Tambang bas akan naik

Kenaikan tambang bas tahun depan tak dapat dielak

KUALA LUMPUR: Kenaikan tambang bas ekspres awal tahun depan mungkin tidak boleh dielakkan walaupun harga minyak turun, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar.

Beliau berkata, kenaikan atau penurunan harga minyak tidak ada kaitan dengan tambang kenderaan awam sebaliknya kos operasi yang semakin meningkat merupakan faktor penentu yang utama.

Noh berkata tuntutan yang dibuat pengusaha bas untuk menaikkan tambang bukan semata-mata kerana kenaikan harga minyak tetapi disebabkan kenaikan harga kos operasi mereka seperti harga bateri, tayar dan insurans.

“Semua ini kita akan ambil kira dan kita rasa awal tahun depan kemungkinan besar kenaikan harga tambang ini kita tidak boleh elakkan walaupun harga minyak turun,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat ketika menjawab soalan Salahuddin Ayub (Pas-Kubang Kerian) yang bertanya sama ada kerajaan bercadang untuk menurunkan harga tambang bas ekspres memandangkan harga minyak telah turun.

Noh berkata kali terakhir semakan tambang dibuat ialah pada 2005 dan sudah sampai masanya untuk pertimbangan dilakukan terhadap permohonan pengusaha bas berkenaan.

Kepada soalan asal Abdul Aziz Abdul Kadir (PKR-Ketereh), beliau berkata pada masa ini terdapat sembilan syarikat bas ekspres yang beroperasi bagi laluan Kota Baharu-Kuala Lumpur dan ia membabitkan 157 bas.

Noh berkata bilangan perjalanan bas akan ditetapkan berdasarkan jumlah penumpang yang menggunakan perkhidmatan itu tetapi lazimnya sebuah bas ekspres akan melakukan 30 perjalanan seminggu.

“Ketika bilangan penumpang tidak ramai, pengusaha akan mengurangkannya bagi menjimatkan kos,” katanya.

Berhubung saman terhadap pemandu bas, Noh berkata berdasarkan rekod saman yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan polis, sejumlah 8,067 saman dikeluarkan kerana pelbagai kesalahan sehingga Ogos tahun ini.

— Bernama

Source

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Mutakhir/20081118152412/Article/index_html

Ulasan

Kalau harga tayar, bateri dan insurans meningkat dan selepas ini akan terus meningkat, mengapa Malaysia masih menjadi pengimport tayar? Tanam getah banyak-banyak kemudian jual kepada pihak asing kemudian beli tayar yang mereka hasilkan? Wujudkan sahaja kilang khas untuk kenderaan awam dari bas sehingga teksi. Lakukan apa sahaja untuk memperkasakan pengangkutan awam… jadikan pengangkutan awam lebih efisyen. Kemduian baharu bercakap soal berapa yang rakyat perlu bayar…!!! Kenapa pak-pak menteri tidak disusahkan terlebih dahulu sebelum rakyat disusahkan…?????

Air Asia boleh memansuhkan surcharge… bagi tempat duduk percuma lagi… mereka bergantung kepada bilangan pelanggan yang semakin bertambah dan masih boleh mancatat keuntungan…

Syarikat-syarikat telekomunikasi juga telah menurunkan dan menurunkan harga pek permulaan prabayar… menurunkan kadar seminit panggilan, kadar sms dan pelbagai insentif lagi diberikan… mereka hanya bergantung kepada pertambahan pengguna dari tahun ke tahun untuk mencatatkan keuntungan…

Tapi mengapa untuk pengangkutan awam rakyat juga yang mesti disusahkan…? Sudahlah pengangkutan awam tidak efisyen, lambat, lembab dan pelbagai masalah lagi… rakyat juga yang perlu membayar…

2 responses

  1. Tapi mengapa untuk pengangkutan awam rakyat juga yang mesti disusahkan…?
    setuju..sebab pak menteri mana yg gunakan pengangkutan awam..ada ke pak menteri or mak menteri yang nek komuter, bas ke opis or balik kampung..

  2. mengapa sampai 30% tak boleh kah naik 5% .Mengapa masaalah sekecil ini pun tak tau nak selesai?Zaman Mahathir semua ini tak pernah terjadi.!kenapa ye……..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: