Bila Izrail datang memanggil…

Senario 1

“… Man, kim salam kat kawan kau si Ahmad tu …,” Mail menguatkan suaranya

“… Ahmad? …,” Man bermonolog sendirian. “… Bila pula aku ada kawan nama Ahmad? …,” Man kehairanan

“… Jangan lupa Man …,” Mail berpesan lagi

”… Sah, gila kawan aku ni …,” hati Man berkata lagi

Senario 2

”… Semalam aku jumpa anak perempuan ko, si Liza tu kat shopping complex. Banyak barang dia beli. Ai, deepavali pun nak shopping-shopping jugak?Salleh memberitahu Yazid tentang pertemuannya dengan anak Yazid

“… Liza, bila pulak aku ada anak perempuan nama Liza …?” Yazid mengerutkan dahinya

”… Ala, buat tak tahu pulak …,” Salleh seakan mahu mengiyakan juga apa yang dilihatnya

”… Aku mana ada anak perempuan nama Liza, Yati atau Amalina ada la. Semuanya duduk di rumah jer semalam. Orang lain kot kat shopping complex tu…,” Yazid menjelaskan

”… Tak mungkin, aku kenal anak-anak ko …,” Salleh berkata lagi

”… Pulak, aku bapak dia, aku tahu la. Dah-dah, suka hati ko la nak pikir ape …,” Yazid malas mahu memanjangkan perbualannya dengan Salleh. Kemerahan telinganya

Benarkah nama Malaikat Maut itu Izrail?

Sebenarnya tiada sebarang dalil samada melalui Al-Quran ataupun Sunnah yang menyebut bahawa nama Malaikat Maut adalah Izrail seperti yang masyarakat kita sedia maklum, juga seperti yang dilagukan oleh sebuah kumpulan nasyid. Ia hanya disebut dalam riwayat Israiliyat.

Oleh yang sedemikian, marilah kita menyerahkan sahaja perkara tersebut kapada Allah SWT dan memanggilnya sepertimana yang disebut di dalam Al-Quran

”… Katakanlah (wahai Muhammad): Nyawa kamu akan dicabut oleh Malaikat Maut yang ditugaskan berbuat sedemikian ketika habis ajal kamu. Kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu …”-Surah Sajdah:11

Nama Malaikat Maut seperti yang disebut oleh Allah SWT lebih sesuai dan tepat untuk digunakan oleh kita semua, seperti yang dijelaskan oleh Syeikh Ibn Uthmaimin:

”… Malaikat Maut terkenal dengan nama Izrail. Tetapi nama itu tidak betul. Ia hanya disebut melalui riwayat yang mengandungi unsur Israiliyat dan kita tidak wajib berpegang padanya. Oleh itu, kami menamankannya sesuai dengan tugasnya, iaitu Malaikat Maut, sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah SWT…”

Bagi yang mahu terus memanggil Malaikat Maut dengan nama Izrail, renungkan sahaja 2 senario di atas… Memanggil seseorang yang bukan dengan namanya atau tidak pernah wujud; pastinya hanya mengundang kepelikan malahan kemarahan bukan?

Rujukan

Muhammad Bin Soleh Al-Munajjid, Muhammad Bin Soleh Al-Uthaimin, Abdul Aziz Bin Abdullah Bin Baz. 2006. Nama Malaikat Maut. Dalam: Fatwa Iman, Menghurai Segala Persoalan Iman. Selangor: Karya Bestari. p 90

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: