Fasa 10 malam terakhir Ramadhan…

Hari ini, Jumaat 19 September 2008 merupakan hari ke-19 umat Islam di Malaysia juga kawasan sewaktu dengannya berpuasa. Malam ini adalah malam ke-20 umat Islam di Malaysia berterawih dan bermakna, esoknya umat Islam akan mulai memasuki fasa 10 malam terakhir Ramadhan, yang cukup dinantikan kerana di dalamnya ada suatu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan (Al-Qadr: 3).

Namun apabila melihatkan penyusutan ketara bilangan jemaah di masjid-masjid juga di surau-surau, ana dapat menyifatkan kehadiran bulan-bulan Ramadhan yang lalu telah gagal memberikan impak yang berkesan dalam menjana perubahan dari dalam diri individu-individu terbabit. Jika tidak, masakan senario yang sama berulang-ulang setiap tahun…? Masjid dan surau yang penuh melimpah ruah di awal-awal Ramadhan tetapi semakin surut bilangan jemaah apabila Ramadhan semakin melabuhkan tirainya.

Diharapkan pada tahun ini, berbekalkan semangat yang telah dikumpul sejak hari pertama Ramadhan, fasa 10 malam terakhir bakal menjadi malam-malam yang paling indah bahkan mungkin lebih indah daripada ‘malam pertama’ kerana terisinya dengan amal ibadat yang dilakukan dengan penuh khusyuk lagi tawadu’. Lebih diharapkan, apabila menyinsingnya fajar 1 Syawal nanti, kita mampu tersenyum meraikan kembalinya kita kepada fitrah (http://saifulislam.com/?p=315).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: