Al-Hafiz

Semalam ketika berjumpa dengan sahabat lama yang telah terputus hubungan selama 4 tahun, kami sempat berbual dengan seorang ustaz yang pernah mengajar ana ketika tingkatan 1 dahulu, dan mungkin juga sahabat ana itu.

Dalam perbualan ada disebutkan tentang kewujudan sekolah tahfiz kendalian kerajaan negeri, satu yang telah agak lama beroperasi manakala satu lagi baharu sahaja beroperasi.

Kedua-dua sekolah tersebut, yang mana disasarkan oleh exco agama negeri untuk diwujudkan di setiap daerah di Selangor adalah sekolah tahfiz yang mengimplementasikan kurikulum dan ko-kurikulum bersepadu. Para pelajar bukan sahaja belajar untuk menjadi hafiz bahkan juga belajar subjek-subjek sains dan teknologi ditambah dengan aktiviti ko-kurikulum yang lazimnya hanya wujud di sekolah-sekolah anak-anak oranng berada.

Dengan sistem pemilihan yang ketat dan saringan yang berulang-kali, para pelajar yang diterima masuk ke sana adalah para pelajar yang sememangnya istimewa. Sekadar memiliki 5A dalam UPSR dan mumtaz dalam Penilaian Sekolah Rendah Agama bukanlah jaminan untuk mendapat tempat di sana. Calon hendaklah memiliki keupayaan dan minat untuk menghafaz Al-Quran dan bersedia untuk menempuh sistem ‘tarbiyyah’ yang bukan disediakan untuk seperti orang-orang kaki televisyen seperti ana.

Ustaz tersebut yang adalah antara penggubal silibus di sana menyatakan; terlalu besar perbezaan antara pelaja-pelajar ini dengan pelajar yang memasuki institusi hafiz selepas selesai menduduki SPM.

Makanya kami bertanya lanjut; perbezaan yang bagaimana yang dimaksudkan oleh ustaz?

Beliau menyatakan; pelajar-pelajar ini lebih tekun, rajin dan istiqamah berbanding abang-abang mereka di institusi tahfiz tersebut. Dan saya berkeyakinan pelajar-pelajar ini tidak akan merosakkan nama baik hafiz dann institusi hafiz apabila menamatkan pengajian.

Kami bertanya lanjut lagi; pada pandangan ustaz, apa faktor penyumbang kepada perbezaan sedemikian?

Ustaz menjawab; budak-budak tu mana fikir soal perempuan, buat benda pelik-pelik, kapel dan sebagainya. Masih suci lagi… Abang-abangnya dah mula karat-karat. Makanya susah sedikit nak menghafaz…

Sahabat ana melontarkan pendapat; betul ustaz… Anak murid KAFA ana ada seorang masuk sana… Raya puasa tahun ni dia datang ziarah ana kat sekolah. Ana tanya dia, berapa juzuk sudah hafaz…? Dia jawab 5 juzu’ ustaz…

Ustaz menambah: yang 10 juzuk pun dah ada… tingkatan 1 lagi tu…

Kemudian sesi perbualan menjadi sedikit menyayat hati…

Sahabat ana memulakan bicara; ana ustaz masa sekolah dulu dah hafaz surah As-Sajadah tp sejak jd imam kat surau tempat tinggal ana, ana jarang bawa masa solat subuh pagi jumaat. Hampir setahun jugak la ustaz. Lepas setahun nak ingat balik ustaz amik masa sebulan jugak la….

Ana bermonolog sendirian; juzu’ amma memang 90% hafaz tapi kalau tasmi’ ni confirm tak lepas. Hatiku sudah mati…?

Ustaz memberi motivasi; pelajar-pelajar kat sana ada jer masa senggang dia tak kira saper cikgu tu… dia tahan soh semak hafazan dia… masak la ustaz.

Sahabat ana menambah; ha, apa lagi ustaz… ini lah masanya untuk menghafaz secara serius. Bagi sama taraf dengan budak-budak tu ustaz. Cam ustaz yang sorang lagi tu, diam tak diam dah hafaz 5 juzu’ ustaz sejak bertukar ke sana.

Ustaz meneruskan bicara; betul-betul. Ana rasa inilah peluang ana. Dengan suasana yang sesuai, kondusif dan dengan cabaran yang ada, Insya-Allah akan dipermudahkan.

Ayah, cepat la balik…!!!

Baiklah, ana pulang dulu.

Kami ditinggalkan berdua. Jauh di sudut hati mengenangkan kenangan men’tasmi‘ hafazan dengan ustaz Basri Khalil, hafiz daripada Universiti Al-Azhar dan pernah menjadi pengetua maahad tahfiz seluruh Selangor. Juga terimbau kenangan menadah kitab berbahasa arab tanpa baris ketika berguru dengan para ustaz dan ustazah, kenangan tido lewat bersengkang mata mencari perkataan dalam kamus Marbawi kerana mahu menterjemah kalimah-kalimah arab, kenangan berdiri atas kerusi kerana salah menterjemah dan berbagai lagi.

Ana rindukan semua itu.

Tahun depan, Universiti Malaya, wait for me… http://www.umcced.edu.my/CERT/Sijil-Syariah.html

One response

  1. agree..tempat jatuh lagikan dikenang,inikan pula tempat menuntut ilmu..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: