Obama…

OBAMA: HARAPAN PALSU DUNIA ISLAM?

November 19, 2008

*Kalau bosan baca artikel panjang, jangan teruskan pembacaan anda. Haha.*

Dua minggu telah berlalu sejak Obama diisytiharkan sebagai Presiden kulit hitam pertama Amerika Syarikat. Satu dunia heboh dan bingit.

Heboh dan bingit dengan kegembiraan.

Heboh dan bingit dengan harapan.

Heboh dan bingit dengan perubahan.

Di Malaysia pun kita ikut arus ini. Penuh debar dan gentar menanti keputusan pemilihan Presiden Amerika Syarikat ke-44. Penuh ria dan suka apabila McCain (dan Sarah Palin yang comel) akhirnya mengaku berundur. Terpaku, tersungkur.

Retorik Obama telah memukau rakyat Amerika dan dunia. Katanya dunia sudah jelak dengan Bush. KIta sudah muak dengan taktik Republikan yang berimankan senjata.

Berbondong-bondonglah pakar politik menjunjung puji suci kepada anak jati Hawaii ini. Ini cahaya baru untuk Amerika. Ini mimpi yang sudah ditunai oleh Tuhan.

Masyarakat dunia tak akan benci Amerika. Obama seorang ‘minoriti’, maka mana mungkin dia akan berlaku zalim pada minoriti lain. Mana mungkin.

Sekurang-kurangnya itulah yang dia mahu kita percaya.

Salah satu isu yang menghantui dunia ialah krisis Arab-Israel yang tidak pernah selesai, mungkin sehingga matahari terbit dari barat sekalipun kita terpaksa menonton anak-anak kecil Palestin melontar kerikil pada kereta bedil Israel.

Bush Jr. hanya menjadi penyambung apa yang dilakukan oleh Bush Sr. dan Tuan Presiden sebelumnya. Membela Israel dan menegakkan kepentingan kumpulan neo-konservatif.

Sanggupkah Obama melanggar pantang? Mampukah Obama terus meludah Bush dengan dasar anti-Zionis atau setidak-setidaknya, bukan pro-Zionis?

Atau Obama akan menjilat semula liur yang dihambur ketika janji digembur untuk menghibur hati rakyat Amerika (dan dunia) yang akhirnya tertidur?

Mari kita teliti kronologi ini dan buat penilaian sendiri.

Januari 12, 2006
Komen Obama selepas kemenangan Hamas:
“Amerika akan sentiasa berada di sisi Israel sekiranya Israel diancam dengan kemusnahan.”

Ogos 22, 2006
Komen Obama terhadap respon Israel selepas peristiwa Zar’it Shtula (serangan Hizbullah ke atas tentera Israel di sempadan Lubnan-Israel):
“Tidak ada negara yang tidak akan bertindak seperti apa yang Israel lakukan selepas askar mereka diculik. Saya menyokong respon Israel untuk melakukan sesuatu bagi melindungi diri mereka.”

Mac 2, 2007
Ucapan Obama di hadapan American Israel Public Affair Committee:
“Israel merupakan sekutu terkuat kita di wilayah tersebut.”
“Kita mesti melindungi komitmen terhadap hubungan istimewa dalam aspek pertahanan dengan Israel, dengan menaja penuh bantuan ketenteraan dan program berkaitan pertahanan peluru berpandu.”

Jun 4, 2007
Komen Obama terhadap penyelesaian konflik Israel-Palestin:
“Penyelesaian boleh dicapai…mereka (Palestin) perlu mengiktiraf hak Israel untuk wujud, mereka perlu meninggalkan pendekatan keganasan dan terorisme sebagai alat untuk mencapai matlamat politik.”

April 16, 2008
Obama mengutuk tindakan mantan Presiden Amerika Syarikat, Jimmy Carter yang mengadakan pertemuan dengan Hamas:
“Hamas bukan sebuah kerajaan. Hamas sebuah organisasi pengganas.”

Jun 4, 2008
Obama tampil sebagai calon Presiden pertama dalam sejarah yang menyokong pendirian Israel secara terbuka untuk menjadikan Jerusalem milik Israel tanpa dibahagi-bahagi.
“Jerusalem perlu kekal menjadi ibu negara Israel, dan ia tidak perlu dibahagi.”

September 2, 2008
Joe Biden, regu Obama merangkap Naib Presiden menegaskan pendirian politik Obama sebagai pro-Israel:
“Saya tidak akan meninggalkan tugas saya untuk menjadi Naib Presiden Obama sekiranya saya tidak mengetahui dalam hati, fikiran, dan perasaan saya bahawa Obama sependapat dengan saya tentang Israel. Dan dia,…saya berjanji…kami akan menjadikan Israel lebih selamat.”

Kesemua ini dinyatakan sebelum Obama mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-44 pada 20 Januari 2009 kelak.

Does history repeat itself? Perhaps.

Source

http://khairulnizambakeri.wordpress.com/2008/11/19/obama-harapan-palsu-dunia-islam/#more-404

Ulasan

Masih terlalu awal untuk meramal masa depan Palestin… Cuma diharapkan gerakan menentang Israel tidak menjadi perlahan dek sandaran harapan kepada Obama… Namun memandangkan tiada bukti sejarah dapat menyokong hubungan Sunni-Syiah dan kelihatan Obama seakan mahu meneruskan pendirian Amerika terhadap Israel, maka usaha melahirkan ‘Salahuddin Al-Ayubi” perlu dilipatgandakan…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: