Dua atau tiga anak sahaja… cukup?

Generasi pelapis kian berkurangan

Pasangan bekerjaya kahwin lewat, kurang anak

KUALA LUMPUR: Malaysia mungkin kekurangan generasi pelapis yang diperlukan ekoran kecenderungan pasangan suami isteri mempunyai hanya seorang atau dua anak, menurut seorang pakar pembangunan keluarga.

“Wanita dan lelaki yang mempunyai kerjaya berkahwin lewat atau langsung tidak berkahwin, menyebabkan anak tidak ramai. Kalau hendak gantikan jumlah penduduk, mestilah mempunyai dua atau lebih anak,” kata perunding Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Asia Pasifik bagi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unescap), Datin Paduka Prof Dr Jamilah Ariffin.

Aliran yang mula menular di banyak negara Asia itu bakal meningkatkan bilangan warga emas, katanya.

Katanya, tidak mustahil pada masa akan datang ibu bapa sudah pencen masih perlu menanggung anak yang belum bekerja, berbanding ketika ini anak masih boleh menanggung perbelanjaan ibu bapa yang sudah tua.

Beliau berkata, ketika ini warga emas mewakili 10 peratus daripada 27 juta penduduk Malaysia manakala jangka hayat penduduk pula meningkat daripada 65 kepada 71 tahun bagi lelaki dan 75 tahun bagi wanita.

Jamilah berkata, orang Melayu memilih untuk mempunyai antara dua hingga tiga anak saja berbanding tujuh orang pada masa dulu, manakala pasangan Cina dan India memilih mempunyai satu atau dua anak saja.

“Jadi tahap penggantian untuk Malaysia, hanya pada tahap ‘cukup-cukup’ saja ketika ini dan sudah tentu semakin kurang pada masa depan. Maknanya masyarakat kita akan jadi masyarakat yang lebih tua,” kata beliau yang juga Presiden Asia-Pasific Forum on Families, sebuah badan bukan kerajaan (NGO).

Jamilah baru-baru ini dijemput membentangkan kertas kerjanya pada bengkel Pembinaan Keupayaan Antarabangsa-Dasar Keluarga Negara yang diadakan di sini.

Ia anjuran Unescap dengan kerjasama Jabatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Mengenai Ekonomi dan Hal Ehwal Sosial (Undesa) dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, yang bertujuan berkongsi pengalaman mengenai polisi keluarga yang bersesuaian untuk negara Asia. � Bernama

Source: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Nasional/20081209015417/Article/

Ulasan: Kalau nak anak 12, camne ek?

2 responses

  1. emmmm,
    emmmm,

    ehemm,…ehemm,……snifffffffffff

  2. ‘anak’: quantiti dan qualiti yg perlu seiringan..moga beroleh anak- anak yg soleh solehah…mendoakan ibu ayah di alam kubur..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: