Mujur aku orang kampung

Lelaki bandar gemuk, berpenyakit – MSASAM

KUALA LUMPUR – Lelaki bandar gemuk dan berpenyakit!
Itulah hasil kajian Persatuan Andrologi Malaysia dan Kajian Penuaan Lelaki (MSASAM) yang mendapati 77 peratus lelaki yang berusia di antara 40 dan 70 tahun mengalami berat badan berlebihan di negara ini.

Ekoran daripada masalah tersebut juga sebanyak 48 peratus daripada golongan itu menghidapi darah tinggi, kencing manis (28 peratus) penyakit jantung (12 peratus), prostat (30 peratus) dan 59.4 peratus mengalami disfungsi ereksi (ED) atau mati pucuk.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, (KPWKM), Datuk Dr. Ng Yen Yen berkata, walaupun kajian tersebut diadakan di Subang dan Kelana Jaya, Selangor, tetapi ia merupakan gambaran sebenar tahap kesihatan lelaki di Malaysia.

“Ini punca jangka hayat lelaki lebih singkat berbanding wanita iaitu kira-kira lima hingga tujuh tahun dan berdasarkan penyelidikan ini mendapati, sikap kaum lelaki terhadap kepentingan menjaga kesihatan juga menjadi punca kepada masalah itu.

“Keengganan untuk mendapatkan bantuan dan bimbang dianggap lemah turut menyebabkan tahap kesihatan yang rendah, malah Akademi Pakar Perubatan Keluarga Amerika mengesahkan terdapat 30 sikap yang boleh menyebabkan mereka berisiko mendapat penyakit,” katanya.

Source:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1128&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_13.htm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: