Jalan itu sangatlah jauh

Selama 23 tahun Baginda Rasulullah SAW berjuang di atas jalan dakwah tanpa mengenal penat lelah dan jemu. Bermula dengan seorang diri, baginda SAW menjadi ‘World Champion‘.

Jaguh dunia dalam erti kata yang sebenar-benarnya.

Jaguh dunia dalam maksud yang sebenar-benarnya.

Walaupun berseorangan, baginda SAW tidak gentar untuk mencari orang kedua, ketiga, keempat, kelima dan seterusnya.

Walaupun Bilal Bin Rabah disiksa, Summayyah dibunuh, umat Islam dan Bani Hashim diboikot selama 3 tahun, bainda SAW tetap berdakwah.

Dan hasilnya, ketika menunaikan haji yang terakhir, baginda SAW melihat dengan sejauh mata memandang umat manusia yang telah memeluk Islam. Semuanya berkumpul dalam keadaan tunduk dan patuh, setelah sebelumnya hidup berpuak-puak dan bermusuh-musuhan.

Sesungguhnya Kami menolong rasul-rasul Kami dan orang-orang yang beriman

dalam kehidupan dunia dan pada hari berdirinya saksi-saksi (hari kiamat) (Al-Mu’min 40:51)

Dan alangkah indahnya buat umat Islam yang sedang mengerjakan haji pada tahun ini kerana berpeluang untuk mengimbau kembali kenangan itu. Saat baginda SAW berdiri di padang Arafah dan melihat ratusan ribu umat Islam yang datang dalam keadaan menyerah diri sepenuhnya kepada Allah SWT.

Namun itu kita tidak akan berpeluang untuk bersama baginda SAW lagi. Baginda SAW telah meninggalkan kita 1400 tahun yang lampau. Apa yang baginda SAW wariskan kepada kita ialah pekerjaannya; iaitu dakwah. Juga hartanya yang paling berharga; iaitu Al-Quran dan Sunnah.

Terpulanglah kepada kita samada mahu berpaling daripada jalan ini ataupun meneruskan perjalanan. Sesungguhnya jalan dakwah ini sangatlah panjang, tidak dibentangkan karpet merah, penuh duri dan ranjau.

Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan

yang tidak seberapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu

amat jauh terasa oleh mereka. Mereka akan bersumpah dengan (nama) Allah: “Jikalau kami sanggup tentulah

kami berangkat bersama-samamu.” Mereka membinasakan diri mereka sendiri dan Allah mengetahui

bahwa sesungguhnya mereka benar-benar orang-orang yang berdusta (At-Taubah 9:42)

Maka ayuhlah para daei sekalian. Mari kita menyemai semangat seperti yang dikutip olah bakal-bakal Haji dan Hajjah pada tahun ini. Mari kita istiqamah di atas jalan ini. Semoga nanti kita digolongkan dalam golongan yang menerima buku amalan dengan tangan kanan. Amin…

2 responses

  1. “Jalan itu sangatlah jauh”..tapi destinasinya sudah pasti..

  2. “dagang, kembara, merantau ialah budaya taifa yang memberi cahaya kpd nusantara setelah suram oleh khayal dan kegelapan. Budaya dagang adalah budaya pemuda, pemuda sepertinya harus berdagang, mengembara, merantau. Bukan sekadar utk menyebarkan Islam, melihat negeri orang, tetapi utk mencari kesedaran, iaitu kesedaran bahawa manusia ini memang melata berjalan, dagang yg tinggal sementara sahaja di muka bumi, kerana itulah kita harus mencari kesedaran dan keinsafan utk berkorban demi kewujudan yg sekejap” – 1511H Kombat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: