Pengalaman pertama

Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan.

Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar (Al Baqarah 2:155)

Semalam, Selasa 2 Disember 2008 ketika dalam perjalanan ke fakulti, ana terlibat dalam satu kemalangan. Bukan ana menjadi mangsa kemalangan tetapi ana melihat kemalangan itu berlaku di hadapan mata.

Penunggang motosikal tersebut telah terbabas ke kiri jalan lantas motosikalnya dan dirinya terjunam ke dalam longkang. Semuanya terjadi depan mata ana… Masy-Allah…

Ana segera memberhentikan motosikal ana di tepi jalan, kira-kira 10 meter dari tempat kejadian untuk membantu apa yang patut. Sangka ana ‘arwah’ dah mamat ni. Tapi ditakdirkan umurnya masih panjang, dia bangun sendiri dan membuka topi keledarnya. Darah menitik keluar dari hidung dan mulutnya.

Motosikal Honda Wave 100 dengan nombor pendaftaran BJsumthing dengan jarak perjalanan melebihi 8000 km rosak teruk. Seorang penunggang motosikal lagi yang turut berhenti untuk menghulurkan bantuan memintanya segera ke hospital. Apsal tak offer jer nak nganto ke sepital?

Tak pe la. Maka ana pun menawarkan diri untuk menghantar mangsa kemalangan itu berbangsa India untuk ke hospital Serdang. Dengan kuasa Wave 125, sport rim dan tayar Duro tanpa tiub, ana tidak pernah kecewa dengan prestasi motosikal ana (kalau naik sorang-sorang la).

Mulanya mahu sahaja dipulas ‘throttle’ sehingga habis supaya cepat sampai ke hospital, namun memikirkan mangsa yang mungkin mengalami ‘trauma’ akibat kemalangan sebentar tadi, maka meter dikekalkan pada kelajuan 80 km/j. Ok la kan sebab dalam sejam 80 km bleh gerak.

Tibanya di hospital Serdang ana terus menghantarnya ke bahagian kecemasan. Di sana ada AMO (Assistant Medical Officer) yang telah bersedia untuk memberikan rawatan awal.

Ana memberikan nombor telefon ana untuk dihubungi oleh mangsa sekiranya ada apa-apa yang boleh ana bantu selepas mangsa mendapatkan rawatan sewajarnya.

Di fakulti ana masih memikirkan tentang kejadian kemalangan yang berlaku sebelum itu. Tengok sambal nasi lemak teringat darah…

Selang beberapa minit kemudian, mangsa menelefon ana meminta jasa baik ana untuk meng’usha’ motosikalnya samada masih tersangkut di dalam longkang atau telah dicuri orang. Ana bergegas ke sana. Kali ini 100 km/j.

Selesai membuat pusingan U dengan ‘konar baring’, ana tiba di tempat kejadian dengan dari jauh jelas kelihatan motosikalnya masih dalam keadaan asal. Kelihatan seorang lelaki berbangsa Cina dan Melayu menghampiri ana, eh, motosikal mangsa dari jauh. Ana bersiap sedia.

Perbualan dimulakan dengan pertanyaan bagaimana motosikal tersebut boleh dikeluarkan dari dalam longkang dengan divider sebagai penghalang. Dalam perbualan itu juga lelaki Cina itu diketahui sebagai bos mangsa manakala lelaki Melayu itu sebagai rakan sekerja mangsa.

Mereka merancang untuk pulang ke tempat kerja untuk mengambil beberapa peralatan yang diperlukan dan mendapatkan bantuan beberapa orang lagi.

Ana menawarkan diri untuk ‘stay’ di sana bagi memastikan tiada orang lain yang men’ciluk’ motosikal mangsa tetapi diyakinkan oleh bos mangsa bahawa dalam keadaan sebegitu, orang pun tak boleh curi melainkan dia memiliki peralatan yang secukupnya. Dia meminta ana supaya tidak risau kerana semuanya akan diselesaikan sebentar lagi.

Ok.

Ana pulang ke fakulti, terus ke bukit ekspo, joging dan kemudian ke animal house.

Semoga cepat sembuh, Ravi…!!!

Pengalaman pertama membantu mangsa kemalangan…

78. (yaitu Tuhan) Yang telah menciptakan aku, maka Dialah yang menunjuki aku,

79. dan Tuhanku, Yang Dia memberi makan dan minum kepadaku,

80. dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku,

81. dan Yang akan mematikan aku, kemudian akan menghidupkan aku (kembali),

82. dan Yang amat kuinginkan akan mengampuni kesalahanku pada hari kiamat (As-Syaara’ 26:78-82)

3 responses

  1. congrats! ats tindakan berani & efisien membantu mangsa..semoga jd teladan pada pengguna jln raya yg ‘hanya tolong tengok’ saja..

  2. soklan: citer psl eksiden moto, tp napa gambanya keta yg remuk?conpius2..hehehe..

  3. emm,
    wave teruji akhirnya,
    harap Ravi x mengalami kecederaan serius,
    krissku klu ditumpangi kang limi, hanya bley p 70 km/jam,

    x tau la, sama ada kang limi yg superb berat, ataupun,
    die sengaja nak membebani rim bercabang tiga ku itu
    (aiiik, apa yg ku bebel nih, confuse,..confuse, seconfuse gambar kereta remuk kat atas)-time kasih kpd conan sbb men’conscious’ i pasal image tuh-

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: