan…

Bila keluarga bersedia untuk menghantar rombongan meminang…

Dan yang paling penting bila keluarga bersedia untuk menerima menantu…

Hal-hal ini semua walaupun nampak remeh, kesannya amatlah dahsyat (pengalaman sendiri ni… isk isk isk, sniiiiffffff….) andai kiranya terjadinya pertembungan antara perancangan sendiri dengan perancanga keluarga.

Oleh sebab itu janganlah sesekali memilih untuk membelakangkan keluarga tatkala berhubungan dengan seseorang yang dirasakan sesuai untuk dijadikan calon isteri/suami.

Ketiga, faktor kewangan.

Duit bukanlah segala-galanya.

Namun duitlah yang perlu ada untuk makan, minum, berpakaian, tinggal di rumah, berkenderaan dan sebagainya.

Perancangan kewangan amatlah penting bagi yang berhasrat untuk mendirikan rumah tangga.

Di mana kenduri kahwin hendak diadakan? Ballroom hotel, dewan orang ramai atau dihadapan rumah sahaja?

Bagaimana kenduri hendak diadakan? Ada orang bersilat, pengantin turun dari helikopter atau pengantin hanya berjalan beriringan memakai pakaian harian?

Apakah kandungan aturcara kenduri? Ada sesi bersanding, sesi ramah mesra dengan VVIP atau hanya makan di kedai mamak sahaja?

Apakah permintaan pelakon-pelakon tambahan? Pakaian seragam pihak perempuan dan lelaki, kereta BMW 7 series atau hanya Honda Wave125?

Berapakah hantaran yang bakal dikenakan? SPM-RM 5000, STPM/Diploma-RM 7000, Degree-RM 10000, Master dan Phd-Lu pikirlah sendiri…?

Kos kenduri? Harga seekor lembu dan ayam, harga sekilo beras Faiza Taj Mahal dan harga serbuk kari Alagappas di tahun 2011?

Remeh temeh? Buat apa susah-susah nak fikir? Prof Qardawi dah tegur ibu bapa berbangsa arab yang menyusahkan kaum lelaki untuk berkahwin dengan anak dara mereka, makanya apa lagi perlu difikirkan?

Terpulang…

Jika kos perkahwinan adalah RM 30 000… anda memerlukan selama 60 bulan dengan simpanan RM 500 sebulan. Lama tu beb…

Jadi tetapkan tarikh dan mulalah menyimpan…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: