Ha, betullah tu…

Pernah suatu ketika dulu, ketika sekolah rendah rasanya atau sebelum tahun 2000, seseorang memberitahu saya bahawa jika Hari Raya  Aidilfitri jatuh pada hari Jumaat, kewajipan menunaikan Solat Jumaat gugur jika saya telah menunaikan solat sunat Aidilfitri pada waktu paginya.

Namun apabila terjadi perkara tersebut dalam hidup saya, tak ingat bila tapi rasanya semasa undergrade, hari Raya Aidilfitri jatuh pada hari Jumaat. Lantas saya pun mengeluarkan kembali kenyataan tersebut yang telah terpahat kemas dalam ingatan saya.

Walaubagaimanapun, kenyataan tersebut disambut dengan sanggahan… “… mana bleh, kena buat dua-dua …,” kata sebahagian pihak. “… aku salah dengar ker …?” getus hati saya. Oleh sebab, saya tiada sebarang sandaran dalil untuk dikemukakan, makanya saya hanya berdiam diri sahaja.

Kemudian, sebentar tadi ketika membelek-belek sebuah buku, rupanya bernarlah seperti yang saya dengari itu. Bagi orang awam seperti saya, kewajipan menunaikan solat Jumaat gugur sekiranya saya telah menunaikan solat sunat Aidilfitri pada paginya kerana hukum menunaikan solat Jumaat pada 1 Syawal telah menjadi sunat tetapi hukum menunaikan solat Zohor menjadi wajib (bagi yang sudah menunaikan solat sunat Aidilfitri & tak nak solat Jumaat).

Namun bagi imam, dirinya wajib menunaikan solat Jumaat bersama umat Islam yang lain (ada yang pagi raya baru nak balik kampung makanya enggak sempat solat sunat Aidilfitri, so kena la solat Jumaat) walaupun dirinya telah menunaikan solat sunat Aidilfitri. Ini kerana solat Jumaat tidak boleh ditinggalkan terus.

Rujukan

Muhammad Bin Soleh Al-Munajjid, Muhammad Bin Soleh Al-Uthaimin, Abdul Aziz Bin Baz. 2006. Raya Pada Hari Jumaat. Dalam: Fatwa Kemusykilan Solat. Shah Alam: Karya Bestari pp 346-347

One response

  1. […] Tahun ini, 2010 jangkanya hari raya Aidilfitri akan jatuhnya pada hari Jumaat, 10 September. Berikut saya perturunkan artikel lama saya tentang wajibnya atau tidak bersolat jumaat pada hari tersebut bagi yang telah menunaikan solat sunat hari raya Aidilfitri (link). […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: