Bab Haji

Kepada Sesiapa yang Terlupa Salah Satu dari Rukun Haji…

Oleh: Sheikh Sa`ûd al-Funaysân,

Bekas Pengarah Perundangan Islam

al-Imâm Islamic University

Diterjemaah oleh : Fazh

Ibn Abbâs berkata; “Sesiapa yang tidak melakukan disebabkan terlupa mana-mana tatacara Haji hendaklah ia melakukan Korban.”

Ini merupakan perkataan  Ibn `Abbâs is riwayatkan didalam al-Muwatta’ (1/366), Sunan al-Dâraqutnî (2/244), Musannaf Ibn Abî Shaybah (4/416), and al-Tahâwî’s Sharh Ma`ânî al-Âthâr (2/238),sebahagian daripada sumber-sumbernya.

Ia bukan hadith dari Rasulullah SAW .Walaupun  Ibn Hazm meriwayatkan ia sebagai hadith, periwayatan tersebut adalah dhaeif. Ia adalah perkataan dari  Ibn `Abbâs sendiri. [Lihat al-Albânî, Irwâ’ al-Ghalîl (4/299)]

Periwayatan ini telah digunakan sebagai bukti oleh sesetengah Tholib al-Ilm untuk mewajibkan para Jemaah Haji untuk melakukan Korban untuk setiap kesilapan dan keterlupaan yang dilakukan mereka ketika didalam menunaikan Haji. Demikian , para Tholib al-Ilm telah membebankan para Jemaah Haji yang mana Allah dan Rasulullah SAW tidak pernah mengarahkan kepada mereka.

Arahan untuk melakukan Korban untuk setiap kesilapan  adalah bertentangan dengan sebahagian besar dalil-dalil dari Al-Quran dan –As-Sunnah yang mana hukum-hukum mengenai Haji adalah berdasarkan kemudahan dan kesenangan, terutamanya berkaitan keterlupaan dan kesilapan.

Allah berfirman: “(Mereka berdo’a): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma’aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.” [Sûrah al-Baqarah: 286]

“..Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu..” [Sûrah al-Baqarah: 185]

Apabila orang dating kepada Rasulullah SAW pada hari Eid( Adha) – hari yang paling penting bagi Rukun Haji – memberitahu Beliau mereka telah melakukan rukun tidak mengikut aturan , Beliau menjawab kepada mereka “ Lakukan demikian , tiada kesukaran (baginya)”. [Sahîh al-Bukhârî dan Sahîh Muslim]

Kita juga perlu mengambil perhatian bahawa Rasulullah SAW berkata “Ambilah dari Aku Manasik (tatacara) Haji”

Rasulullah TIDAK berkata “ Lakukanlah Haji sepertimana kamu lihat aku lakukan Haji” sedangkan Beliau menyebut untuk Solat” Solatlah sepertimana kamu lihat Aku Solat”.

Perbezaan antara dua kenyataan tersebut adalah penting . Perbezaan tersebut memberikan kelenturan dan kemudahan yang lebih bagi ibadah Haji.

Jika kita menimbangkan perkataan Ibn `Abbâs, ia adalah pernyataan yang menyeluruh berkenaan segala tatacara Haji. Pada zahirnya, ia bermakna kesemua kesilapan samada Rukun, Wajib dan Sunat Haji memerlukan kepada melakukan Korban.

Walaubagaimanapun, ibadah Sunat pada asasnya, tidak mengakibatkan pembalasan kerana ia dilakukan secara sukarela.Tidak pernah sesiapapun berkata, sejak saman para Sahabah sehingga kini, meninggalkan ibadah Sunat Haji mensti diganti dengan Korban. Rukun Haji, sebaliknya tidak boleh ditinggalkan. Ia PERLU dilakukan . Korban sudah pasti bukan ganti kepadanya.

Maka, hanya satu cara sahaja untuk memahami kenyataan Ibn `Abbâs’s iaitu adalah dengan mengatakan Korban dilaksanakan apabila mana-mana tatacara Haji tidak dilakukan mengikut masanya.

Pendapat pada Ulama’ berkenaan melakukan tatacara Wajib tidak mengikut ATURAN.

Para Ulama mempunyai 2 pendapat berkenaan perkara tersebut:

1. Para Jemaah Hiji yang melakukan tatacara Wajib Haji tidak mengikut aturan tidak berdosa dan tidak dikenakan sebarang hukuman terhadap mereka.

Pendapat ini telah disokong oleh Jumhur Ulama. Pendapat mereka berdasarkan Hadith Rasulullah SAW menjawab orang yang telah melakukan tatacara(Haji) pada hari Eid (Adha) tidak mengikut aturan “Lakukan demikian. Tiada kesukaran (baginya).”

2. Para Jemaah Haji yang melakukan tatacara wajib secara tidak teratur mesti melakukan Korban.

Ini merupakan pendapat dalam Mazhab Hanafi. Pendapat ini juga adalah pendapat lama (Qaul Qadim)  As-Syafie yang Beliau tukar kemudian (Qaul Jadid). Terdapat juga riwayat dari Ahmad bin Hanbal ia merupakan salah satu pendapatnya , tetapi pendapatnya tidak dipakai dalam Mazhab Hambali.

Ulama yang berpegang dengan pendapat ini menyandarkan pendapat mereka kepada kenyataan Ibn `Abbâs  yang dibincangan sebelum ini. Berkenaan Hadith Rasulullah yang berkata “Lakukan demikian. Tiada kesukaran (baginya).” Mereka menafsirkan ia bermaksud orang yang melakukan amalan tersbut tidak berdosa , tetapi kepada yang sengaja perlu melakukan Korban. Beliau juga mengarahkan “ Ambilah dariku Manasik Haji”. Jika Jemaah sengaja melakukan tatacara tersebut tidak mengikut aturan, maka Jemaah tersebut perlu melakukan penggantian (Korban).

Walaubagaimanapun, apabila rasulullah telah ditanya oleh beberapa orang Jemaah Haji semasa Haji tentang tatacara Haji yang tidak mengikut aturan dan Beliau secara konsisten berkata :“Lakukan demikian. Tiada kesukaran (baginya).” Ini adalah kenyataan yang umum dan JELAS. Tiada sebab untuk menganggap ia bermaksud tidak berdosa walhal Kaffarah (Korban) masih perlu dilakukan.

Kita harus menimbangkan bahawa keperluan untuk Korban adalah hanyalah pendapat  Ibn `Abbâs. Ia tidak dating dari Rasulullah SAW. Apabila pendapat para Sahabah bertentangan dengan Hadith yang sahih dari Rasululllah SAW maka, Hadit tersebut diterima pakai dan pendapat ditinggalkan.

Kami juga, tidak menjumpai sebarang Hadith yang mana Rasulullah SAW menyuruh orang yang melakukan Haji tidak mengikut aturan untuk melakukan Korban. JIka KOrban diperlukan , Rasulullah sudah tentu akan memberitahu orang yang telah datang kepadanya dengan masalah tersebut kerana Rasulullah tidak boleh menyimpan maklumat berkenaan perkara Agama pada masa ia perlu diketahui.

Juga, Rasulullah SAW tidak pernah bertanya kepada orang yang dating kepadanya jika mereka telah melakukan tatacara secara tidak teratur itu dengan sengaja atau disebabkan terlupa. Jika perkara ini menyebabkan perbezaan kepada hukum maka sudah tentu Rasulullah akan bertanya mereka tentangnya. Pernyataan Beliau “Lakukan demikian. Tiada kesukaran (baginya).” Tanpa bertanya sengaja atau terlupa; menunjukan perbezaan tersebut tidak mempunyai apa-apa kesan.

Wallahu’alam

IntisOnline. com

Source: Org email saya…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: