Bulan Ramadhan dan Kesihatan

Di asrama kita makan 6 kali sehari (di sekolah asrama ana dahulu), sarapan, minum pagi, makan tengah hari, minum petang, makan malam dan minum malam. Untuk makluman, memakan makanan dengan karbohidat adalah komposisi utamanya, badan memerlukan antara 2-3 jam sebelum kembali kepada ‘basal state’ iaitu kondisi di mana badan kita kembali berada dalam keadaan asal sebelum makan dan benar-benar bersedia untuk menerima makanan yang baru. Jika makanan kita mengandungi lemak sebagai komposisi utamanya, badan memerlukan antara 8-10 jam sebelum kembali kepada ‘basal state’. Jika komposisi bercampur-campur antara lemak juga karbohidrat dan lain-lain pula, badan memerlukan antara 3-5 jam sebelum kembali kepada ‘basal state’. 

Jesteru di bulan selain Ramadhan apabila kita makan 6 kali sehari, maka badan kita akan senantiasa berada dalam ‘postprandial state’ iaitu kondisi berlakunya proses-proses pemecahan (catabolism) dan pencernaan makanan (digestion) sebelum badan kita kembali kepada ‘basal state’. Situasi ini amatlah tidak menyihatkan kerana badan menerima makanan baharu sebelum selesai melaksanakan tugasnya menghadam makanan yang dimakan sebelum itu. Kita pun kalau tengah buat sesuatu keje tetiba diberikan keje lain dengan due date yang singkat… kita pun marah kan…?

Hal ini berlainan di bulan Ramadhan apabila kita berpuasa selama hampir kira-kira 12 – 13 jam sehari di mana badan kita memiliki masa yang secukupnya untuk menyelesaikan tugasnya memecah dan menghadam makanan yang dimakan sejak kita berbuka puasa sehinggalah kita bersahur bahkan juga mungkin berehat seketika sebelum bertugas semula. Maka Maha Agung Syariat Allah SWT juga Maha Agung ciptaan Allah SWT.

Di bulan ramadhan ini kurangkanlah makanan berlemak kerana seperti yang disebutkan di atas, masa antara 8-10 jam diperlukan oleh badan untuk menyelesaikan tugas-tugasnya. Berikanlah ruang dan peluang untuk sistem pencernaan kita berehat kerana pastinya untuk tempoh 11 bulan yang akan datang, sistem pencernaan kita berdepan dengan tugas-tugas yang bukan sahaja berat dan mencabar malahan juga tanpa henti terutama kepada individu-individu yang kuat makan (paham-paham ler hehehe).

Source: Sebahagian daripada assignment kelas yang diambil untuk semester ini. Semoga ada manfaatnya dan doakan assignment yang berat lagi mencabar ini dapat diselesaikan sebelum masanya. Ada peluang ana bercerita pasal postprandial lipemia pula…

One response

  1. salam,
    maaf menambah, atas alasan itulah(masa penghadaman makanan), kita disunatkan/digalakkan memulai iftar dengan rutab dan kurma, kerna kandungan glucose (karbohidrat) yang tinggi dan baik,kurangkan makan coklat (ana la tu),
    selamat memasuki second half Ramahan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: